IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Thursday, 16 January 2014

Cristiano Ronaldo : Pemain Terbaik Dunia 2013




RONALDO (tengah) menjaringkan satu gol ketika membantu Real menewaskan Osasuna 2-0 di Stadium El Sadar awal pagi semalam.



MADRID - Cristiano Ronaldo meraikan kejayaan meraih gelaran Pemain Terbaik Dunia 2013 dengan menjaringkan satu gol ketika membantu Real Madrid menewaskan Osasuna 2-0 di Stadium El Sadar awal pagi semalam.
Kemenangan itu sudah cukup untuk melayakkan Real ke pusingan suku akhir Piala Raja Sepanyol selepas menang dengan agregat 4-0 hasil kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Santiago Bernabeu minggu lalu.
Ronaldo membuka tirai jaringan menerusi satu sepakan percuma pada minit ke-22.
Bintang Argentina, Angel di Maria menyempurnakan hantaran Jese Rodriguez untuk melengkapkan kemenangan Real apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-56, sekali gus mengatur pertemuan dengan Espanyol pada aksi suku akhir.
Jurulatih Real, Carlo Ancelotti melakukan enam pertukaran pemain daripada skuad yang menewaskan Espanyol pada aksi Liga Sepanyol termasuk meletakkan Gareth Bale di bangku simpanan.
Pengendali kelahiran Itali itu kelihatan gembira dengan persembahan positif yang dipamerkan anak-anak buahnya.
"Kami menguasai permainan dengan baik dan pasukan ini menunjukkan satu fokus yang sangat menarik.
"Kami berjaya menjaringkan gol awal dan ia membantu rentak permainan Real menjadi lebih mudah.
"Selain itu, kami juga berjaya bertahan dengan baik. Masih banyak perlawanan yang menanti Real dan sudah tentu, agak sukar untuk mengulangi rentak seperti ini.
"Namun, pasukan ini telah berkerja keras dan kami sangat terdesak untuk mengecapi banyak kejayaan pada masa akan datang," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment