IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Friday, 6 December 2013

Tidak mahu isteri kecewa



Saya lelaki berumur 24 tahun. Sejak berumur 18 tahun saya sering beronani tetapi tidak mengamalkan seks bebas. Kini, saya mengalami masalah untuk aktiviti seks kali pertama sehinggakan sering terpancut awal. Selain itu, saya juga mengambil masa yang lama untuk menegangkan zakar walaupun selepas dirangsang oleh pasangan.
Malah, zakar saya juga kadangkala mengendur selepas penetrasi secara tiba-tiba. Apakah masalah yang saya hadapi kini?

Jika boleh, saya mahukan penyelesaian terhadap masalah saya kerana saya baru saja berkahwin dan tidak mahu isteri saya berasa kecewa.


ASIM
Kelantan



Anda menyatakan yang anda aktif dalam hal seks sebelum berkahwin dan hanya mengguna tangan dengan cara beronani. Anda boleh bayangkan pengalaman anda itu tidak sama dengan orang yang sudah biasa melakukan seks dengan perempuan (dalam konteks perkahwinan).

Anda banyak berkhayal dan menggunakan tangan untuk mencapai menyeronokkan. Selepas klimaks anda tidak mengulangi atau jarang melakukannya lagi. Jadi tidak hairan jika anda merasa pengalaman seks untuk pertama kali dengan pasangan anda seperti yang anda jelaskan itu.

Anda dapat berintiman dengan pasangan anda, melakukan sentuhan pemanasan sebelum anda melakukan penetrasi. Tenaga yang anda gunakan untuk semua itu lebih daripada tenaga yang anda guna untuk melakukan onani. Jadi tidak hairan jika anda terasa letih dan tidak bermaya untuk mengulangi seks penetrasi dengan pasangan anda.

Dalam keadaan letih sudah tentu anda tidak dapat menghayati tidur REM yang biasa dikaitkan dengan pencapaian ereksi pagi. Maka perkara itu tidak berlaku kepada anda. Itu bukan petanda apa-apa masalah yang ketara kerana ia berlaku atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Anda perlu bangga yang anda tidak terbelenggu kepada amalan songsang onani itu. Kini anda ada pasangan dan anda boleh mendapat inspirasi dari pasangan anda. Anda perlu teruskan perjuangan hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, henti merokok dan jauhkan diri daripada filem lucah.

No comments:

Post a Comment