IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Saturday, 12 July 2014

Kemusnahan Bangsa Yahudi Sebanyak Dua Kali: Bila dan Bagaimana?

aqsa

Telah berfirman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’ ayat 4-8:

وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي ٱلْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي ٱلأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً * فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ أُولاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَاداً لَّنَآ أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلاَلَ ٱلدِّيَارِ وَكَانَ وَعْداً مَّفْعُولاً * ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيراً * إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلآخِرَةِ لِيَسُوءُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ ٱلْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيراً * عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدتُّمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً

4. Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
5. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
6. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
7. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
8. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat).

Petikan ayat-ayat di atas merupakan satu kisah penting mengenai bangsa Yahudi. Anda perlu mengulang kembali sekurang-kurangnya kisah Nabi Ibrahim, Ishaq, Musa, Ya’qub, Yusuf, Sulaiman dan Daud yang memimpin bani Israel untuk mengetahui sejarah mereka. Allah memilih bani Israel untuk menguasai Palestin beberapa kali di bawah pimpinan nabi-nabi tadi. Ayat-ayat di atas agak mudah difahami, seperti berikut:
1. Setelah berkuasa, bangsa Yahudi akan membuat kerosakan besar di muka bumi sebanyak dua kali.
2. Setiap kali mereka membuat kerosakan, maka Allah akan menimpakan balasan kepada mereka dengan implikasi yang berbeza.
3. Balasan untuk kerosakan kali pertama, ialah mereka akan diserang oleh kaum lain yang gagah perkasa, lantas dikalahkan. Akan tetapi sebahagian mereka bertaubat, dan Allah beri mereka peluang kembali untuk berkuasa di bumi, khususnya di Jerusalem. Allah mengurniakan mereka zuriat yang banyak dan harta yang melimpah ruah untuk menguasai kembali muka bumi.
4. Setelah mendapat kuasa kembali, sekali lagi untuk kali kedua mereka akan melakukan kerosakan.
5. Balasan untuk kerosakan kali kedua ini ialah mereka akan dikalahkan dengan sehancur-hancurnya.
Saya akan cuba berkongsi tafsiran ulamak terhadap ayat-ayat di atas menerusi soal-jawab di bawah:

S: Adakah maksud kerosakan di dalam ayat di atas?
J: Allah menggunakan perkataan fasad sebagai merujuk kepada kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi ke atas muka bumi. Di dalam bahasa Arab, fasad membawa maksud kerosakan yang dilakukan oleh seseorang yang asalnya baik, lalu bertukar menjadi jahat dan membuat kerosakan. Orang Yahudi dahulu adalah terdiri daripada bangsa terpilih, kerana mereka dipimpin oleh ramai Nabi. Mereka juga diberikan beberapa kitab dan suhuf, seperti kitab Taurat yang diwayhukan kepada Nabi Musa. Antara contoh kitab-kitab kecil lain atau suhuf yang dikurniakan Allah kepada mereka ialah kitab yang diturunkan kepada Nabi Ash’iya’, Armiya’, Kharqiyal, Daniyal dan Malakhi. Akan tetapi sejarah membuktikan yang ramai mereka, sama ada ketika nabi masih hidup, atau terutamanya selepas kewafatan nabi pemimpin mereka, menukar ajaran agama seperti di dalam kitab suci tersebut. Bahkan ada yang bertindak menyembah berhala dan lembu. Ini adalah antara kerosakan yang mereka lakukan. Setelah mereka mengubah ayat Allah, maka banyaklah lagi kerosakan-kerosakan lain yang mereka lakukan di dunia ini.

S: Di manakah kerosakan yang mereka lakukan di dalam ayat di atas? Adakah semata-mata di Jerusalem sahaja?
hamas3

J: Walaupun banyak terjemahan al-Quran menyebut maksud al-ardh di dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada Jerusalem, akan tetapi para ulamak turut berpendapat yang ianya adalah bermaksud mana-mana tempat di dunia ini secara amnya. Justeru, yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang Yahudi akan membuat kerosakan di mana-mana tempat di muka bumi sebanyak dua kali. Sebagai contoh, dalam sejarah, mereka pernah membuat kerosakan di Mesir semasa zaman nabi Musa dan di Yathrib/Madinah al-Munawwarah semasa zaman nabi Muhammad SAW. Cuma kebetulan sejarah telah menyaksikan yang mereka kerap menguasai Jerusalem berbanding tempat-tempat lain, justeru banyak kerosakan yang mereka lakukan di kota suci tersebut.


S: Merujuk ayat di atas, bilakah berlakunya kedua-dua kerosakan yang mereka lakukan di bumi ini , serta bilakah mereka dihancurkan?
J: Ulamak tidak bersepakat terhadap bilakah mereka membuat kerosakan dan dihancurkan.
Antara pandangan yang masyhur ialah seperti yang dilaporkan oleh Ibn ‘Asyur di dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir. Bani Israel berada di kemuncak penguasaan mereka terutamanya di kota Sham yang turut meliputi Jerusalem semasa pemerintahan nabi Daud dan nabi Sulaiman. Orang Yahudi tidak menganggap Sulaiman dan Daud sebagai nabi, tetapi hanyalah sebagai raja sahaja. Nabi Sulaiman wafat sekitar 900 SM. Setelah kewafatan baginda, orang Yahudi kembali kufur dengan ajaran Allah. Mereka kembali menyekutukan Allah dan membuat zalim terhadap bangsa lain. Ini adalah kerosakan kali pertama.


Kesannya, mereka dihukum oleh Allah dengan dikalahkan oleh kerajaan Babylon di bawah pimpinan Nebuchadnezzar (dalam Arab disebut sebagai Bukhtansar) dalam beberapa siri peperangan, yang besarnya berlaku pada tahun 606 SM, 589 SM (sehingga banyak binaan emas Haikal Nabi Sulaiman dirampas oleh Babylon) dan kemuncak kejatuhannya ialah pada tahun 588 SM. Ketika itu, Jerusalem hancur musnah sama sekali, dan Haikal Sulaiman telah dibakar oleh Babylon.
Orang Yahudi telah dijadikan tawanan dan dibawa ke Babylon sebagai hamba abdi mereka. Mereka bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah. Akhirnya, Allah kurniakan kepada mereka dengan zuriat yang ramai serta harta yang banyak di Babylon. Kebetulan, setelah kematian Nebuchadnezzar, kerajaan Babylon semakin lemah. Dan akhirnya kerajaan Babylon telah dikalahkan oleh kerajaan Parsi. Raja Parsi memberikan keizinan kepada orang-orang Yahudi untuk kembali ke Jerusalem. Sekembalinya mereka ke Jerusalem, mereka pun membina kembali Haikal Sulaiman. Setelah beberapa kali pertukaran pemerintahan di wilayah itu, akhirnya mereka membina kerajaan sendiri di sana.

Akan tetapi, orang Yahudi tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Mereka kembali kufur, dan membuat kerosakan kali kedua di Jerusalem. Ini termasuklah tindakan mereka membunuh nabi mereka sendiri iaitu Yahya dan Zakariya, serta membuat perancangan cuba membunuh nabi Isa.

Sebagai hukumannya, Allah mentaqdirkan yang mereka dikalahkan oleh Kerajaan Rom sekitar tahun 40 M. Orang Yahudi dikalahkan sehina-hinanya. Mereka telah dihalau keluar orang pemerintah Rom, lalu merempat di seluruh tempat di muka bumi ini. Ada yang merempat ke semenanjung Tanah Arab, seperti Yahudi Bani Nadhir dan Qainuqa’ di Yathrib, ada yang merempat ke benua Eropah dan ada juga yang merempat sehingga ke Asia jauh. Di Malaysia sendiri, terdapat perkampungan dan perkuburan orang Yahudi di Pulau Pinang.
Kerajaan Rom berkuasa di Jerusalem sehinggalah ianya dibebaskan oleh Saidina Umar al-Khattab pada tahun 16 Hijrah.

Ini adalah pandangan yang paling masyhur di kalangan para ulamak. Menurut Ibn ‘Asyur, dua kisah turut disebut di dalam kitab kecil orang Yahudi yang diturunkan kepada nabi Ash’iya’ dan Armiya’.
Di sana, ada lagi beberapa pandangan lain terhadap bilakah dua kali kerosakan. yang dilakukan oleh orang Yahudi serta dua kali hukuman kebinasaan yang Allah timpakan mereka akibat kerosakan yang mereka lakukan. Saya lebih cenderung untuk menerima pandangan al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi, yang akan saya sentuh di dalam soal-jawab di bawah.

S: Adakah kedua-dua kerosakan itu merujuk kepada kisah silam, atau merujuk kepada kisah yang belum berlaku lagi pada masa hadapan?
J: Khilaf ulamak mengenai tafsiran ayat di atas, khususnya mengenai bilakah kerosakan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi dan hukuman kebinasaan yang Allah timpakan kepada mereka, turut menyebabkan berlakunya khilaf ulamak terhadap persoalan adakah kedua-dua kerosakan dan kebinasaan itu telah berlaku. Atau dengan erti kata lain, adakah ayat-ayat di atas merujuk kepada kisah yang telah berlaku, atau merujuk kepada kisah yang bakal berlaku.
Saya cenderung untuk menerima pandangan Syeikh Mutawalli Sha’rawi dalam persoalan ini. Menurut beliau, sekiranya dilihat di dalam sejarah Bani Israel, sebenarnya mereka membuat kerosakan dan kemudian dibinasakan lebih daripada dua kali. Contohnya, kerosakan dan kebinasaan semasa mereka di Mesir di zaman Musa, ketika mereka berhijrah bersama Musa ke Palestin, selepas kewafatan nabi Daud dan Sulaiman, dan macam-macam lagi. Persoalannya, mengapa di dalam al-Quran disebut dua kali sahaja?

