Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Friday, 18 July 2014
Tuesday, 28 January 2014
Kadar OPR dijangka kekal 3 peratus
Unjuran hingga suku pertama tahun ini ambil kira data ekonomi semasa memberangsangkan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) pada kadar semasa 3.0 peratus untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga akhir suku pertama tahun ini, sungguhpun ekonomi berhadapan tekanan kenaikan kadar inflasi.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid (kanan), berkata jangkaan itu disandarkan kepada data ekonomi semasa memberangsangkan bagi membolehkan OPR dipertahankan pada kadar semasa.
“Sungguhpun berhadapan tekanan inflasi, kami berpendapat BNM tidak akan mewajarkan sebarang perubahan pada OPR buat masa ini,” katanya pada taklimat media ketika membentangkan hasil laporan MIER berhubung tinjauan ekonomi Malaysia 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Monday, 30 December 2013
Kutub menyongsang pada 2015?
KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena
pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal
kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman : Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat: Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
http://www.sinarharian.com.my/kutub-menyongsang-pada-2015-1.235331

Saturday, 21 December 2013
Sunday, 8 December 2013
Jambatan lambang keakraban Malaysia-Brunei

NAJIB (dua dari kiri) dan Sultan
Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) meninjau Jambatan Persahabatan
Malaysia-Brunei Darussalam selepas bersama-sama merasmikan pembukaan
jambatan itu dekat Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN – Pembinaan Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei Darussalam melambangkan keakraban hubungan istimewa, Malaysia-Brunei Darussalam yang sedia terjalin selama ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan bernilai RM21.9 juta itu juga akan terus memperkukuhkan lagi pertalian silaturahim kedua-dua negara pada masa akan datang.
“Saya ingin merakamkan rasa kegembiraan pihak Malaysia atas pelancaran Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei Darussalam hari ini (semalam).
“Ini merupakan jambatan pertama (dibina bersama antara kedua-dua negara), juga merupakan cerminan kepada hubungan antara kedua-dua negara yang begitu akrab sekali,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2mvZEj1FU
Hakcipta terpelihara
Jambatan lambang keakraban Malaysia-Brunei
PENIPUAN TELEMARKETING UNTUK KAD KREDIT DISEBALIK MENJUAL INSURAN
Dari FB MAZIDUL AKMAL SIDEK
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DITIPU
Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui
private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26
tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.
"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran
kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit
tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan
kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi
pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka
mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India,
tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi
pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap
secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan
agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat
panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian
utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar akhirnya bersetuju
mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau
lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor
itu saya temui di restoran mamak.
"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik.
Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis
menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard.
Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan
syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad
kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar.
Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih
dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319
..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang
dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat
rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard
mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.
"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan
nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik
tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan?
Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja
bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu
tersenarai," katanya.
"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah
awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.
"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan
kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk
setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama
sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit
encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami
kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti
menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu,
sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan
pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula
pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari
sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari.
Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer
meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan
modal air liur, RM299," ujar Elis.
"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat
insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya
sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak
sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang,
kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada
mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan
nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014
atau private number," jelas Elis.
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya
sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka,
pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan
diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.
"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan
baik. Kebanyakkannya kami attack pengguna kad kredit baru kerana mereka
tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali kegiatan
sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal
memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit
atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi,
acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah
perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan
balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik
pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.
Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan
ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup
senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya
beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi
lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.
"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas
pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos. Tiada papan tanda syarikat
dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat
saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari
pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara
mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami
menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang
ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.
"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani
pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.
Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu
menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian
mereka mencecah RM600 Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung,
mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar
sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan
membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan
sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.
Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan
majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai
orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.
"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah
berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga
dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak
memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.
Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka
tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan
"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan
mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan telemarketer, mereka
mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua tidak perlu
membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja
gembira menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan
pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di
samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada
telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej
pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun
melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi
itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis.
"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu
orang ramai?," soal saya.
"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani
pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah.
Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh
agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan
untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan
tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan
telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi
pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.
Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah.
Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan
Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.
"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan
telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000
dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap
sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan
berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua
bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan
dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi
berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya
bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang
bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak
akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja
terpedaya," kongsi Elis.
Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan
itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika
saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu
menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit
itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.
"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka
diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum
ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa
kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi
individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat
telekomunikasi atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.
"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan
lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia
menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi
perbankan pelanggan dalam bentuk pen drive. Setiap satu data dijual
dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua
kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan
membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza.
Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi
tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.
NOTA
Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk
kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN
ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer lain, tidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah
terasa mahupun melenting.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK
MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN DAN MERANA
AKIBAT DIPERDAYA.
Friday, 6 December 2013
Malaysia ucap takziah atas kematian Nelson Mandela
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata, kematian bekas presiden itu bukan saja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan sangat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.
Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang. - BERNAMA
Angin kencang landa England, Jerman
OMBAK melanda sebuah pantai di Dagebuell, Jerman semalam.- AFP
|
LONDON - Angin kencang menjejaskan pengangkutan awam dan tenaga elektrik terputus di Scotland manakala pantai England diancam banjir semalam.
Beberapa pegawai meteorologi menyatakan, ribut terkuat dalam tempoh beberapa tahun mungkin akan melanda benua Eropah.
Pihak berkuasa Britain memberi amaran, peningkatan paras air laut yang dianggap paling besar dalam tempoh lebih 60 tahun mungkin berlaku di England.
Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron turut mengadakan mesyuarat bagi membincangkan strategi untuk berdepan dengan ribut itu.
Dalam kejadian itu, seorang terbunuh ketika angin kencang bergerak selaju 225 kilometer sejam melanda beberapa bahagian di Scotland.
Menurut sebuah syarikat membekalkan tenaga elektrik, SSE, lebih 80,000 buah rumah terputus bekalan elektrik.
Bilangan rumah yang terputus bekalan elektrik itu akan meningkat kerana beberapa batang pokok akan tumbang dan mengenai talian elektrik.
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di Scotland digantung selepas pukul 8 malam waktu tempatan.
Pihak berkuasa di Pelabuhan Hamburg, Jerman turut mengeluarkan amaran awam tentang angin tersebut.
Menurut pakar-pakar ramalan cuaca, angin tersebut mungkin sekuat ribut dan menyebabkan banjir yang pernah berlaku di Hamburg pada tahun 1962 sehingga mengakibatkan 315 orang terkorban.
Semua penerbangan di lapangan terbang di Hamburg dibatalkan kerana angin kencang.
Perkhidmatan feri di utara Jerman juga tidak bergerak di beberapa buah pelabuhan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2mhN7wUF5
Hakcipta terpelihara
Saturday, 16 November 2013
Gandingan Thien How-Wee Kiong mara ke final
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

BEREGU kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menempah slot final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China 2013 semalam.
Lebih menarik, pasangan No. 11 dunia itu menewaskan gandingan lama dan baharu tuan rumah, Cai Yun-Chai Biao 23-21, 21-17 untuk mara ke pentas final buat kali pertama pada Terbuka China di Gimnasium Yuan Shen, Shanghai itu.
Begitupun, perlawanan itu tidak mudah bagi Thien How-Wee Kiong yang turut dipaksa berhempas-pulas dalam perlawanan dua set yang berlangsung dalam tempoh 43 minit.
Saingan lebih sengit pada set pertama apabila yang berjaya mengheret perlawanan ke mata penentuan terus mengutip tiga mata untuk mendahului 23-21.
Set kedua hanya sengit pada aksi-aksi awal, namun mereka lebih mengusai perlawanan sebaik sahaja mendahului 8-6.
Pada aksi final hari ini, Thien How-Wee Kiong akan bertemu juara Terbuka Denmark 2013, Lee Yong Dae-Yoo Yeong Seong yang turut mara selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 19-21, 21-19, 21-11.
Ternyata kemaraan itu turut menggembirakan jurulatih beregu, Pang Cheh Chang walaupun dia kini ditugaskan untuk menjaga pemain-pemain muda pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2013 di Sarawak.
"Bagus untuk pasukan beregu kerana di sini juga ada wakil di final iaitu Teo Ee Yi-Chooi Kah Ming. Walaupun jauh tetapi saya menonton permainan mereka (Thien How-Wee Kiong) secara langsung di televisyen.
"Mereka memiliki semangat dan strategi yang digunakan juga betul. Saya juga ada hubungi dan memberikan sedikit info supaya mereka ada persiapan," kata Cheh Chang.
Sementara itu, pemain perseorangan negara, Chong Wei Feng terkandas lebih awal selepas disingkirkan pemain China, Chen Long dalam aksi separuh akhir semalam.
Bagaimanapun pemain No. 17 dunia itu sempat memberikan tentangan sengit kepada Chen Long sebelum tewas dengan lebih mudah pada set kedua 18-21, 7-21.
Wei Feng berkata, kelemahannya yang kerap melakukan kesilapan pada set kedua telah menjejaskan corak permainannya.
"Saya melakukan kesilapan mudah pada set kedua. Jurang mata yang terlalu jauh juga telah telah mengganggu fokus dan keyakinan saya. Saya perlu tingkatkan lagi konsistensi permainan selepas ini," kata Wei Feng.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1117&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2krrEb1b5
Hakcipta terpelihara

THIEN HOW (kiri) dan Wee Kiong melakar sejarah tersendiri apabila mara ke final acara beregu lelaki pada Terbuka China semalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)