|
SAINTIS berpendapat lelaki yang memperoleh kualiti tidur malam yang baik mampu menghindari penyakit kanser prostat.
Ini kerana kajian menunjukkan individu yang memiliki kandungan hormon tidur, melatonin, yang tinggi, berisiko 75 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit maut tersebut.
Melatonin dihasilkan oleh badan ketika keadaan gelap dan membantu mengawal kitaran tidur seseorang.
Individu yang mempunyai kandungan melatonin yang rendah cenderung untuk mengalami masalah tidur dan kerap berjaga pada waktu malam.
"Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan melatonin rendah merangkumi aspek yang luas termasuklah risiko diserang kanser," ujar ketua penyelidik, Sarah Markt dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Boston, Amerika Syarikat.
Biarpun penemuan itu memerlukan kajian lanjut, para saintis masih menekankan pentingnya tidur pada waktu malam.
Dr. Mathhew Hobbs dari Prostate Cancer United Kingdom memberitahu, lebih 40,000 lelaki didiagnosis dengan kanser prostat setiap tahun di United Kingdom.
No comments:
Post a Comment