Masa ke kedai 7-11 tempohari ternampak
satu majalah bertajuk Milenia Muslim ni. Sebelum ni tak pernah
ternampak atau terdengar pun tapi disebabkan ada satu tajuk 'eye
catching' di front cover majalah tersebut membuatkan saya terus
membelinya.
Seperti yang kita sedia maklum,
kolestrol yang tinggi di dalam badan sangat membahayakan kesihatan
terutama sekali apabila kolesterol jahat LDL (lemak yang menempel pada
pembuluh darah) melebihi kolesterol baik HDL (lemak yang dapat
melarutkan kandungan LDL dalam tubuh). Jadi, oleh itu kita kena
pastikan kadar kolesterol normal dalam tubuh adalah sekitar 160 - 200
mg. Sebaliknya, jika dibiarkan kolesterol jahat LDL boleh menyebabkan
pelbagai penyakit terutama jantung dan strok.
Saya tidak ingin menyentuh
panjang mengenai kemudaratan kolesterol jahat ini sebab saya pasti anda
semua sudah tentu sedia maklum, tapi saya ingin kongsikan satu tips yang
amat mudah dan berguna bagaimana untuk mengurangkan kolesterol.
Ambil sepotong halia tua
sebesar ibu jari tangan, ditumbuk hingga lumat, lalu direbus dengan
segelas air dicampurkan satu uncang teh, dan setelah dingin, bacakan
pada air tersebut surah Al-Fiil (7x), surah Al-Hasyr ayat 21 (7x) dan
selepas itu barulah diminum.
Surah Al-Fiil yang bermaksud :
" Tidakkah kamu perhatikan
bagaimana Tuhanmu bertindak ke atas pasukan tentera yang mengenderai
gajah, apakah Dia tidak menjadikan tipu daya mereka sia-sia, dan Dia
mengirimkan burung secara berpasukan, yang melemparkan mereka dengan
batu kerikil dari tanah yang keras, lalu dijadikan-Nya mereka seperti
daun yang dimakan ulat ".
Surat Al-Hasyr ayat 21 :
" Dan sekiranya Kami
turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, engkau akan lihat gunung
itu hancur/lenyap kerana takut kepada Allah. Perumpamaan-perumpamaan
itu Kami tunjukkan kepada manusia supaya mereka memikirkan ".
Insya Allah, sekiranya diamalkan
secara berterusan di samping menjaga tabiat makan, kadar kolestrol ini
akan berkurangan. Sebenarnya, dalam al-Quran, Allah swt telah
menerangkan aturan-aturannya di antaranya dalam surah Al-A'raf ayat 31
yang bermaksud :
" Wahai anak-anak Adam,
pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke
tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka
akan orang-orang yang melampaui batas ".
Sesungguhnya nikmat sihat yang
Allah berikan itu merupakan satu nikmat yang tidak terucap tetapi kita
manusia seringkali mengabaikannya, fikir-fikirkanlah firman Allah dalam
surah Ar-Rahman yang bermaksud :
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ? "
No comments:
Post a Comment