IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Tuesday, 28 January 2014

PENIAGA FOREX : Amaran Risiko & Risiko Pelaksanaan

 

 

Dealing Desk

Risiko Pelaburan Tinggi

Perdagangan matawang asing dan contract for difference (“CFDs”) dengan margin membawa tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang produk-produk yang ditawarkan oleh FXCM Markets ("FXCM") anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif, keadaan kewangan, keperluan dan tahap pengalaman anda. FXCM boleh memberikan nasihat yang umum tanpa mengambil kira objektif, situasi kewangan atau keperluan anda. Kandungan laman web ini adalah tidak bertujuan untuk menjadi nasihat peribadi. Terdapat kemungkinan bahawa anda boleh mengalami kehilangan sebahagian atau semua dana yang didepositkan dan oleh itu, anda tidak harus membuat spekulasi dengan modal yang anda tidak mampu hilang. Anda harus sedar semua risiko yang berkaitan dengan perdagangan dengan margin. FXCM mengesyorkan anda mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan berdikari.

Pendapat FXCM Market

Sebarang pendapat, berita, penyelidikan, analisis, harga, atau maklumat lain yang terkandung di dalam laman web ini disediakan sebagai ulasan pasaran umum, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. FXCM tidak akan menerima liabiliti bagi sebarang kerugian atau kerosakan, termasuk tanpa had kepada, kehilangan dalam keuntungan, yang mungkin timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan atau pergantungan ke atas maklumat tersebut.

Risiko Dagangan Internet

Risiko yang berkaitkan dengan penggunaan internet berasaskan pelaksanaan urusniaga sistem perdagangan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kegagalan hardware, software, dan sambungan internet. FXCM tidak mengawal kuasa isyarat, penerimaan atau penghalaan melalui internet, konfigurasi peralatan atau kebolehpercayaan sambungan, kami tidak boleh bertanggungjawab untuk kegagalan komunikasi, gangguan atau kelewatan apabila berdagang melalui internet. FXCM menggunakan sistem sandaran dan pelan kontingensi untuk mengurangkan kemungkinan kegagalan sistem, termasuk membenarkan pelanggan untuk berdagang melalui telefon.

Model Pelaksanaan Dealing Desk

Forex - FXCM menawarkan pelaksanaan model Dealing Desk secara keingkaran kepada peniaga.  Meja dagangan FXCM bergantung kepada pelbagai sumber pihak ketiga untuk harga yang ia menyediakan kepada pelanggan. Dalam model ini, FXCM akan bertindak sebagai pembuat pasaran dan adalah rakan niaga yang muktamad kepada mana-mana perdagangan yang anda melaksanakan. Sebagai rakan niaga akhir, pampasan FXCM tidak terhad kepada standard markup kami dan minat kami mungkin ada konflik yang langsung dengan anda kerana FXCM mungkin mendapat keuntungan dari kerugian anda. Kapasiti ini menyebabkan FXCM mengumpul pendedahan dalam mata wang yang kami berurusan dengan anda. Jadi, FXCM boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang terkumpul semasa proses membuat pasaran. Sekiranya pelanggan menunjukkan tingkah laku perdagangan yang menghalang keupayaan FXCM untuk menguruskan risiko FXCM, mengikut budi bicara kami, kami akan memindahkan akaun pelanggan untuk pelaksanaan No Dealing Desk di mana risiko akan berkongsi dengan pihak-pihak luar. Jika FXCM memindahkan akaun anda ke No Dealing Desk, hanya produk forex berdagang melalui pelaksanaan No Dealing Desk.
Pelaksanaan model No Dealing Desk adalah melalui ‘ Straight Through Processing’. Jadi, FXCM hantar harga yang terbaik yang disediakan oleh salah satu pembekal kecairan FXCM dengan mark up tetap bagi setiap pasangan matawang kepada pelanggan, ia mungkin berbeza bagi jenis akaun dan pembekal kecairan yang berbeza. Dalam model ini, FXCM tidak bertindak sebagai ‘market maker’ dalam mana-mana pasangan mata wang.
CONTRACTS FOR DIFFERENCE - Produk CFD adalah tertakluk kepada perlaksanaan Dealing Desk. Oleh itu, FXCM tidak melaksanakan pesanan CFD dengan pembekal luar. Sebaliknya, FXCM adalah rakan niaga akhir untuk produk CFD yang anda berdagang. Sila ambil perhatian bahawa FXCM sebagai rakan niaga akhir boleh menerima pampasan melebihi tahap standard yang kami tetapkan. FXCM membuat harga untuk semua instrumen CFD yang ditawarkan kepada pelanggan. Walaupun harga ini mungkin menunjukkan pasaran asas bagi produk yang diniagakan, mereka tidak mewakili harga sebenar aset pendasar di pasaran fizikal atau pertukaran di mana ia disenaraikan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk CFD, sila lihat.

SLIPPAGE

FXCM bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan pelaksanaan yang terbaik dan mengisikan semua pesanan pada kadar yang diminta. Walau bagaimanapun, ada kalanya, disebabkan oleh peningkatan dalam ketidaktentuan, pesanan mungkin tertakluk kepada slippage. Slippage biasa berlaku semasa acara berita asas atau tempoh dengan ketidaktentuan yang tinggi. Pada masa ini, jenis pesanan anda, kuantiti yang diminta, dan arahan perintah tertentu mempunyai kesan ke atas pelaksanaan yang anda terima.
Ketidaktentuan dalam pasaran yang boleh menyebabkan keadaan di mana pesanan sukar untuk dilaksanakan. Sebagai contohnya, harga yang anda terima dalam pelaksanaan pesanan anda mungkin banyak pip berbeza dari harga dipilih atau dipetik kerana pergerakan pasaran. Dalam senario ini, peniaga ingin melaksanakan pada harga tertentu, tetapi dalam sekelip mata, pasaran mungkin telah bertindak jauh dari harga itu. Pesanan ini kemudian akan diisi dengan harga seterusnya yang tersedia ada. FXCM menyediakan beberapa jenis perintah asas dan lanjutan untuk membantu pelanggan mengurangkan risiko pelaksanaan. Salah satu cara untuk mengurangkan risiko yang berkaitkan dengan slippage adalah menggunakan ciri ‘Market Range’ (Sisihan Maksimum untuk penggunaan MT4) di Platform FXCM. Ciri-ciri ‘Market Range’ membolehkan peniaga untuk menentukan potensi amaun slippage yang mereka sanggup untuk menerima dalam pesanan pasaran dengan mentakrifkan rangkaian tertentu. Sifar menunjukkan bahawa slippage tidak dibenarkan. Dengan memilih sifar dalam ‘Market Range’, peniaga meminta perintahnya akan dilaksanakan hanya pada harga yang dipilih atau dipetik, tetapi bukan harga lain. Peniaga boleh memilih untuk menerima slippage yang dibenarkan untuk meningkatkan kebarangkalian pesanan mereka dilaksanakan. Dalam senario ini, pesanan akan diisi pada harga seterusnya yang terdapat dalam julat yang ditetapkan. Sebagai contoh, pelanggan memintakan bahawa pesanannya bersedia untuk diisi dalam rangkaian 2 pips daripada harga pesanan yang diminta. Sistem akan mengisi pesanan pelanggan dalam julat yang boleh diterima (dalam contoh ini, 2 pips) jika kecairan yang mencukupi wujud. Sekiranya, pesanan itu tidak boleh diisi dalam julat yang ditetapkan, pesanan itu tidak akan diisi. Sila ambil perhatian, pesanan ‘Market Range’ hanya menentukan rangkaian negatif sahaja. Jika kadar yang lebih baik disediakan pada masa dagangan pelaksanaan tidak terhad oleh rangkaian dengan peningkatan harga yang positif diterimakan.
Tambahan lagi, apabila dicetuskan, ‘Stop Order’ boleh dijadikan sebagai ‘market order’ yang tersedia ada untuk pelaksanaan pada harga pasaran seterusnya. ‘Stop Order’ menjamin pelaksanaan tetapi tidak menjamin harga yang tertentu.

KECAIRAN

Apabila perdagangan Forex melalui model Dealing Desk FXCM, kami adalah rakan niaga terakhir untuk urus niaga ini. Oleh itu, FXCM menyediakan kecairan untuk semua harga mata wang ia menjangkau kepada pelanggan semasa berurusan sebagai rakan niaga. Semua pesanan akan dipadankan secara automatik dengan harga yang boleh didapati pada masa perintah dilaksanakan. FXCM mampu membuat pelaksanaan auto bagi semua pesanan dengan menghadkan saiz perdagangan max kepada 2 juta setiap pesanan.

KELEWATAN DALAM PELAKSANAAN

Kelewatan boleh berlaku dalam niaga mata wang dengan model pelaksanaan Dealing Desk FXCM kerana pelbagai sebab yang tidak sama, seperti isu teknikal yang berkaitan dengan sambungan internet peniaga dengan FXCM atau kekurangan kecairan yang tersedia untuk pasangan mata wang yang peniaga ingin berdagang. Disebabkan oleh ketidaktentuan yang wujud dalam pasaran, adalah penting bahawa peniaga mempunyai sambungan internet yang berfungsi dan boleh dipercayai. Terdapat keadaan di mana sambungan internet peribadi peniaga tidak boleh mengekalkan sambungan berterusan dengan pelayan FXCM kerana kekurangan kekuatan isyarat daripada wayarles atau sambungan dialup. Gangguan dalam laluan sambungan kadang-kala boleh mengganggu isyarat dan melumpuhkan Trading Station FXCM, menyebabkan kelewatan dalam penghantaran data antara Trading Station dan pelayan FXCM. Salah satu cara untuk memeriksa sambungan internet anda dengan pelayan FXCM adalah sambung pelayan itu dari komputer anda. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana ini boleh dilakukan, sila rujuk forexforums.dailyfx.com/login-help-softwaredownload/290521-how-can-i-test-my-internet-connection.html#post656949. (Sila dimaklumkan bahawa informasi ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris)

PESANAN RESET

Ketidaktentuan pasaran menyebabkan keadaan yang sukar untuk melaksanakan pesanan dengan harga yang diberikan kerana volum pesanan yang sangat tinggi. Sebelum pesanan dapat dilaksanakan, harga bid / ask yang tersedia oleh Meja Dagangan Dealing Desk berkemungkinan sudah beberapa pip berbeza.
Kalau kecairan tidak mencukupi untuk mengisi pesanan ‘Market Range’, pesanan itu tidak akan dilaksanakan. Untuk ‘Limit Entry’ atau ‘Limit Order’, pesanan itu tidak akan dilaksanakan tetapi sebaliknya reset semula sehingga pesanan itu boleh diisi. Sila diingatkan, kedua-dua pesanan ‘Limit Entry’ dan ‘Limit Order’ menjaminkan harga tetapi tidak menjamin pelaksanaan. Ini bergantung kepada strategi dagangan asas dan keadaan pasaran asas. Peniaga mungkin lebih prihatin dengan pelaksanaan berbanding harga yang diterima.

SPREADS DIPERLUASKAN

Mungkin terdapat keadaan bila spreads diperluaskan lebih daipada spreads biasa. Spreads adalah fungsi kecairan pasaran dan dalam tempoh kecairan terhad, bila pasaran terbuka, atau semasa rollover pada 5:00pm ET, spreads mungkin diperluaskan sebagai tindak balas kepada ketidakpastian dalam hala tuju harga atau uptick dalam ketidaktentuan pasaran atau kekurangan kecairan pasaran. Ini mungkin berlaku semasa pengumuman berita dan spreads mungkin diperluaskan dengan ketara dalam usaha untuk mengimbangi volum yang besar dalam pasaran yang tidak tentu. Spreads yang diperluaskan hanya boleh berlangsung beberapa saat atau beberapa minit. FXCM amat menggalakkan peniaga berhati-hati apabila berdagang sekitar pengumuman berita dan sentiasa sedar ekuiti akaun mereka, margin yang boleh guna dan pendedahan pasaran. Spreads yang diperluaskan boleh menjejaskan semua posisi dalam akaun termasuk posisi hedging (dibincangkan di bawah).
Contract for difference - CFD adalah kontrak yang berasaskan nilai yang diperolehi daripada kontrak niaga hadapan bagi produk yang diniagakan. Perbezaan dalam penyelesaian dibuat melalui bayaran tunai, tetapi bukan penyerahan barangan fizikal atau sekuriti. FXCM membuat harga bagi semua instrumen CFD kepada pelanggan. Dalam tempoh masa di luar waktu dagangan bagi produk asas yang diniagakan spreads mungkin lebih tinggi berbanding dengan spreads yang anda biasa ada.

PESANAN TERGANTUNG

Sepanjang tempoh dengan volum yang tinggi, pesanan tergantung mungkin berlaku. Ini adalah keadaan di mana pesanan dalam proses melaksanakan tetapi pelaksanaan belum disahkan. Pesanan akan diserlahkan dalam warna merah, dan ruang "status" akan menunjukkan "dilaksanakan" atau "pemprosesan" dalam tetingkap "pesanan". Dalam keadaan ini, pesanan itu adalah dalam proses untuk dilaksanakan, tetapi belum selesai . Semasa volum dagangan yang tinggi, pesanan mungkin membentukkan pesanan baris giliran. Peningkatan dalam pesanan masuk kadang-kala boleh menyebabkan keadaan di mana terdapat kelewatan untuk mengesahkan perintah tertentu.
Bergantung kepada jenis pesanan diletakkan, hasil mungkin berbeza-beza. Dalam pesanan dengan ‘Market Range’ yang tidak dapat diisi dalam julat tertentu, atau jika kelewatan, pesanan itu tidak akan dilaksanakan. Dalam kes pesanan ‘At Market’, setiap percubaan akan dibuat untuk mengisi pesanan pada harga yang terdapat dalam pasaran. Dalam kedua-dua keadaan, ruang "status" di tetingkap "pesanan" biasanya akan menunjukkan "dilaksanakan" atau "pemprosesan" Perdagangan hanya akan mengambil beberapa saat untuk berpindah ke tetingkap "kedudukan terbuka". Bergantung kepada jenis pesanan, posisi mungkin sebenarnya telah dilaksanakan, dan kelewatan adalah disebabkan oleh trafik internet yang berat.
Sila diingatkan bahawa anda hanya perlu memasukkan mana-mana pesanan sekali. Penyertaan berganda untuk mendapatkan pesanan yang sama boleh memperlahankan atau mengunci komputer anda atau posisi yang tidak diingini terbuka dengan tidak sengaja.
Sekiranya, anda tidak dapat akses ke FXCM Trading Station untuk menguruskan akaun anda, anda boleh menghubungi Trading Desk secara langsung di +1 212-201-7300, sila dimaklumkan bahawa kakitangan kami hanya boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

HARGA GREYED OUT

Harga yang dikelabukan adalah keadaan yang berlaku apabila Meja dagangan FXCM tidak aktif membuat pasaran untuk pasangan mata wang tertentu dan kecairan itu berkurangan. FXCM tidak sengaja membekalkan harga yang dikelabukan; Walau bagaimanapun, peningkatan dalam perbezaan spread mungkin berlaku disebabkan oleh pengumuman yang mempunyai kesan dramatik di pasaran yang menghadkan kecairan. Harga yang dikelabukan atau peningkatan spreads boleh menyebabkan margin call dalam akaun peniaga. Apabila pesanan diletakkan pada pasangan matawang yang dipengaruhi oleh harga yang dikelabukan, P / L sementara akan berkelip kepada sifar sehingga pasangan itu mempunyai harga yang boleh diniagakan dan sistem boleh mengira baki P / L.

HEDGING (Lindung Nilai)

Keupayaan untuk melindung nilai membolehkan peniaga untuk memegang kedua-dua posisi membeli dan menjual dalam pasangan mata wang yang sama secara serentak. Peniaga mempunyai keupayaan untuk memasuki pasaran tanpa memilih arah tertentu untuk pasangan mata wang. Walaupun lindung nilai boleh mengurangkan atau menghadkan kerugian tetapi ia tidak menghalang akaun daripada tertakluk kepada kerugian sama sekali. Dalam pasaran forex peniaga mampu melindung nilai sepenuhnya dari segi kuantiti tetapi tidak boleh dalam harga. Ini adalah kerana perbezaan antara harga membeli dan menjual atau spread. Di FXCM, peniaga dikehendaki meletakkan sebelah margin (bahagian yang lebih besar) bagi posisi yang dilindung nilai. Ini boleh dipantau pada bila-bila masa dalam tetingkap Simple Dealing Rate. Walaupun keupayaan untuk melindung nilai adalah ciri-ciri yang menarik, peniaga harus sedar tentang faktor-faktor berikut yang boleh menjejaskan posisi yang dilindung nilai.

PENGURANGAN MARGIN

Margin call boleh berlaku walaupun apabila akaun dilindung nilai sepenuhnya, kerana spreads boleh diperluaskan, ini menyebabkan margin yang selebihnya dalam akaun akan berkurangan. Sekiranya margin yang selebihnya tidak mencukupi untuk mengekalkan mana-mana posisi yang terbuka, akaun akan dapat margin call, posisi-posisi yang terbuka mungkin ditutupkan. Walaupun mengekalkan posisi jual dan beli memberi gambaran bahawa pendedahan kepada pergerakan pasaran adalah terhad, jika margin disediakan tidak mencukupi dan spreads diperluaskan pada bila-bila masa, ia akan menyebabkan margin call ke atas semua posisi yang terbuka.

KOS ROLLOVER

Rollover adalah penutupan dan pembukaan posisi serentak dalam waktu tertentu pada sepanjang hari untuk mengelakkan penyelesaian dan penghantaran mata wang yang dibeli. Istilah ini juga merujuk kepada kepentingan sama ada kena bayar atau terima bunga dalam posisi yang pegang semalaman, maknanya selepas 5pm ET di platform FXCM. Masa di mana posisi ditutup dan dibuka semula, dan rollover didebitkan atau dikreditkan, biasanya dirujuk sebagai ‘Trade Rollover’ (TRO). Sila ambil perhatian bahawa caj rollover akan menjadi lebih tinggi daripada akruan rollover. Apabila semua posisi dilindung nilai dalam akaun, walaupun posisi bersih secara keseluruhan mungkin rata, akaun masih boleh menampungkan kerugian akibat spreads yang berlaku pada masa rollover. Spreads ketika rollover boleh jadi lebih tinggi berbanding dengan tempoh masa yang lain kerana Meja Dagangan FXCM offline sebentar untuk menyelesaikan transaksi pada hari itu.

KADAR PERUBAHAN PERTUKARAN (KOS PIP)

Perubahan kadar pertukaran, atau kos pip, ditakrifkan sebagai nilai yang diberikan kepada pergerakan pip untuk pasangan mata wang tertentu. Kos ini adalah jumlah mata wang yang akan diperolehi atau hilang dengan kadar pergerakan setiap pip dalam pasangan matawang dan akan didenominasikan dalam denominasi mata wang akaun di mana pasangan yang diniagakan. Dalam Platform FXCM, kos pip untuk semua pasangan matawang boleh didapati dengan memilih "View" diikuti oleh "Dealing Views" dan kemudian dengan klik "Simple Rates" untuk menerapkan tanda semak di sebelahnya. Jika "Simple Rates" sudah mempunyai tanda semak di sebelahnya, untuk melihat kadar “Simple View”, sila kilk tab “Simple Dealing Rates” dalam tingkap kadar berurusan. Selepas boleh dinampakkan, “Simple Rate View” akan memaparkan kos pip pada sebelah kanan tingkap.

SPREADS TERBALIK

Apabila berdagang Forex dengan model dealing desk FXCM, semua harga adalah disediakan oleh Meja Dagangan kami. Meja Dagangan FXCM ini mungkin bergantung pada pelbagai sumber pihak ketiga untuk harga yang sedia kepada pelanggan. Sekiranya harga yang manifest (misquoted) diberikan kepada kami dari sumber yang kami biasa bergantungkan, semua dagangan yang dilaksanakan dengan harga manifest (misquoted) akan dibatalkan, harga manifest (misquoted) tidak mewakili aktiviti pasaran yang sebenar. Harga manifest (misquoted) ini boleh menyebabkan penyongsangan dalam spread.

PELAKSANAAN SEMASA CUTI/HUJUNG MINGGU

WAKTU MEJA DAGANGAN

Forex - Waktu berdagang untuk meja dagangan adalah dari hari Ahad 5:15pm ET hingga Jumaat 4:55pm ET. Sila ambil perhatian bahawa pesanan yang diletakkan sebelum ini mungkin boleh diisi sehingga 5:00 pm ET dan peniaga yang meletakkan pesanan antara 4:55pm dan 5:00pm ET mungkin tidak dapat membatalkan pesanan yang menunggu pelaksanaan. Sekiranya pesanan market GTC diserahkan tepat pada penutupan pasaran, kemungkinan wujud bahawa ia tidak boleh dilaksanakan sehingga pasaran terbuka pada hari Ahad. Sila berhati-hati apabila berdagang sekitar waktu berhampiran pasaran Jumaat dan semua faktor yang diterangkan di atas perlu diambilkan dalam keputusan perdagangan anda.
Waktu perdagangan buka atau tutup boleh diubah oleh meja dagangan kerana ia bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh sumber pihak ketiga. Di luar waktu ini, kebanyakan bank utama dunia dan pusat kewangan masih tutup. Kekurangan kecairan dan volum pada hujung minggu boleh mengganggu pelaksanaan dan penyampaian harga.
Contracts for Differences - Waktu berdagang untuk produk CFD ditentukan oleh meja dagangan FXCM berdasarkan jadual dagangan di bursa untuk pasaran dasar, komoditi atau aset.
Sila rujuk kepada Panduan Produk CFD bagi waktu perdagangan setiap instrument (informasi ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris) : http://docs.fxcorporate.com/user-guide/ug-cfd-product-guide-fxcmmarkets-en.pdf
Selain itu, kecairan pada masa atau sekitar pembukaan/penutupan pasaran mana-mana instrumen CFD boleh menjadi sangat nipis. Peniaga dinasihatkan supaya berhati-hati dalam tempoh ini dan menggunakan jenis perintah asas dan lanjutan FXCM untuk mengurangkan risiko pelaksanaan. Berdasarkan kecairan yang rendah pada masa ini, peniaga yang menggunakan pesanan pasaran boleh mengalami kemerosotan atau gapping yang boleh memberi kesan ketara ke atas harga pelaksanaan akhir anda.

PENGEMASKINIAN HARGA SEBELUM PASARAN TERBUKA

Sejurus sebelum pasaran terbuka, meja dagangan menyegarkan kadar perdagangan untuk mencerminkan harga pasaran semasa persediaan untuk dibuka. Pada masa ini, perdagangan dan pesanan yang diletakkan pada hujung minggu tertakluk kepada pelaksanaan. Sebut harga pada masa ini tidak boleh dilakukan untuk pesanan pasaran baru. Selepas pasaran terbuka, peniaga boleh meletakkan perdagangan baru dan membatalkan atau mengubah pesanan yang sedia ada.

Gapping

Forex - Harga pembukaan Ahad mungkin tidak sama seperti harga penutupan Jumaat. Kadang-kala, harga pembukaan Ahad adalah berhampiran dengan harga penutup Jumaat. Pada masa yang lain, mungkin terdapat perbezaan yang ketara antara penutupan Jumaat dan pembukaan Ahad. Pasaran mungkin berlaku “gap” jika terdapat pengumuman berita penting atau acara ekonomi yang mengubahkan pandangan pasaran nilai mata wang. Peniaga yang memegang posisi atau pesanan pada hujung minggu harus sedar sepenuhnya dengan potensi pasaran terhadap “gap”.
Contracts for Difference - Terdapat risiko bahawa pesanan stop-loss yang ditinggalkan untuk melindungi kedudukan terbuka semalaman boleh dilaksanakan pada tahap yang lebih teruk daripada harga yang ditentukan.
Selaras dengan pembukaan/penutupan pasaran instrumen asas, peniaga CFD mungkin mengalami jurang dalam harga pasaran. Disebabkan oleh ketidaktentuan dalam tempoh masa ini, dagangan yang kena buka atau tutup boleh melibatkan risiko tambahan dan anda mesti mengambil kira dalam keputusan perdagangan. Tempoh masa ini disebutkan kerana ia berkaitan dengan tahap kecairan pasaran yang kurang dan boleh diikuti dengan pergerakan harga yang ketara dalam CFD dan instrumen pendasarnya.

PELAKSANAAN PESANAN

Limit orders biasanya diisi dengan harga yang diminta atau lebih baik. Jika harga yang diminta tidak tersedia di pasaran, pesanan itu tidak akan diisi. Jika harga yang diminta untuk Stop Order dicapai semasa pasaran terbuka pada hari Ahad, pesanan ini akan menjadi Market Order. Limit Entry akan diisi dengan cara yang sama seperti Limit Orders. Pesanan Entry Stop diisi dengan cara yang sama sebagai Stops.

RISIKO HUJUNG MINGGU

Peniaga yang takut bahawa pasaran mungkin tidak tentu pada hujung minggu, gapping mungkin berlaku, atau potensi bagi risiko hujung minggu tidak sesuai untuk gaya trading mereka, mungkin lebih sesuai tutupkan posisi sebelum hujung minggu. Ia adalah penting bahawa peniaga yang memegang posisi terbuka pada hujung minggu memahami bahawa potensi wujud dalam peristiwa-peristiwa ekonomi yang utama dan pengumuman berita yang menjejaskan nilai kedudukan asas anda. Memandangkan ketidaktentuan yang dinyatakan dalam pasaran, ini adalah biasa bagi harga pembukaan berbeza dengan harga penutupan pasaran. Kami menggalakkan semua peniaga untuk mengambil kira sebelum membuat keputusan perdagangan.

PANGGILAN MARGIN DAN PENUTUPAN SEMUA

Margin call dicetuskan apabila margin yang boleh digunakan mencapai sifar. Ini berlaku apabila kerugian terapung anda mengurangkan ekuiti akaun anda ke tahap yang kurang daripada atau sama dengan keperluan margin anda. Oleh itu, akibat dari margin call adalah likuidasi berikutnya kecuali dinyatakan khusus.
FOREX - Idea perdagangan margin adalah margin anda bertindak sebagai deposit niat baik untuk mendapatkan nilai nosional yang lebih besar untuk posisi anda. Perdagangan margin membenarkan peniaga untuk memegang posisi yang lebih besar daripada nilai akaun sebenar. FXCM Trading Station mempunyai keupayaan pengurusan margin, yang membenarkan penggunaan leverage. Perdagangan dengan margin mempunyai risiko kerana leverage boleh menentang seberapa banyak yang ia berfungsi terhadap anda. Jika akaun ekuiti jatuh di bawah keperluan margin, FXCM Trading Station akan mencetuskan pesanan untuk menutup semua posisi yang terbuka. Apabila posisi telah terlebih leverage atau kerugian dagangan berlaku sampai ekuiti tidak mencukupi untuk mengekalkan posisi terbuka, margin call akan berlaku dan semua posisi terbuka akan ditutup (dilikuidasi).
Sila diingatkan bahawa apabila margin yang boleh digunakan mencapai sifar, semua posisi terbuka akan dicetuskan untuk menutup. Proses pembubaran ini adalah elektronik sepenuhnya dan bukan budi bicara FXCM untuk menutupkan posisi tersebut.
Walaupun ciri-ciri margin call direka untuk menutup posisi apabila ekuiti akaun jatuh di bawah keperluan margin, kadang-kala kecairan mungkin tidak berlaku pada kadar margin call yang tepat. Akibatnya, ekuiti akaun jatuh di bawah keperluan margin pada masa pesanan diisikan dan menyebabkan ekuiti akaun menjadi negatif. Hal ini berlaku semasa gap pasaran atau ketidaktentuan pasaran. FXCM tidak akan bertanggungjawab untuk baki deficit peniaga dalam senario ini, tetapi pelanggan harus menyedari bahawa semua dana dalam akaun adalah tertakluk kepada kerugian. FXCM juga mencadangkan bahawa peniaga menggunakan pesanan Stop untuk menghadkan risiko penurunan sebagai gantian bagi margin call untuk perhentian terakhir.
Adalah dinasihatkan bahawa pelanggan mengekalkan jumlah yang sesuai dalam akaun mereka pada bila-bila masa. Anda boleh meminta untuk menukar keperluan margin anda dari myfxcm.com dan mengisi "Margin Change Request Form," yang tertakluk kepada kelulusan oleh FXCM. Keperluan margin boleh berubah berdasarkan saiz akaun, posisi terbuka serentak, gaya perdagangan, keadaan pasaran, dan pada budi bicara FXCM.
Contracts for Difference - FXCM memproses pencairan produk CFD secara automatik. Pembukaan dan penutupan pasaran rujukan asas ditentukan oleh bursa, atau pihak ketiga pelaksanaan dan bukan FXCM. Sekiranya pembubaran pelanggan dicetuskan semasa pasaran rujukan pendasar tutup, meja dagangan FXCM mungkin perlu menunggu sehingga pasaran rujukan asas dibuka semula sebelum pembubaran posisi CFD boleh dimuktamadkan. Ini bergantung kepada keadaan pasaran, kerana ia mungkin bermaksud bahawa harga akhir pelanggan ada perbezaan yang ketara dengan harga yang mencetuskan pembubaran pelanggan. Jika akaun pelanggan mengandungi kedudukan terbuka dalam kedua-dua CFD dan forex pada masa pembubaran dicetuskan, berkemungkinan hanya posisi forex akan dibubarkan. Ini hanya berlaku dalam situasi di mana pasaran rujukan asas CFD tertentu tutup, dan pembubaran posisi forex pelanggan memenuhi keperluan pembubaran.

METATRADER 4

Sila ambil perhatian bahawa pengguna MT4 adalah tertakluk kepada prosedur margin call yang berbeza. Apabila margin call dicetuskan, posisi individu akan dilikuidasi sehingga ekuiti selebihnya adalah mencukupi untuk menyokong posisi yang sedia ada. Dalam hal ini, posisi dengan kehilangan terbesar akan ditutup dahulu semasa pembubaran.

CARTA HARGA VS. HARGA YANG DIPAPARKAN DALAM PLATFORM

Adalah penting untuk membuat perbezaan antara harga indikatif (dipaparkan di atas carta) dan harga urusan (dipaparkan di Trading Station FXCM). Harga Indikatif adalah mereka yang menawarkan petunjuk harga di pasaran, dan kadar di mana mereka berubah. Harga ini diperolehi daripada pelbagai penyumbang seperti bank dan firma penjelasan, ini mungkin mempengaruhi Meja Dagangan FXCM membuat harga. Harga indikatif biasanya sangat dekat dengan harga berurusan, tetapi mereka hanya memberi petunjuk dalam pasaran. Harga pelaksanaan memastikan pelaksanaan yang lebih baik dan dengan itu mengurangkan kos urus niaga. Kerana pasaran spot forex kekurangan pusat pertukaran tunggal di mana semua transaksi yang dijalankan, setiap peniaga forex boleh memetik harga yang berbeza. Oleh itu, semua harga yang dipaparkan oleh carta pembekal pihak ketiga, yang tidak mengambil harga dari market maker akan mencerminkan harga indikatif dan tidak semestinya harga urusan sebenar di mana dagangan boleh dilaksanakan.

PLATFORM DAGANGAN MUDAH ALIH

Penggunaan teknologi perdagangan mudah alih terdapat risiko seperti pertindihan arahan perintah, kependaman harga, dan isu-isu lain yang terhasil dari sambungan mudah alih. Harga yang dipaparkan pada platform mudah alih adalah semata-mata petunjuk kadar laksana dan mungkin tidak menggambarkan harga sebenar yang dilaksanakan dalam pesanan.
Mobile TS II menggunakan rangkaian komunikasi litar awam untuk penghantaran mesej. FXCM tidak akan bertanggungjawab dalam keadaan-keadaan di mana anda mengalami kelewatan dalam sebutharga atau ketidakupayaan untuk berdagang disebabkan oleh masalah penghantaran litar rangkaian atau masalah lain di luar kawalan langsung FXCM. Masalah penghantaran termasuk tetapi tidak terhad kepada kekuatan isyarat mudah alih, kependaman selular, atau isu-isu lain yang mungkin timbul antara anda dan pembekal perkhidmatan internet, pembekal perkhidmatan telefon, atau pembekal perkhidmatan lain.
Sila ambil perhatian bahawa beberapa ciri Trading Station FXCM tidak akan didapati dalam FXCM Trading Station Mobile. Perbezaan utama termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pakej carta, rollover harian tidak akan muncul, dan keperluan penyelenggaraan margin dalam setiap instrumen kewangan tidak akan muncul. Adalah sangat disyorkan bahawa pelanggan membiasakan diri dengan fungsi Trading Station Mobile FXCM sebelum menguruskan akaun live melalui peranti mudah alih.

PERMOHONAN TS MOBILE TABLET

FXCM Trading Station Web platform telah diubah suai untuk berfungsi dalam peranti mudah alih dan tablet. Platform mudah alih dipanggil Trading Station Mobile. Dengan pengecualian perintah OCO (satu membatalkan yang lain), Trading Station Mobile dalam peranti tablet mempunyai ciri-ciri perniagaan yang sama seperti Trading Station Web. Risiko penyambungan yang sama diterangkan di atas mengenai TS II Mobile akan didapati untuk dagangan tablet juga.

No comments:

Post a Comment