Oleh Ustaz Sharhan Safie
Bacaan ayat surah Al-Baqarah ayat 72-74.
[72]
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
[73]
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
[74]
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
[73]
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu” (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
[74]
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
Ayat ini jika dibaca secara tersurat tiada makna perubatan, tapi setelah
dikaji ayat ini begitu hebat khasiatnya untuk perubatan Islam.
Ayat ini diturunkan kerana seorang Yahudi membunuh seseorang kerana
harta lalu Allah memerintahkan kaumnya menyembelih lembu dengan
sifat-sifat tertentu untuk mencari pembunuhnya. Dalam cerita itu Allah
menyatakan betapa kerasnya hati manusia yang jahat. Batu, walaupun
keras, ia akan retak dan jatuh juga kerana takut kepada Allah. Ayat ini
cukup hebat bagi mereka yang ada bendasing dalam badannya seperti batu
karang, susuk.
Apabila kita diuji Allah dengan penyakit, kita kena yakin yang Allah ada
bekalkan penawarnya. Dalam Al-Quran perkataan syifa' disebut 6 kali,
jadi kajilah Al-Quran untuk mencari penawarnya. Jika sakit mengadu dan
berdoa pada Allah. Ada kajian dibuat antara orang Islam & kafir -
yang mana lebih mudah sembuh? Didapati orang Islam lebih mudah sembuh
kerana mereka bersandar pada Allah.
Cara mengubati batu karang:
Mulakan dengan Surah Al-Baqarah, ayat 74 dan baca pada air.
Ubat penyakit umum seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dsb:
Baca surah Yunus ayat 57, surah Fussilat ayat 44, letak tangan kanan
dada dan baca ayat2 ini 7x setiap kali lepas solat. Jika kritikal, letak
air zam-zam di depan sejadah, solat sunat 2 rakaat, baca 21x dan
selawat syifa’. Minum air dan yakin dengan kesembuhan yang Allah akan
berikan. Jangan ada keraguan dengan kekuasaan Allah.
Andai tidak sembuh, kita kena redha kerana keredhaan itu akan
mendekatkan kita pada Allah dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Jika tak sempat salin ayat – boleh dapatkan buku karangan Ustaz dari kedai buku terdekat.
Nota: Setiap amalan perlu mulakan dengan Al-Fatihan dan ayat Kursi. Itu bacaan “standard”.
Soalan & Jawapan:
S: Cucu terkena kuning, bacaan masih 12/13 dan belum turun lagi. Ada tak rawatan Islam untuk ini?
J: Yakinlah dengan kuasa Allah kerana Allah yang mengeluarkan bayi ini
daripada perut ibunya. Penyakit kuning berpunca dari hati(bukan kerana
hati tidak bersih kerana ini bayi) dan dapat dilihat di seluruh badan
sehingga dalam matanya. Baca Al-Fatihah, ayat kursi, surah An-Nahlu:
ayat 78 yang bermaksud - "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu
kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan
kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya
kamu bersyukur. "
S: Terkena sihir penghalang jodoh. Mohon beri penawar.
J: Daripada 9 jenis sihir, ada satu sihir penghalang jodoh atau orang KL
panggil sihir pelalau. Iblis tidak suka bila kita berkahwin dan akan
bekerjasama dengan tukang sihir untuk menghalang jodoh. Tanda-tansanya:
tiada tarikan walaupun rupa elok, pada waktu senja rasa sakit dalam
perut, sakit atas belakang, jiwa kacau. Ramai yang pergi mandi bunga
untuk cepatkan jodoh, tapi kena tengok jika mandi berkemban, itu
bukannya perubatan Islam. Mandilah dalam keadaan menutup aurat. Penawar -
Jika melibatkan suami isteri - baca Al-Baqarah ayat 102. Untuk ayat
dekatkan jodoh: Surah Ar-Rum ayat 21 & surah Yaasin ayat 36.
S: Ibu pernah berubat dengan bomoh sakai, kami menghalang tetapi ibu
mengatakan bomoh sakai itu seperti doktor bukan Islam. Mohon pendapat
dan nasihat ustaz.
J: Tidak sama kerana doktor bukan Islam tidak menggunakan jampi serapah,
dia belajar ilmu perubatan yang betul. Tapi jumpa bomoh sakai yang tak
pasti apa jampinya dan itu salah dalam perubatan Islam. Nasihatkan
ibunya supaya tidak pergi berjumpa bomoh itu.
S: Kawan sakit pada pangkal lengan, dan tak boleh angkat. Doktor kata bukan stroke. Mohon beri penawar.
J: Orang yang stroke biasanya tangannya tak boleh buka, sentiasa
digenggam. Jadi jika bukan stroke itu maknanya berkaitan urat, jadi
amalkan selawat syifa', surah Al-Fussilat ayat 44, As-Syuara ayat XX
(missed, sorry).
S: Ayat penawar kolestrol.
J: Surah Yunus ayat 57 - ayat pendek tapi hebat, amalkan setiap kali lepas solat.
S: Bolehkah perubatan yang menggunakan telur dan limau nipis?
J: Telur - 'no comment'. Tapi limau nipis / limau purut / garam/ lada
hitam merupakan bahan-bahan yang tidak disukai oleh iblis. Tiada dalam
Al-Quran tapi dipelajari daripada pengalaman.
S: Adakah kanser berpunca daripada gangguan iblis?
J: Sebelum tuduh jin, kita kena check dengan doktor dulu. Tak semua
kanser berpunca dari jin. Jika berpunca dari jin - tanda-tandanya :
diselami mimpi-mimpi seperti mimpi takut seperti lembaga hisap darah
dia, ada lebam-lebam pada badannya, dikejar binatang buas, budak kecil
menyusu. Pesakit juga berdebar tanpa sebab.
S: Bila sampai tempat kerja suami akan jatuh kerana rasa sangat lemah.
Tapi bila dirumah OK. Pergi perubatan alternatif dan dikatakan terkena
sihir tapi masih belum baik.
J: Penyakit ini melibatkan tempat dan suasana. Contoh yang banyak
berlaku terutamanya anak-anak yang bersekolah. Kita perlu ingat yang
kita berkongsi alam dengan makhluk lain - ubat terbaik - terapi
Al-Quran. Baca ayat 21 surah Al-Hashru. Amalkan ayat ini selalu.
No comments:
Post a Comment