IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Friday 6 December 2013

Malaysia ucap takziah atas kematian Nelson Mandela


KUALA LUMPUR: Kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata, kematian bekas presiden itu bukan saja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.

 "Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan sangat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.


"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment