IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Friday 6 December 2013

Tujuh golongan dinaungi Arasy

JUNJUNGAN besar Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang di mana baginda menyebut terdapat tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat iaitu:
Pemimpin yang adil
Pemuda yang kuat beribadah kepada Allah
Hati yang terpaut pada masjid
Sahabat bertemu dan berpisah kerana Allah
Lelaki takut dan bertaqwa kepada Allah
Lelaki bersedekah dengan ikhlas
Lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi hingga bercucuran
air mata
Insan-insan disebutkan oleh Rasulullah itu merupakan antara jutaan umat Islam yang istimewa yang akan terselamat daripada bala seksaan pada hari kiamat seperti mana digambarkan menerusi wahyu dan hadis.
Tatkala meneladani apakah rahsia sebalik maksud tersirat hadis berkenaan, sebuah buku bertajuk 7 Golongan Dinaungi Arasy terbitan Must Read Sdn. Bhd. merupakan satu usaha untuk menerangkan golongan istimewa berkenaan.
Ditulis oleh dua penulis iaitu Mohd. Kamel Mat Salleh dan Mohd. Hariri Mohamad Daud, buku setebal 135 muka surat itu merungkai maksud janji Rasulullah berkenaan tujuh golongan berkenaan yang dibahagikan kepada sembilan bab.
Malah kedua-dua penulis menghuraikan definisi setiap golongan itu dan meletakkan beberapa cara menjadi insan seperti digariskan oleh Rasulullah dalam hadis berkenaan.
Setiap huraikan diselitkan dengan hujah al-Quran dan al-Hadis meletakkan karya itu sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat dalam mengambil iktibar daripada kenyataan baginda berkenaan.
Berharga RM18 (Semenanjung Malaysia) dan RM21 (Sabah/Sarawak), 7 Golongan Dinaungi Arasy boleh didapati di pasaran berhampiran anda.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Must Read menerusi talian 0361871611 jika terdapat sebarang kemusykilan.
AL-QURAN merupakan sebuah kitab yang tidak asing dalam kehidupan individu dan masyarakat Muslim terkandung panduan dan penyuluh dalam melakari kehidupan di dunia.
Selain itu, al-Quran turut menentukan cara dan corak kita melakar hidup kerana ia merupakan wahyu Ilahi yang merupakan sebaik-baik petunjuk kehidupan.
Maka dengan sebab itu, Imam Hassan al-Banna merumuskan kewajipan seorang Muslim terhadap al-Quran terbahagi kepada tiga perkara iaitu, memperbanyakkan membacanya, menjadikan sebagai sumber agama dan mempratikkan sebagai asas hukum dunia.
Selain membaca, adalah lebih baik sekiranya kita berupaya menghafal kitab suci itu dalam merealisasikan kandungannya dalam kehidupan manusia.
Oleh demikian, bagi mengarapkan usahakan itu, sebuah buku bertajuk, Anakku Seorang Hafiz terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. merupakan usaha dalam menjayakan misi generasi al-Quran dalam kalangan rakyat Malaysia pada hari ini.
Penulis, Mohd. Solleh Ab. Razak membahagikan karya kepada tiga pengisian yang menyentuh persediaan untuk bakal hafiz al-Quran selain keistimewaan mereka sama ada di dunia atau di akhirat.
Malah penulis cuba menyelitkan motivasi kepada anak-anak dalam menuju gelaran seorang hafiz selain menerapkan nasihat kepada para ibu bapa agar berusaha ke arah tersebut.
Setebal 161 muka surat, buku berharga RM20 itu boleh didapati dipasaran berhampiran atau anda boleh menghubungi Telaga Biru selaku penerbit menerusi talian 03-6275 4070 untuk maklumat lanjut.
ISLAM dan umatnya di seluruh dunia termasuk dalam negara ini sejak dahulu sehingga kini tidak pernah susut dilanda pelbagai tohmahan dan cabaran. Sebahagiannya tidak dapat ditangani dengan baik, lantas menjerumuskan dalam pelbagai krisis.
Akhirnya lahir kumpulan-kumpulan yang sering kali menimbulkan pelbagai kenyataan kerana tidak memahami tuntutan agama Islam itu sendiri seolah syariat Allah itu tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
Sehubungan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerbitkan sebuah buku bertajuk, Pentadbiran Hal Ehwal Islam: Isu Dan Cabaran bagi menyediakan ruang kepada para pembaca menyelami persoalan semasa berhubung pentadbiran Islam di negara ini.
Buku yang mengandungi enam bab yang merupakan koleksi kertas kerja seminar `Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Malaysia: Cabaran Semasa dan Perancangan Masa Depan̢۪ anjuran IKIM enam tahun lalu yang antaranya menyentuh kerangka Islam dalam mentransformasi pentadbiran.
Para penulis terdiri daripada ahli akademik dan individu berpengalaman, buku itu sesuai dibaca dalam menghayati cabaran pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dan cadangan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.
Buku setebal 125 boleh didapati IKIM atau anda boleh menghubungi 0362046200 untuk maklumat lanjut atau mempunyai sebarang kemusykilan.

No comments:

Post a Comment