IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Thursday, 21 November 2013

Catatan Mengenai Ketibaan Nabi Muhammad S.A.W Dalam Kitab-Kitab Agama Lama



Untuk kebanyakan orang, mungkin sesuatu yang sungguh menakjubkan dan hampir sukar dipercayai jika dikatakan yang ramalan mengenai kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w.) telah ditemui di dalam beberapa buah kitab suci agama lain.
Kitab-kitab suci ini sepatutnya telah diturunkan, atau ditulis, beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Rasullullah s.a.w. Untuk memahami bagaimana ramalan-ramalan sebegini telah dijelaskan di dalam kitab-kitab suci agama lain, seseorang mesti berpegang kepada:
Sejak manusia diturunkan ke Bumi – sejak zaman Nabi Adam a.s. – Allah telah melantik seorang yang salih (righteous) di kalangan umat manusia pada zaman itu sebagai nabi utusanNya, untuk memimpin umat manusia ke jalan kebenaran dan matlamat akhirnya ialah untuk (tunduk) kepadaNya, pada ketika keruntuhan akhlak melanda dan kehidupan mereka tiada hala tuju.
Semua nabi – dari yang pertama hinggalah yang akhir (lebih daripada seratus ribu bilangan mereka, Peace be upon them) telah menyeru ajaran yang sama, iaitu:
- “Tiada tuhan selain Tuhan yang Maha Esa – Maha Pencipta dan Pengekal (Sustainer) seluruh alam semesta dam penghuninya.
- “Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Tuhan yang Maha Esa.”
- “Percayalah dan turutilah ajaran utusan (Nabi) pada zaman itu.”
- “Buatlah kebaikan; dan jauhilah kejahatan.”
Kesemua nabi-nabi ini telah meramalkan kedatangan utusan terakhir (akhir zaman
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.- kerana perkara ini telah dijelaskan pada mereka oleh Allah s.w.t. Oleh itu, semua kitab suci dari agama-agama lain, mungkin datangnya dari nabi-nabi pada zaman itu, dan secara logiknya mengandungi kisah-kisah ramalan tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul terakhir. (akhir zaman)
Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra, Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha Rishi Visayar.
Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)
Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua. Tambahan pula, rangkap tersebut menyatakan dengan jelasnya ramalan berkenaan Nabi Muhammad s.a.w., terjemahannya seperti berikut:
“Seorang ‘Milechar’ (orang asing) akan dating kepadamu sebagai pengajar agama baru, dengan bantuan para sahabatnya. Namanya ialah “Mahaamat.” Seorang raja dari rantau ini akan menyanjungi ajarannya; dan memujinya. Sambil menyucikan dirinya dengan air dari Sungai Ganges dan Panjagouyam, dia akan berkata, “Aku dengan sepenuh hati menurutmu.” Dia, (Mahaamat) terpelihara dari segala dosa. Datangnya dari tanah gurun, dia seorang yang suci. Dia akan menentang kuasa kejahatan. Dia akan mengumpulkan sebilangan pahlawan untuk tujuan itu. Dia akan memberi perlindungan, walaupun kepada musuh-musuhnya.”
“Raja dari rantau ini” yang menyanjungi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. – merujuk kepada seorang raja dari Selatan India yang bernama Cheramaan, yang telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Arab, dan kemudiannya telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.
“Adarva Veda” ialah sebuah kitab Sanskrit yang ditulis sebelum “Bhavishva Purana” lagi. Tidak diketahui kitab Adarva Veda ini telah ditulis berapa ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Melalui kitab ini, dalam Episod (Kandam) 20, Bab (Sutra) 127 Rangkap (Mantra) 1, 2, 3 telah dinyatakan seperti berikut:
Terjemahannya:
“Wahai umat manusia, dengarlah dan percayailah sepenuhnya: Seorang manusia, yang akan diberi setingi-tinggi pujian, akan muncul di kalangan kamu. Kita akan memberi perlindungan kepadanya daripada 60,090 bilangan musuhnya. Dia dan para sahabatnya akan datang bersama dua puluh ekor unta; debu pasir bekas tapak kaki unta-unta tersebut begitu banyak, sehingga menutupi pemandangan ke ufuk. Dia akan memberikan emas, kuda dan lembu ternakan sebagai hadiah.”
1) “Manusia yang akan diberi setinggi-tinggi pujian” merujuk kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Hakikatnya, maksud sebenar perkataan ‘Muhammad’ dalam bahasa Arab ialah
“mendapat pujian”.
2) Tidak diketahui berapa bilangan musuh Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya
pada zaman itu; tetapi anggarannya mencecah ribuan orang.
3) Apabila baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda telah menaiki unta.
4) Segala emas, kuda, dan lembu ternakan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
telah disedekahkan oleh baginda sebagai hadiah kepada fakir miskin dan mereka yang
memerlukan.
Daripada bukti-bukti di atas, jelaslah bahawa rangkap-rangkap dari kitab Adarva Veda telahpun meramalkan ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam sebuah lagi bab daripada kitab ‘Adarva Veda’ – Bab 1, Rangkap 10 – terjemahannya seperti berikut:
“Allah ialah lengkap. (Perkataan ‘Allah memang telah digunakan di dalam teks Sanskrit yang asli). Seluruh alam semesta adalah milikNya. Mahaamat, (di sini, perkataan ‘Mahaamat’ memang dicatitkan di dalam teks yang asli) yang mengagungkan kewujudan Allah, adalah utusanNya. Ya Tuhan! Ya Tuhan! Tuhan yang menghidupkan sekalian alam, Maha Pencipta dan Pengekal alam semesta. Tiada Tuhan selain Tuhan yang Maha Esa. Saksikanlah Zat Allah Yang Maha Besar!(Behold the magnitude of The Formless God!) Tuhan, yang menjelaskan Adarva Veda mengandungi ‘On Herim’, pencipta sekalian umat manusia, lembu ternakan dan segalanya. Sembahlah Tuhan yang Satu. Mahamat, yang akan memusnahkan kejahatan dengan ‘On Reem’ prayer, ialah utusan Allah. Tiada tuhan selain Tuhan yang Maha Wujud.”
(Allobanished 1:10)
Dalam satu lagi di antara empat Vedas – iaitu Rig Veda – telah dinyatakan bahawa: “Mahamat, yang tulus, berilmu dan berkuasa, akan merestuiku. Dia adalah rahmat kepada seluruh dunia. Dia dimuliakan oleh sepuluh ribu orang.”
(Dalam Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. dirujuk dengan nama “Rahmatun-Lil-Aalamin.” Ia bermaksud “Rahmat kepada seluruh dunia” – ayat yang sama dengan rangkap di atas. Seterusnya, sepuluh ribu orang merujuk kepada sepuluh ribu orang para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang bersama-sama baginda sewaktu baginda menawan kota Mekah.
Dalam kitab Veda yang sama – satu di antara empat Veda pegangan penganut agama Hindu – telah meramalkan:
“Seorang lelaki bernama Mamma (Muhammad) akan beroleh kejayaan dengan sepuluh ribu orang pengikutnya.” Dalam kitab Bible, dalam Deutronomy, juga menyebut tentang kejayaan Nabi bersama sepuluh ribu orang pengikutnya seperti berikut:
“…………………bercahaya datangnya dari Gunung Paran bersama sepuluh ribu orang pengikutnya……………………..”
(Deuts 33:2)
Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia. Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”
Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam.
Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w. telah dijelaskan dengan begitu nyata. Ia menyatakan:
Terjemahannya:
“Apabila akhlak orang Farsi terjerumus mengalami keruntuhan yang sangat hebat, seorang lelaki akan muncul dari tanah Arab. Barangsiapa yang mengikut ajarannya akan dapat menjatuhkan takhta kerajaan Parsi, agamanya dan segalanya. Kekuasaan tanah Farsi akan dimiliki oleh mereka.
Patung-patung berhala yang disembah di dalam Kaaba, yang telah dibina dan dipuja oleh nenek moyang mereka akan dihapuskan. Akan tetapi, manusia akan menyanjung tinggi Kaabah yang telah dikosongkan itu. Das dan Bulk (dua buah bandar besar di Farsi pada waktu itu) akan ditawan. Para bijaksana dan orang Farsi yang lain, akan turut bersama pengikutnya (Nabi Muhammad s.a.w.). Kitab lama Farsi ini masih boleh ditemui di Iran pada masa kini.
Oleh sebab kejahilan tentang konsep sebenar ajaran agama Buddha, kebanyakan
penganut agama ini mempercayai bahawa ajaran ini tidak merangkumi kepercayaan kepada Tuhan! Akan tetapi, banyak hasil jumpaan arkeologi telah membuktikan sebaliknya- Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.). Seorang cendekiawan yang terkenal, Arthur Lily, mengatakan yang petikan berikut telah dicatit di atas sebiji batu bersurat sebagai kata-kata Buddha sendiri:-
“Percayalah pada Tuhan dan lakukanlah segala perbuatan yang wajar dilakukan, sebagaimana diperintahkan olehNya; kerana Dialah Satu-satuNya, yang wajar disembah dan dihadapkan dengan kedaifanmu. Aku mengisytiharkan secara terbuka bahawa tiada jalan lain yang boleh menyamai kepercayaan ini (tentang Tuhan yang Satu) untuk merasai kenikmatan Syurga. Jadi, para pengikutku, berusahalah dengan bersungguh-sungguh, untuk mencapai matlamat yang tertinggi ini.”
(Petikan dari buku “India in Primitive Christianity”- muka 85)
Buddha mungkin ialah salah seorang daripada para nabi; dan dia juga telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.).
“Thikanikaya” merupakan salah sebuah daripada kitab agama Buddha. Di dalamnya ada menyatakan bahawa “Maitriya” akhirnya akan muncul.
(Perkataan ‘Maiteiya’ – atau ‘Metteya’ di dalam Bahasa Bali dan semua perkataan daripada bahasa Burma, Cina Tibet, atau Jepun – membawa makna yang serupa; yang sama maksudnya dengan perkataan “Rahmat” di dalam Bahasa Arab, yang bermaksud “Diberkati”. Nabi Muhammad (s.a.w.) telah digelar oleh Allah S.W.T sendiri sebagai “Rahmath-Lil-Aalameen” – (Rahmat bagi seluruh dunia).
Telah dinyatakan di dalam buku “Arshagyanam” (mukasurat 282), yang Buddha telah berkata,
“Semua manusia mesti mempercayai ‘Maitriya’ itu, iaitu nabi yang akan datang.”
Bagi agama Kristian pula – di dalam kitab Injil – pada ‘Song of Solomon’ 5:16 ada dinyatakan seperti berikut (di dalam bahasa Ibrani yang asal).
“Hikko Manittadim Vikkulu Mahamadim Zahyudi Vezeur Raai Benute Yafus Halam.”
Terjemahannya berbunyi:
“Tutur katanya amatlah berlemah lembut (Ajarannya amatlah berlemah lembut). Dialah Muhammad. Dialah kesayanganku; dialah sahabatku. Wahai orang-orang Jerusalam, aku amat kasih kepadanya.”
(Dari Kitab Injil dalam bahasa lain)
Di dalam lagu tersebut dalam bahasa Ibrani, perkataan Mahamad telah dinyatakan dengan jelasnya. Dua huruf terakhir- ‘im’, yang terdapat bersama-sama perkataan itu digunakan sebagai tanda hormat di dalam bahasa Ibrani. Orang-orang Yahudi masih menyanyikan him ini pada hari ini; tetapi hanya pada upacara tertentu; tanpa benar-benar memahami apa yang mereka lafazkan. (Di dalam kitab Injil dalam bahasa lain – Bahasa Inggeris dan sebagainya, frasa itu telah diterjemahkan sebagai “Dia sangatlah menawan” – perkataan asal Mahammad disingkirkan dan digantikan dengan “sangat menawan”!! – atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh para penterjemahnya sahaja.
Juga di dalam Deutronomy 18:18, telah menyatakan yang Tuhan berfirman kepada Nabi Musa:
“Aku akan jadikan seorang Nabi dari kalangan mereka sendiri, seperti kau juga, dan akan Aku turunkan perintahKu melaluinya, dan dia akan menyampaikan kepada mereka semua perintahKu.”
Walaupun para penganut agama Kristian menganggap bahawa ramalan tersebut merujuk kepada Nabi Isa, akan tetapi jika rangkap tersebut dikaji dengan teliti, jelaslah bahawa ia merujuk kepada Nabi Muhammad (s.a.w.).
a) Selain daripada fakta yang Nabi Musa dan Nabi Isa adalah daripada keturunan Yahudi dan kedua-duanya merupakan nabi, tiada persamaan lain di antara mereka.
b) Jika benarlah rangkap tersebut merujuk kepada Nabi Isa oleh sebab di atas, maka boleh juga didakwa yang Nabi Sulaiman, Nabi Ilyasa’(Isaiah Ezekiel), Nabi Daniel, Nabi Hosea, Nabi Malek (Malachi), John The Baptist, juga menepati ciri-ciri dalam rangkap tersebut; oleh kerana kesemua mereka merupakan nabi dari keturunan Yahudi.
Bagaimanapun, Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) mempunyai persamaan kerana:
1) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah memulakan perjanjian
yang baru kepada umat di zaman mereka. Nabi Isa tidak membawa sebarang perjanjian baru, tetapi telah diturunkan untuk menegaskan dan menerangkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa, sebagaimana dikatakan sendiri oleh baginda dalam Matthews 5:17-18:
“Aku datang bukan dengan tujuan untuk menghapuskan ajaran atau para nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan, tapi untuk memenuhi janji.”
2) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad mempunyai ibu dan ayah, Nabi Isa
mempunyai ibu, tetapi tiada ayah.
3) Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah berkahwin dan mempunyai anak. Nabi Isa kekal bujang.
4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) wafat atas sebab semulajadi.
Mengikut agama Kristian, Nabi Isa meninggal dunia dengan kejamnya sewaktu
peristiwa salib.
4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) akhirnya dapat menerajui
pucuk pimpinan dan kuasa ke atas masyarakat. Mereka merupakan pemimpin
yang diakui oleh para pengikut mereka. Nabi Isa tidak mencapai tahap ini.
Rangkap tersebut juga menyatakan “Dari kalangan mereka sendiri…”
Nabi Ismail dan Nabi Ishak mempunyai ayah yang sama, Nabi Ibrahim a.s.; jadi mereka merupakan adik-beradik. Oleh itu, anak-anak mereka adalah “dari kalangan yang sama. Anak-anak Nabi Ishak berketurunan Yahudi; manakala anak-anak Nabi Ismail – yang berketurunan Arab adalah “dari kalangan yang sama”. Kitab Injil juga mengesahkannya:
“Dan Dia (Ismail) akan tinggal bersama-sama semua dari kalangannya.”
(Genesis 16:12)
“Dan Dia (Ismail) wafat disaksikan semua dari kalangannya.”
(Genesis 25:18)
Keturunan Nabi Ishak mempunyai pertalian darah dengan keturunan Nabi Ismail (orang Arab). Begitu juga Nabi Muhammad (s.a.w.) yang berasal dari keturunan Bani Israel (para pengikut Nabi Musa) kerana Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah waris keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim – menepati apa yang telah diramalkan dalam rangkap tersebut. “……dari kalangannya.”
(Deut 18:18)
Di samping itu, rangkap selanjutnya berbunyi: “…….dan akan Aku turunkan perintahKu melaluinya.” Tiada satu pun ayat Al-Quran merupakan perkataan yang disebut secara langsung oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Ia merupakan wahyu, yang diperdengarkan kepadanya oleh malaikat Jibril dan diulang sepatah demi sepatah. Tiada satu patah pun merupakan kepunyaan baginda. Baginda hanya mengulangi “perintah yang telah diturunkan kepadanya.
Dan Nabi Isa juga mengesahkan hakikat ini, dengan mengatakan:
“Banyak perkara lagi yang perlu aku khabarkan kepada kamu, malah lebih daripada yang kamu sanggup dengarkan. Tetapi apabila dia, Cahaya Kebenaran (Spirit of Truth) tiba; dia akan memimpin kamu semua ke jalan yang benar. Dia tidak akan berkata sendiri, tetapi dia hanya menyampaikan apa yang diperdengarkan kepadanya dan dia akan mengkhabarkan kepadamu apa yang akan tiba.”
(John 16:12, 13)
Oleh itu, Nabi Musa, di dalam Old Testament dan Nabi Isa, di dalam New Testament telah pun meramalkan kelahiran nabi yang terulung akhir zaman – Nabi Muhammmad (s.a.w.).
(Oleh: Dr. Mohamed Amir)

PENDAHULUAN 
Kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman telah terlebih dahulu diramalkan oleh banyak kitab-kitab agama orang-orang lama zaman itu. Kitab-kitab agama itu termasuklah kitab-kitab Vida, Dasatir dan Injil (Bible). Kenyataan-kenyataan tentang ramalan-ramalan di dalam kitab-kitab agama itu lazimnya disebut sebagai “Khabar Gembira . Orang-orang Islam adalah memegang teguh keterangan-keterangan ini. Kenyataan-kenyataan ramalan yang dimaksudkan tersebut adalah sebagai berikut:
KITAB VIDA DAN DASATIR 
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8 penggal 11 kitab tersebut ada menyatakan keterangan deinikian.
“Ahmad (Muhammad) menerima syariat daripada Tuhannya, sedang syariat itu penuh hikmat dan ia (syariat) mengambil cahaya daripada Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat. 
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan kitab-kitab yang sangat dihormati dan disanjung  tinggi oleh penganut-penganutnya. Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan. Nabi Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab itu kemudiannya telah lahir, membuka fikiran manusia ke sinaran yang terang benderang.
KITAB TAURAT 
Dalani kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berIirman kepada Nabi
Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala flrmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan. 
Teranglah dalam ayat ini Tuhan telah menyuruh Nabi Musa supaya beliau menyatakan kepada kaumnya Bani Israel bahawa kelak Tuhan akan mengutuskan seorang Rasul kepada mereka dan seluruh manusia yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tetapi daripada bangsa yang bersaudara dengan mereka, iaitu keturunan Nabi Ismail putera Nabi Ibrahim atau ketuninan Arab Muda (al-Arab ul-Musta’ribah). Dan Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah Nabi Muhammad. Bagi mencari asal-usul keturunan Arab Muda itu yang dikatakan bersaudara dengan Bani Israel, kajian tentang susur-galur keturunan Nabi Ibrahim perlu sekali dibuat. Mengikut sejarah Nabi Ibrahim mempunyai dua orang putera, selain Nabi Ismail iaitu Nabi Ishak yang mempunyai seorang putera bernama Nabi Yaakub atau Israel. Inilah sebabnya mereka itu dikatakan bersaudara.
KITAB INJIL YAHYA LAMA
Dalam kitab Injil Yahya yang digunakan oleh orang-orang Kristian dahulu atau boleh juga disebut kitab Injil Yahya Lama, fasal 18 ada menyatakan berikut:
“Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku ini pergi, kerana jika aku tiada pergi tiadalah Paraclete itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan men yuruh dia kepadamu. 
Perkataan Paraclete’ ini berasal daripada bahasa Greek Tua iaitu Parakletos’ yang bermakna Penolong’ atau Wakil’ yang boleh juga diertikan sebagai Utusan’ atau Rasul’. Tetapi perkataan ini kemudiannya ditafsirkan oleh padri-padri Kristian sebagai Roh alQudus (The Holy Ghost). Dalam bahasa Greek Tua itu juga terdapat satu perkataan yang hampir sama dengan perkataan itu iaitu Paraklutos’ ertinya Yang Sangat Terpuji’ atau dalam bahasa Arab disebut Ahmad atau Muhammad. Perkataan Paraklutos ini yang sebenamya dicatatkan dalam kitab Injil bahasa Greek Tua, tetapi kemudiannya telah berubah menjadi Paraclete, kerana mungkin kecuaian penyalin-penyalinnya, sebab penyalin-penyalmn itu kebanyakannya terdiri daripada penuntut-penuntut padri yang kurang mahir dalam bahasa itu. Atau mungkmn juga perkataan itu sengaja diubah oleh padri-padn untuk memberi keyakinan kepada penganut-penganut Kristian.
KITAB INJIL YAHYA SEKARANG 
Kitab Injil Yahya yang digunakan oleh gereja-gereja Kristian pada masa ini juga membayangkan tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman itu. Dalam fasal 16 ayat 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 kitab tersebut Nabi Isa telah menegaskan kepada murid-muridnya, katanya:
“Dart hal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak perkara-perkara yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang, iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu pada jalan segala kebenaran, kerana tiada dengar kelak iaitu akan dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu perkara-perkara yang akan datang. Maka ia akan memuliakan aku kerana dtambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepada kamu (manusia kemudian). Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian). Lagi seketika maka tiada kamu akan memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku pula. 
(Injil Yahya 16: 12-17)
Kesimpulan ayat-ayat di atas bolehlah seperti berikut:
“Darihal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan. Maka ada lagi banyak perkara yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang, iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu (manusia kemudian) pada jalan segala kebenaran. Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan melanjutkan kerja-kerja Nabi Isa.
2. “Kerana tiada Ia akan berkata-kata daripada kuasa dirlnya sendiri melainkan barang yang didengrnya kelak iaitu akan dikatakannya, dan dikhabarkannya kelak kepadamu (manusia kemudian) perkara-perkara yang akan datang . Umumnya ayat ini menyatakan yang Roh Kebenaran yang akan muncul itu akan menerangkan kepada seluruh manusia perkara-perkara yang diwahyukan oleh Tuhan terhadapnya (barang yang didengarkan kelak), dan akan menerangkan perkara-perkara yang akan datang seumpamanya tentang Hari Qiamat dan sebagamnya.
3. “Maka Ia akan memuliakan aku kerana diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusIa kemudian) . Ayat ini membayangkan bahawa Roh Kebenaran itu akan memberI kemuliaan kepada Nabi Isa kerana ia akan menerima keterangan-keterangan tentangnya daripada Tuhan untuk umatnya sebagai contoh tauladan dan ajaran-aj arannya. Mengikut ajaran-ajaran Kristian sekarang, Nabi Isa adalah penjelmaan Tuhan di muka bumi ini atau Nabi Isa itu adalah Tuhan Anak (The Son of God), sebab itulah ayat Injil di atas menyatakan, “Barang yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu (manusia kemudian) . Ayat ini boleh ditafsirkan bahawa apa yang ada pada Tuhan Bapa (Allah) terdapat juga Tuhan Anak (Isa), dan ini bermakna bahawa ajaran-ajaran Tuhan Bapa (Allah) juga.
4. Lagi seketika maka tiada kamu akan memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku pula. Ayat ini membayangkan bahawa Nabi Isa selepas daripada menyatakan kenyataan-kenyataan itu akan lenyap, tetapi kemudian akan menjelma di dunia ini.
Dan kenyataan-kenyataan dan tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan akan menyambung usaha-usaha Nabi Isa tersebut, tidak salah kalau dikatakan seorang Pesuruh Allah atau Rasulullah, kerana tugas-tugas yang dibayangkannya adalah tugas seorang Rasul. Roh Kebenaran itu tidaklah menyeleweng kalau dikatakan Nabi Muhammad, kerana bayangan-bayangan yang tersebut di dalam ayat tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan apabila Nabi Muhammad lahir. Cuma yang agak berbeza yang juga mungkin boleh menimbulkan salah faham ialah ayat, “Barang sesuatu yang ada kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu. Ayat ini harus telah menenima perubahan bagi menyesuaikan dengan konsep tritung gal (trinity) agama Knistian. Huraian ayat ini telah pun dijelaskan di atas.
KITAB INJIL BARNABA 
Kitab Injil Barnaba ini ialah salah sebuah kitab Injil yang telah dibatalkan pengesahannya oleh padri-padri Kristian dalam satu persidangan tidak lama dahulu, kerana isi kitab Injil tersebut tidak jauh perbezaannya dengan kitab suci al-Quran, banyak menyebut atau sekurang-kurangnya membayangkan tentang ketibaan Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman di antaranya kenyataan-kenyataan dan bayangan-bayangan (Khabar Gembira) tentang ketibaan Nabi Muhammad itu adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
“Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
2. “Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang men] adikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus-Nya-lah Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan).
3. Satu rombongan Yahudi telah datang menemui Isa mereka bertanya tentang Nabi yang akan dibangkitkan di akhir zaman nanti. Maka Isa berkata, “Tuhan (Allah) telah menjadikan Nabi di akhir zaman dan telah meletakkan dalam sebuah qandil’ daripada cahaya dan menamakannya Muhammad’. Berkata ia, Wahai Muhammad, sabarlah. Lantaran engkaulah aku jadikan makhluk yang banyak dan aku anugerahkan untuk engkau semuanya. Barangsiapa yang rela kepada engkau maka rela pula kepadanya dan barangsiapa yang marahkan engkau maka aku terlepas daripadanya.
(Injil Barnaba, 97).
4. Bertanya murid-murid (murid-murid Isa), “Wahai Guru. Siapakah gerangannya laki-laki itu yang engkau (Isa) katakan yang akan datang ke alam ini? Menjawab Isa dengan perasaan gembiranya, “Sebenamya itulah “Muhammad Rasulullah . Dia datang ke alam ini untuk berbuat balk di kalangan manusia dengan membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan mencurah bumi yang mengeluarkan buah-buahan sesudah menempuh kemarau panjang. Maka dia merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat Tuhan, iaitu rahmat yang dicurahkan Tuhan (Allah) terhadap orang mukmin laksana huj an.
(Injil Bamaba, 163)
5. Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam mi. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-lokkan aku di hari Qiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang “Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
(Injil Bamaba, 220: 19 – 20)
6. Dalam Injil Barnaba itu juga Nabi Isa pemah berkata, “Nabi Adam pemah melihat di udara satu tulisan La ilaha illallah wa Muhammad darRasulullah,’ Maka Adam berkata kepada Tuhan (Allah); Aku bersyukur kepada Engkau wahai Tuhanku kerana Engkau telah jadikan aku, dan berilah kepada aku apakah maknanya, “Muhammad dar Rasulullah itu? Tuhan (Allah) menjawab, “Selamat datang engkau wahai hamba-Ku Adam. Sesungguhnya aku katakan kepada engkau adalah mula pertamanya manusia yang aku jadikan dan tulisan yang engkau lihat ini sebenamya itulah anak engkau yang akan datang ke alam ini sesudah beberapa tahun nanti. Dia akan menjadi UtusanKu (Rasul-Ku). Kerananyalah Aku jadikan segalanya. Apabila dia datang kepada alam. Adalah dirinya itu terletak di dalam satu tempat yang indah, kira-kira 60,000 tahun sebelum aku jadikan engkau.
7. Di lembaran laIn kitab Injil Barnaba itu Nabi Isa pemah berkata, “Di waktu Nabi Adam keluar daripada syurga (bersama-sama Hawa) ia nampak tulisan di atas pintu syurga. “La ilaha illalLah wa Muhamma dar Rasulullah. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tadi ketibaan Nabi Muhammad adalah sebagai mentaksid atau untuk membaiki penyelewengan yang terdapat di dalam agama Nasrani (Knistian) dan juga agama Yahudi, di samping untuk mempenlengkapkan lagi ajaran-ajaran yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul yang terdahulu danipadanya sesuai bagi seluruh manusia dan sepanjang zaman. Nabi Muhammad telah membawa agama Islam sebagai agama yang benar, agama yang diredai oleh Allah dan agama yang menyelamatkan manusia daripada ajaran-ajanan agama yang telah menyeleweng daripada asal.

No comments:

Post a Comment