IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Saturday, 12 April 2014

Panduan posisi terbaik untuk Bersetubuh Ketika Hamil

posisi seks ketika mengandung

Bersetubuh ketika hamil sering menjadi persoalan kepada suami dan isteri terutamanya ketika mengandung anak pertama. Adakah melakukan hubungan kelamin atau jimak ketika isteri sedang hamil akan membahayakan isteri dan kandungan?
Mengadakan seks semasa mengandung
Secara umumnya, tiada masalah untuk kita melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau sedang mengandung. Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai nikmat yang berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri kita akan menjadi lebih hebat.
Perubahan hormon dalam badan isteri akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.  
Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan.Apa yang penting, si suami perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika isteri tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.


Panduan posisi terbaik untuk Bersetubuh Ketika Hamil
1. Posisi wanita di atas
-Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil.
-Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.
2. Posisi wanita menonggeng
-Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.
3. Posisi duduk.
-Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan.
-Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.
4. Posisi berlutut atau berdiri.

5. Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.
Walaubagaimanapum, ada beberapa kemungkinan di mana hubungan seks boleh membahayakan kandungan iaitu:
Isteri pernah mengalami keguguran atau pernah bersalin tidak cukup bulan.
Isteri mengalami masalah placenta previa (keadaan di mana placenta menutup bukaan rahim).
Isteri mengalami pendarahan.
Suami atau pasangan mengidap penyakit hubungan kelamin.

http://alamkedewasaan.blogspot.com/2013/03/panduan-posisi-terbaik-untuk-bersetubuh.html#

No comments:

Post a Comment