Menjawab persoalan tersebut, Syeikh Sha’rawi berkata ayat keempat di atas tidak dapat dipisahkan dengan ayat pertama surah al-Isra’ mengenai peristiwa perjalanan nabi Muhammad memasuki al-Masjid al-Aqsa. Umum mengetahui yang orang Yahudi semasa zaman awal Islam banyak membuat kerosakan khususnya di semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup secara asabiyyah, menekan pedagang-pedagang Arab dengan riba bunga pinjaman yang tinggi serta memandang rendah orang Arab kerana kononnya merekalah bangsa yang mulia kerana mempunyai banyak nabi. Mereka juga amat mengharapkan nabi akhir zaman turun daripada bangsa Yahudi daripada keturunan Ishaq, tetapi Allah mentaqdirkan yang nabi terakhir itu ialah Muhammad daripada keturunan Ismail. Kedatangan Muhammad, bersama dengan sahabat-sahabat hamba Allah yang gagah perkasa, akhirnya mengalahkan mereka. Mereka keluar dari Semenanjung Tanah Arab selama-lamanya sehingga sekarang, dengan merujuk kepada peristiwa perang Khaibar. Ianya telah dimulakan dengan

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

kemasukan nabi Muhammad di dalam al-Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Isra’. Semua peristiwa ini selari dengan firman Allah mengenai peristiwa Isra’, serta ayat-ayat pilihan di atas seperti “Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah” merujuk kepada tentera Muhammad, dan “untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama” merujuk kepada peristiwa Isra’ nabi Muhammad, dan sebahagian ulamak mentafsirkannya sebagai peristiwa pembebasan al-Aqsa di tangan Saidina Umar.
Menurut Sha’rawi lagi, kerosakan kali kedua seperti dalam ayat keenam di atas sedang dilakukan oleh Yahudi sekarang.  Kita lihatlah bagaimana mereka menguasai dunia dengan proksi, mempunyai talibarut yang ramai walaupun bukan berbangsa Yahudi, dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin.
Dan sekarang, kita sedang menanti bilakah hamba-hamba Allah yang gagah perkasa akan mengalahkan mereka dengan sehina-hinanya, sehingga kita semua boleh masuk kembali ke al-Aqsa dengan selamat seperti di zaman Saidina Umar. Ini semua selari dengan firman Allah “apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya”.
hamas1


Selain itu, kita juga boleh memahami bahawa pengkisahan kerosakan serta hukuman ke atas Bani Israel itu sebenarnya adalah sunnatullah kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berulang kali. Sesuatu kaum mungkin melakukan kesilapan besar di dalam kehidupan mereka. Apabila mereka dihukum di bumi lagi, maka biasanya akan ada yang bertaubat. Akan tetapi sekiranya mereka mengulangi kesilapan besar tersebut, maka sunnatullah telah menetapkan kaum ini secara umumnya akan dikalahkan sehina-hinanya. Teliti firman Allah ini:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia).

Kesimpulan dan Pengajaran
1. Orang Yahudi dihukum Allah bukan kerana taqdir semata-mata, akan tetapi kerana keengganan, keegoan serta kedegilan mereka patuh kepada Allah secara konsisten.
2. Menurut pandangan Sha’rawi serta ramai lagi ulamak moden, kita sedang menantikan saat kehancuran bangsa Yahudi untuk kali kedua. Sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada hamba Allah yang gagah perkasa untuk mengalahkan orang Yahudi yang melakukan kerosakan di muka bumi sekarang.
3. Adalah menjadi sunnatullah bahawa orang yang beriman tidak boleh melakukan kerosakan besar berulang kali. Kali pertama, mungkin ada ruang kemaafan. Akan tetapi sejarah membuktikan yang kalau orang beriman itu mengulangi kesilapan besar kali kedua, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket kebinasaan.

Wednesday, 2 July 2014

13 Kesilapan Puasa di Bulan Ramadhan



1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya.” (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara ‘ekspress’; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur’an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma’ninah (tenang) ketika ruku’, sujud, bangun dari ruku’ dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya; “Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat.” (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga
Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,”Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Di kutip dari:”Puasa Bersama Rasulullah”, karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan




Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:
1. Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah – berpuasa, qiam, zikir.
2. Panjatkan pujian dan syukur kerana mempertemukannya kepada Ramadhan.
Menurut Imam Nawawi rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepada-Nya”.
3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan.
Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah s.a.w., bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.” (Hadith riwayat Ahmad)
4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan.
Apa yang menyedihkan ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini.
5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di sepanjang bulan Ramadhan dengan amalan soleh.
Oleh itu, orang yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah s.w.t. : “Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya.” (Surah Muhammad: 21)
6. Berilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hamba-Nya.
Oleh itu, tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: “Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiya’: 7)
7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula.
Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)
8. Mempersiapkan jiwa dan roh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadhilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:
  • Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
  • Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan
  • Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah cd, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
  • Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.
10.Kita menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
  • Allah dengan bertaubat.
  • Rasul s.a.w. dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah.
  • Ibu bapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim.
  • Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang soleh dan berguna. Sabda Nabi s.a.w. : “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia.”
Demikian langkah yang perlu diambil oleh seorang muslim semasa menyambut Ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.
Semoga segala amalan ibadah dan kebajikan kita sepanjang bulan Ramadhan akan diterima oleh Allah s.w.t. dan memberi kesan kepada iman dan amal kita. Amin.
Abu Hurairah telah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang
Ramadhan : ‘Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.’”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Saturday, 10 May 2014

(Hadith ke-15) - Memuliakan Tetamu Jika Kamu Beriman


Tarikh: 23 Mei 2009
Masa : 19.55-20.45
Tempat: Surau Al-Islah, Seksyen 7
Penceramah: Ust Nazmi Abdul Karim
Tajuk : Hadith Matan Arbain (Hadith ke-15)


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


Kuliah pada semalam dimulakan dengan laungan nasyid asma-ul-husna (99 nama Allah). Kuliah pada malam ini adalah sambungan daripada kuliah yang lepas. Masih lagi berkisar tentang hadith ke-15 daripada matan arbain, susunan Imam Nawawi Rahimahullah.

Fokus pada kuliah kali ini ialah kepada elemen terakhir dalam hadith tersebut, iaitu "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya".
Diceritakan bahawa Abdullah Bin Mubarak pernah didatangi oleh tetamu ke rumahnya
. Pada ketika itu, beliau tidak mempunyai apa-apa harta atau makanan untuk dijamu kepada para tetamunya itu melainkan seekor kuda yang digunakan oleh beliau untuk urusan seharian. Abdullah Bin Mubarak pun memutusakan untuk menyembelih kudanya itu walaupun mendapat bantahan yang hebat daripada isterinya. Selepas menyembelih dan menjamu para tetamunya dengan daging kudanya, maka berlakulah pertengkaran antara beliau dengan isterinya.
Akibat daripada pertengkaran ini, Abdullah Bin Mubaak telah menceraikan isterinya. Setelah sekian lama beliau hidup menduda, beliau telah didatangani oleh seorang tua yang menawarkan untuk mengahwinkan anak daranya dengan Abdullah Bin Mubarak. Tanpa sebarang mahar, beliau telah memperoleh seorang isteri muda yang jauh lebih baik dari isterinya terdahulu, bahkan bapa mertuanya menghadiahinya 10 ekor kuda.

Pada malam pertama perkahwinan mereka, Abdullah Bin Mubarak telah bermimpi didatangi oleh tetamu-tetamunya dahulu. Mereka berkata "Allah telah menggantikan isterimu yang tua dengan isteri yang jauh lebih muda dan menggantikan seekor kuda yang kamu telah sembelih dengan 10 ekor kuda"


Subhanallah, tiada yang lebih besar rezeki dan nikmat melainkan datangnya dari Allah.



Antara cara-cara menghormati tetamu:

1) Memberi senyuman kepadanya (jangan berwajah masam atau tidak ceria)
2) Bercakap dengan nada yang baik
3) Bentangkan hamparan (kalau waqi' sekarang, mungkin sediakan tempat duduk atau tempat untuk menghilangkan lelah sperti kerusi, sofa, carpet, tikar dan sebagainya)
4) Berikan tempat penginapan yang baik dan sesuai
5) Jamu mereka selama 3 hari
6) Hantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira (kerana telah dikunjungi)


* Pesan Rasulullah S.A.W. kepada Salman Al-Farisi, " Jangan terlalu bersusah payah kerana tetamu, sedangkan kamu sendiri dalam keadaan susah"
Keterangan: Jangan terlalu memaksa diri utuk melayan tetamu sedangkan diri kamu dalam keadaan kesempitan. Layan tetamu sekadar yang termampu, antara tidak kedekut dan tidak terseksa.

* Disunatkan makan bersama tetamu dan menyuapkan mereka makanan - Hadith

* Nabi Ibrahim adalah orang pertama yang memuliakan tetamu. Manusia sebelumnya hanya hidup bersendirian. Beliau digelar Abu Dhoifan (Bapa Tetamu). Beliau tidak akan makan makanan bersendirian sehinggalah beliau akan berjalan dan bertemu dengan sesiapa sahaja seterusnya mengajak orang tersebut makan bersamanya.

* Mazhab Hanbali : Wajib mengambil orang yang bermusafir tidur di rumah (sebagai tetamu) jika tiada masjid di kawasan tersebut. 3 mazhab lain menghukumkan sunat.


* Huzaifah Bin al-Yaman : Setiausaha Rasulullah dan hanya dia di kalangan para sahabat yang diberikan Rasulullah senarai nama orang-orang munafik ketika itu
.

-Allah S.W.T. lebih mengetahui segalanya-

Monday, 28 April 2014

LUCU KER..



Percakapan antara Ayah dan Anak.
sepulang sholat Jum'at.
Ayah : Nak, tadi ada dengar khutbah ka?
Anak : Ada la ba...
Ayah : Sekarang Ayah test arr, sebagai Anak harus berbakti pada siapa?
Anak : Ibu...
Ayah : Kemudian siapa lagi?
Anak : Ibu...
Ayah : OK, lagi siapa?
Anak : Ibu...
Ayah : Bagus, abis itu siapa?
Anak : Ayah....
Ayah : Pandai pun, jadi Ibunya ada berapa tadi?
Anak : ada 3
Ayah : Ayahnya berapa?
Anak : 1
Ayah : Ibu kamu berapa?
Anak : 1
Ayah : Berarti kurang berapa?
Anak : 2
Ayah : ngam !! nanti sampai rumah
kestau sama Ibu ya nak.....

Thursday, 13 March 2014

khutbah jumaat.. ingati Allah swt

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْعَلِيِّ الْكَبِيْرِ، اَللَّطِيْفِ الْخَبِيْرِ، اَلْحَسِيْبِ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَالْمُجَازِى لَهَا بِمَا عَمِلَتْ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَعَثَهُ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيًا إِلَى اللهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ أُوصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قال الله تعالى، أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
        ( الحشر 18 ) 

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita  bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat-33 surah Luqman :

Maksudnya :Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

Satu demi satu tanda-tanda kiamat samada kecil ataupun besar telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t kepada kita semuasebagai peringatan yang jelas tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancurannya.Dunia semakin bercelaru dengan pelbagai fitnah dan kesesatan yang kacau-bilau, dan ianya seolah-olah tidak ada penghujungnya. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan hari kiamat wajib mengambil semua ini sebagai amaran dan peringatan penting untuk mempersiapkan diri kita dengan amal soleh sebelum kita dijemput untuk melalui dua alam pembalasan, iaitu alam kubur dan alam akhirat yang tidak ada lagi padanya peluang untuk kita beramal soleh. Di sana adalah tempat untuk kita menerima pembalasan berdasarkan kepada apa yang telah kita lakukan ketika hidup kita pada hari ini. Ambillah pengajaran kepada jawapan Sayyidina Uthman bin Al-‘Affan apabila beliau ditanya tentang sebab kenapakah beliau menangis sehingga basah janggutnya ketika beliau berdiri di satu tanah perkuburan. Katanya:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ada bersabda”:

“Kubur adalah awal kehidupan akhirat.Jika seseorang itu selamat daripadanya, maka kehidupan akhiratnya akan menjadi lebih mudah, dan jika dia tidak selamat daripada seksa kubur, maka akhiratnya akan lebih mengerikan dengan penderitaan api neraka yang akan dirasainya.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah s.w.t pada ayat 155-157 dalam Surah Al-Baqarah,

Yang bermaksud :Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta (kekurangan) hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah), lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.

Allah s.w.t pasti akan menguji kita semua demi untuk membezakan antara kita siapakah yang taat kepadaNya dan siapakah yang derhaka kepadaNya. Ujian Allahdatang dalam berbagai rupa dan bentuk. Antara bentuk ujian yang disebut oleh Allah s.w.t pada ayat yang dibacakan tadi ialah;

1.    Ujian ketakutan : yakni takut terhadap musuh
2.    Ujian kelaparan : yakni akan berlaku kepada kita kekurangan makanan, minuman yang menyebabkan manusia berada dalam kesusahan
3.    Ujian kekurangan pada harta : yakni kerugian dalam perniagaan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya
4.    Ujian kekurangan manusia : yakni akan berlaku banyak kematian manusia sama ada melalui peperangan, wabak penyakit, kemalangan dan sebagainya
5.    Ujian kekurangan hasil buah-buahan : yakni akan berlaku musim kemarau yang panjang hingga menyebabkan banyak tumbuh-tumbuhan yang mati sehingga menjejaskan hasil penuaian sebagaimana yang sedang kita hadapi pada saat ini.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Semua bentuk ujian ini dikenakan ke atas kita sebagai satu ujian dari Allah s.w.t untuk menguji siapakah di kalangan kita yang berjaya dan siapakah yang gagal.Ianya juga sebagai peringatan terhadap umat manusia untuk segera kembali dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.Usah berlagak sombong dengan mendabik dada kononnya kita hebat.Walau sehebat mana pun teknologi yang kita ada, walau secanggih mana pun peralatan yang kita miliki, walau sebijak mana pun akal yang diberi, kita tetap terlalu lemah dan kerdil untuk berhadapan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Apakah kita lupa dengan apa yang berlaku kepada kapal penumpang ‘Titanic’ yang dilengkapi dengan teknologi yang tercanggih dan paling maju pada masa itu sehinggakan ada di kalangan jurutera-jurutera mereka pada waktu itu mengatakan dengan sombong dan bongkak bahawa “Titanic tidak mungkin akan tenggelam”. Namun Titanic yang dikatakan sebagai sebuah kapal penumpang yang termaju dan tercanggih akhirnya tunduk dibawah kekuasaan Allah dan tenggelam juga akhirnya setelah terlanggar ketulan ais atau ‘iceberg’ dalam pelayaran sulungnya pada tanggal 14 April 1912, dan ianya dianggap sebagai tragedi yang terburuk yang mengorbankan seramai hampir 1500 nyawa. 

Hari ini dan saat ini perhatian dunia tertumpu kepada Pesawat MAS MH370 yang sudah seminggu hilang entah ke mana. Seluruh dunia berada dalam kebingungan. Pesawat yang dikatakan antara yang tercanggih itu tiba-tiba hilang begitu sahaja tanpa sebarang isyarat dan kemudiannya gagal pula untuk dikesan dengan kekuatan teknologi yang manusia ada pada hari ini sekalipun bantuan dating dari segenap penjuru dunia. Apakah teknologi yang mengapung dan menerbangkan kapal itu di udara?. Kalau demikianlah keyakinan seseorang maka rosaklah imannya kerana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk ayat 19,

  
Yang bermaksud : Apakah mereka tidak melihat dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Dalam menghadapi ujian dan bala’ dari Allah s.w.t lebih-lebih lagi ujian ini, kita dapat melihat berbagai aksi dan tindakan manusia untuk melepaskan diri masing-masing dari ujian dan bala’ tersebut. Antaranya;
1.    Ada yang segera ingat dan kembali kepada Allah dan memohonnya kepadaNya agar dihindarkan dan diselamatkan daripada bala’ yang ditimpakan ke atas mereka. Inilah yang sepatutnya kerana semua ini milikNya belaka.
2.    Ada juga kalangan mereka yang terus berputus asa dari rahmat Allah hinggakan kadang-kadang mereka menyalahkan Allah serta mempertikaikan ketentuanNya. Ini adalah bertentangan dengan ajaran dan perintah agama kita.
3.    Ada juga kalangan mereka yang cuba melepaskan diri daripada bala’ ini dengan melakukan amalan-amalan syirik dan khurafat yang boleh merosakkan akidah. Sebagai contohnya ialah dengan menggunakan cara meramal atau menenung nasib, kemudian mereka mendakwa kononnya mereka dapat melihat dan mengetahui sesuatu yang ghaib. Mereka berselindung di sebalik bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi perbuatan dan amalan mereka jelas terpesong jauh dari ajaran Islam kerana tidak ada yang mengetahui sesuatu yang ghaib selain dari Allah s.w.t.

Ingatlah bahawa kita dibenarkan bahkan disuruh untuk berikhtiar serta berusaha sekadar yang kita mampu apabila kita ditimpa musibah, namun usaha dan ikhtiar tersebut hendaklah dalam bentuk yang dibenarkan oleh syara’. Jangan sama sekali kita berusaha dan berikhtiar dengan cara yang boleh merosakkan akidah serta membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t. 

Dalam hal ini, Nabi s.a.w telah pun memberi peringatan yang jelas  melalui sabda Baginda yang bermaksud,

“Barangsiapa mendatangi seorang dukun, atau seorang jururamal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, maka orang itu telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad”.
(Hadis riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Maajah)

Dalam riwayat yang lain pula, Baginda Nabi s.a.w menyatakan bahawa,

“Barangsiapa yang mendatangi jururamal atau peramal lalu mempercayaiapa yang dikatakannya maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Hadis riwayat Muslim)

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Kita pada hari ini juga sangat-sangat mengharapkan hujan dari Allah s.w.t setelah berbulan-bulan negeri kita khususnya dan Negara kita amnya dilanda kemarau dan panas yang terik. Sudah pasti kemarau yang berlaku ini adalah berpunca daripada kesilapan dan kesalahan kita terhadap Allah s.w.t. Nabi Nuh a.s berpesan dan menyuruh kaumnya agar segera bertaubat kepada Allah s.w.t dalam usaha dakwahnya kepada kaumnya jika seandainya mereka inginkan hujan yang lebat turun dari langit. Maka dengan hujan ini kaumnya akan dapat menjalankan aktiviti pertanian untuk mendapatkan hasil buah-buahan, biji-bijian yang akan memakmurkan kehidupan mereka. Firman Allah s.w.t pada ayat 10-12 dalam Surah Nuh,

Yang bermaksud :"Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Allah akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah, kepada kamu; dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Jangan pulak nanti muncul lagi “bomoh tikar pandai terbang” atau “bomoh bubu dan teropong” atau “bomoh kelapa muda” mendakwa mereka boleh menurunkan hujan dari langit. Islam menyediakan bentuk ikhtiar dan usaha kepada kita untuk sama-sama kita memohon hujan dari Allah s.w.t iaitu dengan beramai-ramai kita keluar ke kawasan yang lapang untuk sama-sama melaksanakan solat sunat istisqa’ bagi memohon hujan dari Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah s.w.t kurniakan kepada kita keamanan, keselamatan dan kesejahteraan dari perkara-perkara buruk, dan mudah-mudah Allah perteguhkan iman di dalam dada kita dalam kita menghadapi segala jenis ujian-ujian ini.

Yang bermaksud :Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sunday, 23 February 2014

Monday, 10 February 2014

NIKAH LELAKI WARAK DAN BERILMU



Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda sorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.
"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"

"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."

"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."

Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung, "islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.. ^_^

Saturday, 1 February 2014

7 Golongan Mendapat Perlindungan Arasy

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEha26FeX-fxccuJQN0Qpz3JGL0ItahGmyolkBB_wPLmnKPaqoS2_OJhnpMrdH-sMIdcDGJ3vp54_xFF0JGXC9LSs9V0HeMKpxbrkyYFjYtloPIDiOtTGJbb9aFXERIq6MJdDjTz268rQzA/s1600/v3_slide0012_background1.JPG




Setiap pagi Selasa, 7.30am di radio Ikim, Ust Zawawi Yusoff (UIA) sering memperkatakan bab Kiamat. Berikut adalah sedikit intipati dari tazkirah beliau;

Daripada Abi Hurairah (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindunganNya:
1. Imam (pemimpin) yang adil.
2. Pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil.
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tidak mengetahui tangan kirinya apa yang diberi oleh tangan kanannya.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil menggelinangkan airmatanya.
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Huraian Hadis:
Di dalam hadis di atas baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menjelaskan tentang tujuh golongan manusia yang berada di bawah naungan ‘arasy Allah pada Hari Kiamat. Mereka akan terhindar dari terik panas matahari ketika di Padang Mahsyar. Merekalah golongan yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat kerana memiliki salah satu daripada tujuh sifat di bawah ini:
1. Imam yang adil:
Yang dimaksudkan dengan imam di sini ialah raja, presiden, sultan atau hakim atau qadi atau siapa saja yang menjadi pemimpin. Adapun yang dimaksudkan dengan adil ialah menghukum dengan adil dan seksama, tidak berdasarkan hawa nafsu dan tidak pula menerima mengamalkan rasuah atau salah guna kuasa. Oleh itu seorang pemimpin mestilah bersih daripada sifat zalim sebab tugas utama para pemimpin adalah untuk membasmi kezaliman.
2. Pemuda yang taat beribadat kepada Allah sejak kecil:
Remaja yang taat beribadah kepada Allah sejak umur muda lagi. Mereka telah dilatih untuk menghormati hukum-hakam Allah sejak kecil iaitu dengan melaksanakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Golongan inilah yang boleh diharapkan untuk menjadi pemimpin masa depan yang akan membawa negara ke arah negara makmur yang diredhai Allah (Baldatun thaiyibatun Wa Rabbun Ghafuur).
3. Lelaki yang terpaut hatinya dengan masjid:
Masjid adalah tempat yang paling mulia di atas muka bumi. Sebaliknya tempat yang paling buruk di atas muka bumi adalah pasar. Ini memberi gambaran bahwa orang yang hatinya selalu teringat kepada masjid adalah orang yang soleh. Mereka pastikan setiap hari dapat melakukan solat wajib secara berjamaah. Ini tidak bermakna setiap waktu mereka mesti berada di dalam masjid.
Diriwayatkan bahwa baginda Rasul (sallallahu alaihi wasalam) segera membangun pasar Madinah setelah beliau selesai membangun masjid Nabawy. Ini memberi gambaran bahwa manusia yang sempurna mestilah membuat keseimbangan antara keperluan jasmani dan rohani. Fungsi masjid bukan hanya untuk beribadat kepada Allah dalam pengertiannya yang khusus tetapi juga berperanan untuk mencerdaskan berfikir umat melalui majlis ilmunya dan memperkukoh perpaduan umat melalui solat berjamaahnya dan lain-lain.
4. Dua orang yang saling kasih-mengasihi karena Allah:
Islam adalah agama yang berlandaskan cinta kepada Allah dan bersama-sama mengharap keredaan Allah berdasarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam). Oleh yang demikian, jika persahabatan kita dengan seseorang berdasarkan prinsip itu maka kita akan mendapat kemuliaan di sisi Allah kelak di akhirat.
Sikap saling kasih-mengasihi karena Allah hendaklah dibuktikan dengan menghidupkan semangat amar ma’ruf nahi munkar terhadap sesama kita. Sifat saling nasihat-menasihati dan saling tegur-menegur kepada kebenaran mestilah diwujudkan untuk bersama-sama mentaati ajaran Allah. (Watawaashau Bil Haq).
Atas dasar ini, kita dilarang oleh agama menjalin persahabatan sesama kita hanya atas dasar kepentingan dunia semata-mata umpamanya menjalin hubungan dengan seseorang hanya ingin mendapat kemudahan duniawy disebalik persahabatan itu.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu ia berkata: “Aku takut kepada Allah”.
Wanita selalu diperalat oleh syaitan untuk menggugat ketaqwaan seorang lelaki. Lebih-lebih lagi kalau mereka yang mengajak lelaki buat maksiat. Sungguh banyak lelaki yang goyang imannya jika mendapat tawaran tersebut kecuali mereka yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah. Lelaki yang benar-benar takut kepada Allah akan menolak rayuan syaitan betina itu. Atau sebaliknya, wanita yang benar-benar bertaqwa akan menolak godaan syaitan jantan tersebut. Mereka akan berkata: “Aku takut kepada (azab) Allah”.
Manusia jenis inilah barangkali yang ingin digambarkan oleh Allah SWT melalui kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha: “Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh”.(Yusuf 12:33)
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menggambarkan manusia yang ikhlas ketika bersadakah seperti tangan kanan. Walaupun jaraknya sangat dekat dengan tangan kiri (manusia) namun dia tidak mengetahui apa yang tangan kanan nafkahkan.
Gambaran ini menyatakan kepada kita bahwa manusia yang ikhlas beramal semata-mata mengharap keredaan dan ganjaran daripada Allah, bukan sanjungan dan pujian manusia lain. Ini tidak bermakna kita tidak dibolehkan bersedekah secara terang-terangan. Tetapi bersedekah secara sembunyi-sembunyi adalah lebih baik daripada terang-terangan sebab ia lebih selamat daripada riyak dan takabbur.
7. Orang yang bermunajat kepada Allah sambil berlinangan air matanya.
Rasul (sallallahu alaihi wasalam) menyatakan dalam bahagian ini betapa besarnya ganjaran yang Allah akan berikan kepada orang yang menangis karena takut kepada azab Allah. Lebih-lebih lagi ketika sujud atau sedang membaca Al-Quran atau ketika berdoa memohon ampun kepada Allah pada dua pertiga malam ke atas dosa masa silam.
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) pernah menggambarkan hakikat ini di dalam hadisnya:
Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut (azab) Allah dan mata yang berjaga ketika berjihad pada jalan Allah”.[Hadis Riwayat Tarmidzi]
Wallahu ‘alam bishowab.

Cara Nabi tidur

Allah berfirman, "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat: 55]


Waktu Nabi Muhammad saw. hendak tidur, lazimnya baginda meletakkan tapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (HR Thabarani)

Nabi Muhammad saw. bersabda, "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam.

Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran

Allah berfirman, "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman." [AzZariyat: 55]

*
FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."

Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

Oleh ABDUL RASHID AHMAD
Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Syafaat Nabi Muhammad SAW.

*

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?" Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu, mereka pun pergi menemui Nabi Adam a.s., serta berkata: Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan kami dari penderitaan tempat ini". Mendengarkan yang demikian, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu", (dan pada satu riwayat, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; tetapi, kata Nabi Adam: "Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Noh a.s., maka Nabi Noh menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (pada satu riwayat, Nabi Noh berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim yang Allah telah jadikan dia orang yang berdamping di sisi-Nya." Nabi s.a.w, bersabda: "Setelah itu merekapun pergi menemui Nabi Ibrahim a.s., maka Nabi Ibrahim menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Ibrahim berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; Tetapi, kata Nabi Ibrahim: "Pergilah kamu menemui Nabi Musa a.s., yang Allah berkata-kata dengannya serta memberikannya kitab Taurat. " Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s., maka Nabi Musa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Musa berkata: Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya, Tetapi, kata Nabi Musa: "Pergilah kamu menemui Nabi Isa a.s., Roh Allah dan kalimah-Nya." Nabi s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Isa Roh Allah dan kalimah-Nya, maka Nabi Isa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (dan pada satu riwayat: Nabi Isa berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), Tetapi kata Nabi Isa, "Pergilah kamu menemui Nabi Muhammad s.a.w. , seorang hamba Allah yang telah diampunkan salah silapnya yang terdahulu dan yang terkemudian." Kata rawi: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka pun datang menemuiku, aku pun memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan"; (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Setelah itu mereka datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak untuk itu" maka aku pun pergi serta memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan), maka apabila aku mengadap-Nya, aku merebahkan diri sujud, lalu dibiarkan-Nya aku sujud seberapa lama yang Allah kehendaki, kemudian diserukan daku: Wahai Muhammad! angkatlah kepalamu, dan berkatalah apa sahaja hajatmu supaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan, dan kemukakan syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; maka aku pun mengangkat kepalaku serta memuji Tuhanku dengan Puji-pujian yang diajarkan kepada aku oleh Tuhanku `Azza wa Jalla; kemudian aku kemukakan syafaatku;" (dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: "Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku, kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi: Baginda bersabda: "Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Segerakanlah apalah kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini. (Al-Jama'ah)

Syafaat yang tersebut dalam hadis yang panjang di atas ialah yang dinamakan "al-Syafaah al-Uzma" (Syafaat yang terbesar) yang dikhaskan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah 'Azza wa Jalla. Syafaat ini juga dikatakan syafaat umum, untuk seluruh makhluk yang berada di Padang Mahsyar, samada mereka itu mukmin atau pun kafir. Syafaat untuk memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).

Para Ulama berbeza pendapat berkenaan berapa peringkat atau berapa jenis syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Menurut an-Nuqqasy, ada tiga peringkat syafaat yang diberi kepada Rasulullah:
Pertama ialah syafaat umum, memohon kepada Allah untuk dipercepatkan hisab (perbicaraan hitungan amal).
Kedua, ialah syafaat mempercepatkan orang-orang Islam masuk ke dalam Syurga.
Ketiga ialah syafaat bagi menyelamatkan orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar.

Menurut Ibnu Athiyah di dalam tafsirnya, syafaat baginda ada dua peringkat sahaja. Pendapat ini paling terkenal dan diperakui oleh banyak ulama-ulama tafsir. Iaitu syafaat umum tadi dan syafaat mengeluarkan orang-orang yang berdosa dari dalam Neraka.

Manakala menurut al-Qadhi Iyadh, "Syafaat Nabi Muhammad saw pada hari kiamat kelak ada lima peringkat (jenis) :
Pertama, syafaat yang bersifat umum.
Kedua, syafaat memasukkan sesuatu kaum ke dalam Syurga tanpa hisab.
Ketiga, syafaat baginda untuk melepaskan sesuatu kaum dari umatnya yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka kerana dosa-dosanya, kemudian dilepaskan dan dimasukkan pula kedalam Syurga.
Keempat, syafaat baginda kepada orang-orang berdosa yang telah dimasukkan ke dalam Neraka dan kemudiannya dikeluarkan dan dimasukkan kedalam Syurga. Syafaat ini juga dimiliki oleh Nabi-nabi lain, para Malaikat dan sesetengah manusia pilihan.
Kelima,syafaat baginda untuk menaikkan dan meninggikan martabat dan darjat kepada penghuni-penghuni Syurga (yang terpilih).
Kemudian menurut Imam al-Qurthubi, terdapat satu lagi syafaat iaitu yang keenam. Ia adalah syafaat untuk bapa saudaranya Abu Talib supaya seksaannya diringankan.

*

Dari Imran bin Hashin bahawa Nabi saw. Bersabda, “Sesungguhnya berkat syafaatku akan keluar dari Neraka satu kaum yang disebut Jahanamiyyun”. (HR. Tirmidzi)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat denganku". (HR. Termidzi)

Sabda Nabi saw. "Setiap nabi-nabi ada doa yang dimakbulkan Tuhan. Maka semua nabi-nabi itu bersegera mengajukan permohonannya. Tetapi saya menyimpan doa saya itu untuk memberi syafaat kepada umatku di hari kiamat nanti. Dan ia akan dicapai insya-Allah oleh orang yang mati tanpa mempersekutukan Allah." (HR. Imam Muslim)

Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam bahawa Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul)


Wallahu 'alam.

Tolong Jangan Biadap Dengan Allah !





Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.

Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :-

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو 
النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]

Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat.
Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-
فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ
Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.
Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia.  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman