IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Saturday, 16 November 2013

Gol Ronaldo beri kelebihan kepada Portugal


 
LISBON – Cristiano Ronaldo mengatasi Zlatan Ibrahimovic dalam persaingan antara dua bintang Piala Dunia itu bagi merebut tempat ke pusingan akhir di Brazil tahun depan dengan menanduk masuk gol tunggal pada lewat permainan, sekali gus memberikan Portugal kemenangan 1-0 ke atas Sweden awal pagi semalam.
Bintang Real Madrid itu menjaringkan gol pada minit ke-82 selepas menerima hantaran lintang daripada pemain sayap kiri, Miguel Veloso.
Ronaldo yang kini telah menjaringkan 29 gol musim ini untuk kelab dan negara hampir menggandakan jaringan, namun tandukannya terkena palang gol.
Portugal bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan bekalan satu gol untuk dibawa ke perlawanan kedua di Stockholm awal pagi Rabu ini yang mana Ibrahimovic akan memainkan peranan penting untuk membawa Sweden ke final selepas mempamerkan prestasi hambar pada aksi pertama itu.
“Ia merupakan gol penting dan memberikan kami kemenangan,” kata Ronaldo.
“Kami berpeluang menambah satu atau dua lagi gol namun kelebihan sekarang memberi keyakinan kepada kami untuk menghadapi perlawanan kedua aksi playoff nanti.
“Perjuangan belum selesai. Peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Saya tidak boleh berjanji kami akan layak namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu Portugal layak ke Brazil.”
Sementara itu jurulatih Sweden, Erik Hamren menjanjikan pendekatan yang lebih agresif pada aksi kedua Rabu depan.
“Kami mempunyai tugas yang belum selesai dan kami akan melakukan apa sahaja untuk menang,” katanya.
Sweden sebelum ini memegang rekod tanpa kalah menentang Portugal, dengan keputusan empat kali menang dan tiga kali seri dalam tujuh perlawanan sebelum ini, namun pertemuan antara dua pasukan tersebut sentiasa menjanjikan perlawanan sengit.
Pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2010, Sweden memperoleh dua keputusan seri 0-0 berdepan Portugal dan sama seperti pusingan kelayakan kali ini, pasukan itu terpaksa mengharungi perlawanan playoff sebelum layak ke Afrika Selatan.
– AFP

No comments:

Post a Comment