IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Monday 10 November 2014

Detik-Detik Kewafatan Rasulullah : cerita palsu yang masyur

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melaluï
kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulaï menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]


Pagi itu, Rasulu Llah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umat ana, kita
semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka ta`ati dan bertaqwalah kepada-
Nya. Ana wariskan dua perkara kepada kalian, Al Qur'an dan sunnah ana. Barangsiapa mencintaï
sunnah ana, bererti dia mencintaï ana, dan kelak orang-orang yang mencintaï ana akan masuk
syurga bersama-sama ana.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulu Llah
yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. [Tidak ada sumber! Rasulu Llah
tidak berkhutbah pada pagi hari kematiannya. Hadis [/ kata-kata] tersebut juga pelik! Perlu
kepada rujukan sebelum boleh diterima]


Abu Bakr menatap mata itu dengan berkaca-kaca, `Umar dadanya naik turun menahan nafas
dan tangisannya. `Usman menghela nafas panjang dan `Ali menundukkan kepalanya dalam-
dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulu Llah akan meninggalkan kita
semua,” keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan
tugasnya di dunia. [Ayat yang pelik! Bukan ayat hadis, melainkan penulis cerita]

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala `Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulu Llah
yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari minbar. Pada saat itu, kalau mampu, seluruh
sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tetapi
pintu rumah Rasulu Llah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulu Llah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
tidurnya. [Ayat yang pelik! Siapa Fadhal?]

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah ana
masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayah ana sedang
demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali
menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah
itu wahai anak ana?” “Tak tahulah ayah ana, orang sepertinya baru sekali ini ana melihatnya,”
tutur Fatimah lembut. [Ayat yang pelik! Tidak ada sumber]



Lalu, Rasulu Llah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah
bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuïlah, dialah yang
menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaku l-maut,” kata Rasulu Llah. [Tidak ada sumber! Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah
disahihkan!]


Fatimah pun menahan ledakan tangisannya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi
Rasulu Llah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertaïnya. Kemudian dipanggillah
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah
dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hak ana nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulu
Llah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah
menanti ruh anta. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan anta,” kata Jibril. [Tidak ada
sumber!
Setiap kata-kata Rasulu Llah hendaklah disahihkan!]

Tetapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulu Llah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Anta tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepada ana bagaimana
nasib umat ana kelak?”. “Jangan khuatir wahai Rasula Llah, ana pernah mendengar Allah
berkata kepada ana: “Ana haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya,” kata Jibril. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]

Detik-detik semakin dekat untuk saatnya Malaku l-Maut melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulu Llah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulu Llah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratu l-maut ini.” Perlahan Rasulu Llah mengaduh. Fatimah
terpejam, `Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah anta melihat ana, hingga anta palingkan wajah anta ya Jibril?” Tanya Rasulu Llah
kepada Malaikat penyampai wahyu itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini masyhur tetapi tidak ada
asas!] 


“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar
kemudian terdengar Rasulu Llah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah,
dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepada ana, jangan pada umat ana.”
Badan Rasulu Llah mulaï dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, `Ali segera mendekatkan telinganya. [Kisah yang pelik!
Kisah ini masyhur tetapi tidak ada asas!]
[Harap semak, macam ada unsur Syi`ah sahaja cerita
ini… Ana belum baca sampai habis lagi cerita ini!]

 

“Usikum bis-salati, wama malakat aymanukum, peliharalah salat dan peliharalah orang-orang lemah di antara antum.” [Hadis perlu disemak! Diriwayatkan dalam hadis sahih [An-Nasa’iy Al-Kubra/ 7057, sahih], [Ahmad, 26144, sahih], [Musnad `Abd bin Humayd/ 1214, sahih], “Salat, salat, dan apa-apa yang tangan-tangan kanan antum miliki"]

Di luar pintu tangisan mulaï terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan `Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulu Llah
yang mulaï kebiruan. “Ummati, ummati, ummati, (Umat ana, umat ana, umat ana)” Dan,
berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. [Kisah yang pelik! Kisah ini
masyhur tetapi tidak ada asas! Al-Bukhariy dan Muslim
[Al-Bukhariy/ 4463, 6348, 6509], [Muslim/ 2444]
meriwayatkan kata-kata terakhir Rasulu Llah ialah Allahumma r-Rafiqa l-A`la]


KOMENTAR `ADLAN
1- Cerita ini masyhur tetapi tidak ada asas. Terlalu banyak tokok-tambah dan penipuan
2- Sila rujuk hadis yang sahih dan kisah sirah yang mu`tabar
 
KOMENTAR IRWAN
1. Ana nasihatkan saudara penulis, kita sebagai Ahli s-Sunnah, rujuklah hadis-hadis apabila
menulis sesuatu…


Sumber: ad-diyari.com 

http://humairagjoy.blogspot.com/2011/08/detik-detik-kewafatan-rasulullah-cerita.html

SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW YANG SEBENAR..

Berikut di bawah yang diceritakan ini merupakan SAAT KEWAFATAN RASULULLAH SAW YANG SEBENAR..

Kewafatan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW jatuh gering tiga bulan setelah baginda pulang ke Madinah setelah menunaikan Haji Terakhir*1.
Kegeringan Rasulullah SAW di dalam rumah Maymunah*2   dan berlarutan selama 10 hari*3.  Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin, dua belas haribulan Rabiulawal*4, ketika baginda berusia 63 tahun*5.
Perkaranya sahih bahawa Rasulullah SAW merungut semenjak pada tahun ketujuh Hijrah, sebaik sahaja setelah penaklukkan Khaybar, apabila baginda memakan sketul daging beracun yang diberikan kepada isteri baginda oleh Salam ibn Mashkan, seorang Yahudi.

Walaupun Rasulullah SAW telah meludahnya keluar dari mulut baginda dan tidak menelan daging tersebut, racun itu masih berbisa dalam diri baginda*6. Rasulullah SAW memberitahu isteri-isteri baginda bahawa baginda ingin dijagai dan dirawati di rumah ‘Aishah (Umm al Mu’minun). *7
Aishah seringkali menyapu peluh-peluh baginda dengan tangan beliau sendiri kerana kerahmatan ketika membaca surah-surah Mu’awwadhatayn, dua surah terakhir dalam al- Quran. *8

Rujukan *:
  1. Ibn Kathir mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat 81 hari setelah Hari Haji Besar( al Bidayah wa al Nihayah, 5/101)
  2. Ibn Hajar berkata bahawa ini laporan yang telah dipersetujui. Laporan lain yang berbeza mengatakan bahawa baginda gering ketika di rumah Zainab bt Jahsh atau Rihanah. Fath al Bari, 8/129
  3. Sulayman al Timi menegaskan perkara ini. Al Bayhaqi meriwayatkannya dengan satu isnad sahih. Lebih tepat 13 hari. Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/129
  4. Al Hafiz ibn Hajar berpegang  kepada pendirian Abu Mikhnaf bahawa Rasulullah SAW wafat pada 12 R’ Awal dan lain-lainnya tersilap menambah “ashar”(sepuluh) kepada “thanin” (dua). Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/130
  5. Sahih al Bukhari, (Ibn Hajar, Fath al Bari,8/150)
  6. Ibid, 8/131
  7. Ibid,8/27, Ahmad, Al Musnad,(al Fath al Rabbanu, 21/226), dengan satu isnad sahih.
  8. Sahih al Bukhari(Ibn Hajar, Fath al Bari,8/131)
Ketika kematian semakin hampir kerana kegeringan baginda bertambah-tambah, baginda bersabda kepada sahabat,

“Bolehkah aku menulis sesuatu untuk kamu supaya kamu tidak akan tersesat?”

Mereka masih belum berkeputusan sama ada dikalangan sahabat hendak mencapai bahan- bahan penulisan, dan sahabat yang lainnya khuatir jika perbuatan ini akan mengganggu kepada Rasulullah SAW. Terdapat pembuktian untuk menyokong kenyataan ini yang meyakini bahawa untuk membawa bahan-bahan penulisan bukanlah suatu perintah mustahak sebagai satu pendirian.

Apabila Umar ra berkata, “Kitab Allah SWT (al Quran) memadai untuk kita,” Rasulullah SAW tidak mengulangi pendirian ini. Jikalah sesuatu perkara wajib yang hendak disampaikan baginda, maka baginda sudah pasti menyatakannya kepada mereka, seperti mana Rasulullah SAW menyatakan ketika kegeringan ini, secara lisannya supaya mereka membuang segala penyembahan berhala di Semenanjung Arab dan melayani delegasi-delegasi(orang luar) dengan penuh kehormatan dan baik hati*9 .

Rasulullah SAW memanggil Fatimah ra, dan mengatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ra menangis.Kemudian Rasulullah SAW memanggil Fatimah dan menyatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ketawa. Setelah kewafatan Rasulullah SAW , Fatimah ra memberitahu bahawa baginda telah memberitahu beliau bahawa baginda akan wafat(meninggal dunia) , sebab ini beliau(Fatimah) telah menangis; kemudian baginda memberitahu beliau, bahawa beliau akan menjadi orang pertama dalam keluarga yang akan menyertai baginda, maka Fatimah ketawa*10. Perkara ini telah terbukti . Ia suatu kelebihan dan tanda-tanda kerasulan.

Kegeringan Rasulullah SAW menjadi berat dan telah menghalang baginda daripada keluar dari tempat berehat untuk mengimamkan orang- orang Islam dalam solat. Rasulullah SAW bersabda,
“Beritahu Abu Bakar ra untuk mengimamkan mereka di dalam solat.”

Aishah menegah baginda daripada melakukannya, kerana beliau khuatir orang-orang Islam akan menganggap bapa beliau sebagai suatu alamat yang buruk. Fatimah ra berkata,
“Abu Bakar ra seorang lelaki baik hati, suara beliau lemah lembut dan menangis-nangis apabila mereka membaca ayat-ayat al-Quran*11.
Rujukan *:
9. Ibid, 8/132
10. Ibid, 8/135
11. Ibn Hisyam, Sirah, 4/330, dengan satu isnad sahih, Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/233
Tetapi Rasulullah SAW mendesaknya juga. Maka, Abu Bakar ra keluar dari tempat berehat Rasulullah SAW dan mengimamkan mereka dalam solat*12. Rasulullah SAW keluar dari bilik baginda Cuma sekali, dibantu oleh Al Abbas, dan Ali, mengimamkan orang-orang Islam dalam solat dan menyampaikan ucapan memuji Abu Bakar ra dan menerangkan kelebihan-kelebihan beliau. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT telah memberikan beliau(Abu Bakar ra) pilihan samaada memilih dunia ini atau Akhirat, dan beliau telah memilih Akhirat*13.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW telah disampaikan lima hari sebelum kewafatan. Di dalam khutbah Rasulullah SAW ini, baginda bersabda,

“Terdapat seorang hamba Allah SWT yang telah ditunjukkan dunia ini dan kecantikannya, tetapi telah memilih Akhirat.”

Abu Bakar ra memahami bahawa Rasulullah SAW bermaksudkan beliau, maka beliau menangis. Orang- orang Islam melihat beliau dengan tergamam, sebab mereka tidak memahami pengertian begitu*14.
Solat al Fajr, pada hari kewafatan Rasulullah SAW, ketika ia didirikan, Rasulullah SAW telah menarik tirai bilik Aishah dan melihat orang-orang Islam yangs edang dalam saf untuk solat.

Kemudian baginda tersenyum dan ketawa, seakan-akan baginda menyatakan selamat tinggal kepada mereka. Orang-orang Islam telah dilanda kegembiraan kerana Rasulullah SAW telah keluar dari bilik baginda. Abu Bakar ra telah berundur ke belakang, kerana beliau menyangka bahawa Rasulullah saw akan keluar untuk mengimamkan solat tetapi Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan tangan untuk menyudahkan solat tersebut. Kemudian baginda masuk semula ke biliknya dan menarik tirai.

Fatimah memasuki dan berkata
“Bagaimanakah sakitnya bapa aku!”
Rasulullah SAW bersabda,
“Bapa kamu tidak akan menderita sebarang kesakitan setelah hari ini.” *15

Usamah ibn Zayd memasuki bilik baginda, dan Rasulullah SAW berdoa dengan senyapnya untuk beliau dengan suatu isyarat; baginda tidak boleh berkata-kata kerana kegeringan yang begitu berat. *16

Apabila kematian tiba, baginda sedang bersandar di dada Aishah ra. Beliau(Aishah ra) telah mengambil “siwak”(sugi) daripada saudara lelakinya ‘Abd al Rahman, dan mengunyah hujungnya dan Rasulullah SAW telah mencuci gigi baginda dengannya. *17 .

Rujukan *:
12. Ibn Kathir,op .cit, 5/233
13. Sahih Bukhari, Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/27. Lihat juga Ahmad, al Musnad al Fath al rabbani, 21/231; Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/229-230
14. Ahmad, Musnad(al Fath al Bari, 21/222,catatan nota kaki no 3). Turkat al Nabi, yang diriwayatkan oleh al Bukhari, Muslim, Ahmad dan al Bayhaqi, dengan satu isnad orang-orang thiqah(soleh) tetapi mursal.
15. Sahih al Bukhari (Ibn Hajar, Fath al       Bari, 8/149)
16. Ibn Hisyam, Sirah, 4/329 dengan satu isnad sahih
17. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/138)
Rasulullah SAW dalam saat kewafatan memasukkan tangan baginda ke dalam sebuah bekas air, dan menyapu mukanya, sambil bersabda,

“La ilaha illa Allah, wujudnya keazaban maut.” *18

Suara Rasulullah SAW menjadi parau ketika baginda sedang bersabda:

“ Dalam saksi dan di sisi orang-orang Islam yang dikurniakan kemuliaan Allah SWT..”(Surah al Nisa’ [4:69]*19dan, “Sesungguhnya Penghuni Termulia di Syurga.”

Kemudian Aishah ra menyedari bahawa Rasulullah SAW telah diberikan pilihan, dan baginda  memilih para sahabat yang Terpuji. *20

            Rasulullah SAW hanyalah seorang nabi dan rasul, pesuruhNya: bergitu ramai nabi-nabi dan rasul  yang telah wafat sebelum baginda. Jika baginda wafat atau terbunuh, apakah kamu juga turut meninggalkan Islam?

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Surah ali ‘Imran [3:144])

Kemudian, orang-orang Islam menjadi senyap. “Umar melutut ke bumi, kerana kaki-kaki beliau tidak mampu lagi menyanggah Abu Bakar ra. Seakan –akan mereka tidak pernah mendengar ayat ini sehingga ketika ini. *21  

Fatimah ra berkata
“Wahai bapaku, baginda menyahut panggilan Tuhannya, wahai bapaku, tempat tinggal baginda ialah taman syurga, wahai bapaku, kami mengumumkan kewafatannya kepada Jibril. *22  
Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan KerahmatanNya kepada RasulNya dan keluarga baginda.

“Segala puji-pujian untuk Allah SWT, Seru Sekalian Alam”
Wa al Hamdu li Allah Rabb al ‘Alamin.
Rujukan *:
18. Ibid, 8/144
19. Ibid, 8/136
20. Ibid, Ibn Hisyam,Sirah, 4/329, dengan satu isnad sahih.
21. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/45)
22.Ibid, 8/149
 Tidak kira siapa yang mengajarmu ttg agama itu adalah Tok guru, mursyid sekalipun..sebagai seorang islam jdilah pengkaji agamamu sndri..rujuklah kembali..dan berkali2..Tegakkan yang HAK tinggalkan yang BATIL
Assalamualaikum.

Thursday 7 August 2014

SURAH JIN



Nak cerita sikit tentang grup usrahku di PERNEC..just nak simpan kenangan..tak tulis nanti lupa..
Tiap lunch hour jumaat, kami ada grup discussion..Jumaat baru ni aku umum dlm grup watsap nak buat surah jin...lantas semua bersetuju, gembira' sekali..terus seorang ahli yg baru sebulan setengah berpindah ke PUTRAJAYA .. mohon dirakamkan ke SKYPE..supaya dia boleh ikuti perbincangan ON AIR.. wadui waduiih !! ini udah kali kedua..canggih sekali !!..ayuh ikuti kisah nyaa

Di dalam al-Qur'an terdapat 22 ayat mengenai jin .

Surah Jin telah  di wahyukan kpd baginda nabi saw mengisahkan perihal segolongan jin yg telah terdengar baginda membaca ayat2 quran dan reaksi mereka..Didalam surah ini juga
diceritakan hakikat kewujudan mereka, kisah2 masyarakat mereka, agama mereka dsb.....
A001
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (al Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar al Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Berkata ibn abbas ra bahawa nabi s.a.w. tidak pernah membacakan kepada jin al Quran dan tidak pernah melihat mereka.  (Muslim, Tirmidhi, Musnad Ahmad, Ibn Jarir).  

Ayat ini mengkhabarkan kpd nabi saw bahwa jin mendengar dan memahami apa yg dibaca oleh baginda saw. Malahan mereka memahami maksud dan keindahan ayat2 suci alquran.

Telah di ceritakan bahawa ketika Sahl bin Abdillah berada di negara 'Ad, dia terlihat kesan sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu terukir yang dihuni oleh jin. Dia pun masuk ke dalam gedung itu, dan di lihatnya ada seorang lelaki yang tinggi besar sedang solat mengadap kiblat...memakai jubah yang dibuat daripada bulu yang sangat indah. Sahl bin Abdullah kagum melihat tubuh orang itu yang tinggi besar,  lebih dikaguminya.. keindahan jubahnya.
Kemudian dia pun memberi salam kepadanya. Lalu lelaki itu menjawab salamnya dan berkata: "Hai Sahl, sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian tetapi yang merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia tujuh ratus tahun dan dalam jangka waktu itu aku bertemu dengan Isa dan Muhammad (alaihimas salam). Aku beriman kepada keduanya."
Maka, berkatalah Sahl: "Siapakah tuan?" Lelaki itu menjawab: "Aku termasuk di antara yang disebutkan di dalam ayat: "qul uhiya ilayya annahus tama'a nafarun minaljinni." 
(riwayat Ibnu Jauzi di dalam kitab Shafwatus Safwan dengan sanadnya dari Sahl bin Abdillah)



A002
`... yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
Ungkapan ini adalah pengisytiharan bahwa..

1..Nubuwah dan wahyu tidak wujud dikalangan jin.

2.. Kaum jin ini serta merta beriman kpd Allah swt  setelah mendengar bacaan nabi saw .. ..berbeza dgn sifat mushrikin quraish...tidak mendapat manafaat dari alquran padahal nabi saw adalah dari keturunan mereka, dibacakan dlm bahasa mereka.


3..Didalam surah Al Ahqaf 29-30..Allah mewahyukan bahwa sekumpulan jin yg telah mendengar bacaan nabi saw adalah pengikut Taurat..mereka terus beriman kpd Al Quran dan berdakwah kpd kaum mereka
A003















Dan sesungguhnya amat tinggi kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

Ketika mendengar bacaan nabi saw, mereka tersedar akan kesesatan agama mereka..bahwa mereka telah mensyirikkan Allah ..
A004
`Dan  sesungguhnya sebelum ini ada  pemimpin kami yang kurang akal yg mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran..

Sebelum ini,mereka beriman dgn agama yg direka2 oleh pemimpin2 mereka yg jahil. ..iaitu pengikut2 iblis dan ulama mereka yg beragama yahudi, kristian , hindu, majusi dll

A005
`Dan  sesungguhnya kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Mengikut imam ar razi...ini adalah pengakuan mereka bahwa mereka telah terjerumus dlm kejahilan dan kesesatan disebabkan taqlid buta kpd pemimipin2 mereka terdahulu..


Mereka mentaati orang2 alim mereka kerana mereka tidak pernah terfikir ulama mereka sanggup menipundalam hal2 agama..
A006
`Dan bahawa sesungguhnya  beberapa orang dari manusia, memohon perlindungan  dari  ketua-ketua golongan jin, maka dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah angkuh dan jahat.

Di dalam ayat  ini, jin sendiri yang menceritakan hubungan manusia dengan mereka.

Mujahid menafsirkan.. iaitu karena manusia pergi memperlidungkan diri kepada jin, maka si jin itu menjadi sombong.

  Qatadah, Abul 'Aliyah, Rabi' dan Ibnu Zaid menafsirkan...Oleh karena manusia telah pergi memperlindungkan diri kepada jin, dia pun diperbodoh oleh jin itu, sehingga makin lama fikirannya dikacau dan ditakut oleh  jin. Padahal Allah menentukan tempat takut hanyalah Allah.

 Qatadah mengatakan bahwa apabila dia meminta perlindungan kepada jin selain dari Allah, maka jin makin menambahkan gangguannya dan membuatnya semakin takut.

Sa'di bin Jubair menafsirkan, bahwa lantaran si manusia itu memperlindungkan diri kepada jin, maka bertambah lama bertambah condonglah si manusia tadi kepada kekufuran.

Al-Qurthubui menegaskan...Tidak tersembunyi lagi bahwa pergi memperlindungkan diri kepada jin, bukan kepada Allah adalah syirik dan kufur.
















As-Saddi mengatakan bahwa dahulu bila seseorang melakukan perjalanan bersama keluarganya,.. dan di suatu tempat ia turun berehat, maka ia mengatakan..Aku berlindung dgn pemimpin jin lembah ini agar aku jangan diganggu atau hartaku atau anakku atau ternakku.


Ibnu Abu Hatim mengatakan.. dari Ikrimah bahwa dahulu jin takut kepada manusia, sebagaimana sekarang manusia takut kepada jin, malah lebih2 lagi.

 Dan tersebutlah bahwa pada mulanya apabila manusia turun berehat di suatu tempat, maka jin yang menghuni tempat itu melarikan diri. Tetapi pemimpin manusia mengatakan...Kami mohon perlindungan  pimpinan jin, penghuni lembah ini.

Maka jin berkata...Nampaknya manusia takut kepada kita, sebagaimana kita dulu takut kepada mereka.

 Akhirnya mereka mengganggu manusia sehingga manusia menjadi bertambah  takut dan gerun kpd jin dan kadang2 sehingga histeria dan berpenyakit gila.

Jin2 itu pernah berkata sesama mereka  ' nampaknya kita menjadi raja manusia dan jin sekaligus..



A007
`Dan bahawa sesungguhnya  manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka,  bahawa Allah tida  akan mengutuskan sebarang Rasul (atau membangkitkan manusia pada hari kiamat)


A008
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencuri berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Telah diceritakan oleh Ibn Abbas ra...diriwayatkan oleh al Bukhari bahwa baginda s.a.w. bersama rombongan sahabat telah menuju ke pasar Ukaz.

Ketika itu juga, jin dan syaitan telah dihalang mendengar perbualan malaikat dilangit..mereka dihalang oleh lontaran bintang2 berapi Lalu mereka pulang dan menceritakan hal tersebut kpd kaum mereka. Mereka pun berkata .."Kita tidak mungkin terhalang dari berita langit melainkan kerana ada sesuatu berlaku. Bertebaranlah kalian ke Timur dan Barat dan lihat apa sebenar telah berlaku."

Maka, bertebaranlah mereka ke Timur dan Barat sehingga sebahagian daripada mereka  tiba di Tuhamah. Ketika itu nabi s.a.w. sedang solat Subuh. Mereka mendengar bacaan nabi saw dgn khusyu' lalu berkata: "Demi Allah, inilah yang menghalang kita untuk mendapatkan berita dari langit."
Lalu mereka pun pulang kpd kaum mereka sambil berkata ..Wahai kaum kami ! kami telah mendengar bacaan quran yg mena'jubkan membimbing ke jalan kebijaksanaan dan kami beriman kpd nya... Maka, turunlah ayat ini . [At Tirmizi, juz 5, hal 98-99, hadis 3379] (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan at Tirmizi dan yang lainnya)















Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar.. maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya

Imam Ahmad,Tirmidzi dan Nasa'i telah meriwayatkan dari Ibn Abbas...

Jin2 punyai tempat yg khusus dilangit untuk mendengar wahyu. Apabila mereka mendengar satu kalimah,mereka menokok-tambah dgn 9 perkara. Kalimah yg mereka dengar itu adalah benar, manakala yg mereka tambah adalah bathil. Tetapi tiba2 langit dikawal dan dihujani bebola api.Lalu mereka mengadu kpd iblis. Iblis berkata..ini semua adalah disebabkan sesuatu berlaku didunia ini lalu ia mengutuskan perisik2 nya untuk menyiasat.. Akhirnya mereka ketemu rasulullah saw yg sedang solat subuh dicelah dua buah bukit mekah.
Mereka terus beritahu iblis dan dia berkata...inilah peristiwa yg berlaku didunia ini.

A010
`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian). Tuhan hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka.

Sebelum itu memang pernah juga terjadi pelemparan bintang-bintang api tetapi tidak banyak ,hanya sesekali saja.
 Al-Abbas menceritakan.. bahwa kami sedang duduk bersama Rasulullah saw., tiba-tiba ada bintang yang dilemparkan (di langit) sehingga bintang itu menyala terang.

 Maka Rasulullah saw. bertanya, “Bagaimanakah pendapat kalian tentang peristiwa ini?” Kami menjawab, “Kami beranggapan bahwa ada seorang yang besar dilahirkan, atau ada orang besar meninggal dunia.” 

Maka Rasulullah saw. menjawab, “Bukan demikian, tetapi apabila Allah memutuskan suatu urusan di langit, maka para malaikat bergetar mengepak-ngepakkan sayapnya karena ketakutan terhadap firman-Nya, dari sayap mereka keluar bunyi seperti rantai yang dijatuhkan di atas batu licin. Dan apabila ketakutan telah dihilangkan dari hati mereka, maka sebagian dari mereka bertanya kepada sebagian yang lain, “Apakah yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Maka mereka menjawab “Al Haq, dan Dialah Yang Mahatinggilagi Mahabesar.”

Lalu pembicaraan itu dicuri dengar oleh syaitan2 yang mencuri-curi dilangit. Syaitan2 itu sebagian berada diatas sebagian yang lainnya. Lalu syaitan yg mendengar itu  menyampaikannya kepada temannya yang ada dibawahnya, lalu si penerima berita menyampaikannya lagi kepada temannya yang ada di bawahnya. Demikianlah seterusnya hingga sampai pada syaitan yang paling bawah, lalu berita tersebut disampaikannya kepada penyihir dan tukang tenung. 

Terkadang2  syaitan yang di paling atas tertembak oleh bintang api sebelum ia sempat menyampaikannya kepada syaitan yang ada dibawahnya. Kadang2 syaitan itu sempat menyampaikannya sebelum terkena lemparan bintang api, maka ia mencampuri berita itu dengan seratus kedustaan darinya.

Dan syaitan itu berkata..Telah disampaikan kepada kita bahwa hari anu akan terjadi anu dan anu, dan secara kebetulan bersesuaian dengan kalimat yang didengar dari langit.

Hadis ini diriwayatkan  oleh Imam Bukhari . Imam Abu Daud, Imam Turmuzi, dan Imam Ibnu Majah telah meriwayatkannya melalui hadis Sufyan ibnu Uyaynah dengan sanad yang sama

Telah ditanya kepada Az-Zuhri,” Apakah di masa Jahiliah pun langit itu sudah dijaga dengan bintang-bintang tersebut?”
 Az-Zuhri menjawab, “Ya, tetapi di masa Nabi Saw. lebih diperketat.” 

Rasulullah Saw. bersabda :
“Sesungguhnya bingang-binang itu dilemparkan bukan karena matinya seseorang atau lahirnya seseorang, tetapi manakala Tuhan kita menetapkan suatu urusan, maka bertasbihlah para malaikat pemikul ‘Arasy, kemudian bertasbih pula penduduk langit (para malaikat) yang ada di bawah mereka, sehingga tasbih sampai kepada penduduk langit yang terdekat.

Kemudian penduduk langit yang ada di bawah para malaikat pemikul ‘Arasy,  bertanya, dan mereka mengatakan kepada para malaikat pemikul ‘Arasy, “Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhan kalian?” 

Lalu malaikat pemikul ‘Arasy menceritakannya kepada mereka, selanjutnya para malaikat penerima berita itu menyampaikannya kepada penduduk langit yang ada di bawah mereka, sehingga berita itu sampai kepada para malaikat yang ada di langit yang terdekat.

Dan jin mencuri dengar berita itu, lalu mereka dilempari bintang api. Maka apa yang disampaikan oleh para jin adalah benar, tetapi para jin itu selalu mencampuradukkannya dengan tambahan dari mereka sendiri.”

Kesimpulannya...Syaitan2 itu ditegah mencuri dengar berita langit supaya mereka tidak dengar apa2 dari alQuran lalu memberitahu tukang tilik atau bomoh. hingga hakikat dan fakta akan menjadi keliru dan tidak diketahui mana yg benar. 
A011
Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kami golongan yang saleh dan ada yang sebaliknya, kami masing-masing menurut jalan dan cara yang berlainan.
Memang ada jin yang kafir dan ada jin yang Islam. Meminta perlindungan kepada jin kafir bermakna meminta kpd Iblis...ini terang2  melanggar larangan Allah..
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."   (QS. Faathir, 35: 6).


















A012
`Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
A013
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
A014
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar