IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Sunday 8 December 2013

Jambatan lambang keakraban Malaysia-Brunei

 
NAJIB (dua dari kiri) dan Sultan Hassanal Bolkiah (tiga dari kiri) meninjau Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei Darussalam selepas bersama-sama merasmikan pembukaan jambatan itu dekat Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.





BANDAR SERI BEGAWAN – Pembinaan Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei Darussalam melambangkan keakraban hubungan istimewa, Malaysia-Brunei Darussalam yang sedia terjalin selama ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pembinaan jambatan bernilai RM21.9 juta itu juga akan terus memperkukuhkan lagi pertalian silaturahim kedua-dua negara pada masa akan datang.
“Saya ingin merakamkan rasa kegembiraan pihak Malaysia atas pelancaran Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei Darussalam hari ini (semalam).
“Ini merupakan jambatan pertama (dibina bersama antara kedua-dua negara), juga merupakan cerminan kepada hubungan antara kedua-dua negara yang begitu akrab sekali,” katanya.

Jambatan lambang keakraban Malaysia-Brunei

1 comment: