Untuk kebanyakan orang, mungkin sesuatu yang sungguh menakjubkan dan
hampir sukar dipercayai jika dikatakan yang ramalan mengenai kelahiran
Nabi Muhammad (s.a.w.) telah ditemui di dalam beberapa buah kitab suci
agama lain.
Kitab-kitab suci ini sepatutnya telah diturunkan, atau ditulis,
beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Rasullullah s.a.w. Untuk memahami
bagaimana ramalan-ramalan sebegini telah dijelaskan di dalam
kitab-kitab suci agama lain, seseorang mesti berpegang kepada:
Sejak manusia diturunkan ke Bumi – sejak zaman Nabi Adam a.s. – Allah
telah melantik seorang yang salih (righteous) di kalangan umat manusia
pada zaman itu sebagai nabi utusanNya, untuk memimpin umat manusia ke
jalan kebenaran dan matlamat akhirnya ialah untuk (tunduk) kepadaNya,
pada ketika keruntuhan akhlak melanda dan kehidupan mereka tiada hala
tuju.
Semua nabi – dari yang pertama hinggalah yang akhir (lebih daripada
seratus ribu bilangan mereka, Peace be upon them) telah menyeru ajaran
yang sama, iaitu:
- “Tiada tuhan selain Tuhan yang Maha Esa – Maha Pencipta dan Pengekal (Sustainer) seluruh alam semesta dam penghuninya.
- “Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Tuhan yang Maha Esa.”
- “Percayalah dan turutilah ajaran utusan (Nabi) pada zaman itu.”
- “Buatlah kebaikan; dan jauhilah kejahatan.”
Kesemua nabi-nabi ini telah meramalkan kedatangan utusan terakhir (akhir zaman
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.- kerana perkara ini telah dijelaskan pada
mereka oleh Allah s.w.t. Oleh itu, semua kitab suci dari agama-agama
lain, mungkin datangnya dari nabi-nabi pada zaman itu, dan secara
logiknya mengandungi kisah-kisah ramalan tentang kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w sebagai rasul terakhir. (akhir zaman)
Kitab-kitab agama Hindu, yang lebih dikenali sebagai Veda, Shastra,
Purana dan lain-lain kesemuanya ditulis dalam bahasa Sanskrit. Bahasa
ini telah diterima serata dunia sebagai bahasa perantaraan utama. Dalam
bahasa Sanskrit, terdapat satu kitab yang dikenali sebagai “Bhavishva
Purana.” Kitab ini dikatakan telah ditulis oleh seorang pendeta, Maha
Rishi Visayar.
Di dalam tulisan asalnya: (Parvam: 3, Bahagian 3, Bab 3; Rangkap 5-8)
Dalam rangkap tersebut, nama “Muhammad” telah disebut dengan jelas
sebagai “Mahaamat” di permulaan ayat yang kedua. Tambahan pula, rangkap
tersebut menyatakan dengan jelasnya ramalan berkenaan Nabi Muhammad
s.a.w., terjemahannya seperti berikut:
“Seorang ‘Milechar’ (orang asing) akan dating kepadamu sebagai
pengajar agama baru, dengan bantuan para sahabatnya. Namanya ialah
“Mahaamat.” Seorang raja dari rantau ini akan menyanjungi ajarannya; dan
memujinya. Sambil menyucikan dirinya dengan air dari Sungai Ganges dan
Panjagouyam, dia akan berkata, “Aku dengan sepenuh hati menurutmu.” Dia,
(Mahaamat) terpelihara dari segala dosa. Datangnya dari tanah gurun,
dia seorang yang suci. Dia akan menentang kuasa kejahatan. Dia akan
mengumpulkan sebilangan pahlawan untuk tujuan itu. Dia akan memberi
perlindungan, walaupun kepada musuh-musuhnya.”
“Raja dari rantau ini” yang menyanjungi ajaran Nabi Muhammad s.a.w. –
merujuk kepada seorang raja dari Selatan India yang bernama Cheramaan,
yang telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan orang Arab, dan
kemudiannya telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.
“Adarva Veda” ialah sebuah kitab Sanskrit yang ditulis sebelum
“Bhavishva Purana” lagi. Tidak diketahui kitab Adarva Veda ini telah
ditulis berapa ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Melalui kitab ini, dalam Episod (Kandam) 20, Bab (Sutra) 127 Rangkap
(Mantra) 1, 2, 3 telah dinyatakan seperti berikut:
Terjemahannya:
“Wahai umat manusia, dengarlah dan percayailah sepenuhnya: Seorang
manusia, yang akan diberi setingi-tinggi pujian, akan muncul di kalangan
kamu. Kita akan memberi perlindungan kepadanya daripada 60,090 bilangan
musuhnya. Dia dan para sahabatnya akan datang bersama dua puluh ekor
unta; debu pasir bekas tapak kaki unta-unta tersebut begitu banyak,
sehingga menutupi pemandangan ke ufuk. Dia akan memberikan emas, kuda
dan lembu ternakan sebagai hadiah.”
1) “Manusia yang akan diberi setinggi-tinggi pujian” merujuk kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Hakikatnya, maksud sebenar perkataan ‘Muhammad’ dalam bahasa Arab ialah
“mendapat pujian”.
2) Tidak diketahui berapa bilangan musuh Nabi Muhammad s.a.w. yang sebenarnya
pada zaman itu; tetapi anggarannya mencecah ribuan orang.
3) Apabila baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah, baginda telah menaiki unta.
4) Segala emas, kuda, dan lembu ternakan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.
telah disedekahkan oleh baginda sebagai hadiah kepada fakir miskin dan mereka yang
memerlukan.
Daripada bukti-bukti di atas, jelaslah bahawa rangkap-rangkap dari
kitab Adarva Veda telahpun meramalkan ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. Di
dalam sebuah lagi bab daripada kitab ‘Adarva Veda’ – Bab 1, Rangkap 10 –
terjemahannya seperti berikut:
“Allah ialah lengkap. (Perkataan ‘Allah memang telah digunakan di
dalam teks Sanskrit yang asli). Seluruh alam semesta adalah milikNya.
Mahaamat, (di sini, perkataan ‘Mahaamat’ memang dicatitkan di dalam teks
yang asli) yang mengagungkan kewujudan Allah, adalah utusanNya. Ya
Tuhan! Ya Tuhan! Tuhan yang menghidupkan sekalian alam, Maha Pencipta
dan Pengekal alam semesta. Tiada Tuhan selain Tuhan yang Maha Esa.
Saksikanlah Zat Allah Yang Maha Besar!(Behold the magnitude of The
Formless God!) Tuhan, yang menjelaskan Adarva Veda mengandungi ‘On
Herim’, pencipta sekalian umat manusia, lembu ternakan dan segalanya.
Sembahlah Tuhan yang Satu. Mahamat, yang akan memusnahkan kejahatan
dengan ‘On Reem’ prayer, ialah utusan Allah. Tiada tuhan selain Tuhan
yang Maha Wujud.”
(Allobanished 1:10)
Dalam satu lagi di antara empat Vedas – iaitu Rig Veda – telah
dinyatakan bahawa: “Mahamat, yang tulus, berilmu dan berkuasa, akan
merestuiku. Dia adalah rahmat kepada seluruh dunia. Dia dimuliakan oleh
sepuluh ribu orang.”
(Dalam Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. dirujuk dengan nama
“Rahmatun-Lil-Aalamin.” Ia bermaksud “Rahmat kepada seluruh dunia” –
ayat yang sama dengan rangkap di atas. Seterusnya, sepuluh ribu orang
merujuk kepada sepuluh ribu orang para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang
bersama-sama baginda sewaktu baginda menawan kota Mekah.
Dalam kitab Veda yang sama – satu di antara empat Veda pegangan penganut agama Hindu – telah meramalkan:
“Seorang lelaki bernama Mamma (Muhammad) akan beroleh kejayaan dengan
sepuluh ribu orang pengikutnya.” Dalam kitab Bible, dalam Deutronomy,
juga menyebut tentang kejayaan Nabi bersama sepuluh ribu orang
pengikutnya seperti berikut:
“…………………bercahaya datangnya dari Gunung Paran bersama sepuluh ribu orang pengikutnya……………………..”
(Deuts 33:2)
Agama Farsi (agama yang telah diamalkan penduduk Iran sebelum
kedatangan Islam) adalah salah satu agama yang tertua di dunia.
Kitab-kitabnya dikenali sebagai “Dasatir” dan “Jant Avasthe.”
Dalam kitab ‘Dasatir’, di dalam rangkapnya yang ke-14, telah
dinyatakan undang-undang pentadbiran yang berlandaskan prinsip-prinsip
Islam.
Dalam rangkap-rangkap tersebut, ramalan mengenai Nabi Muhammad s.a.w. telah dijelaskan dengan begitu nyata. Ia menyatakan:
Terjemahannya:
“Apabila akhlak orang Farsi terjerumus mengalami keruntuhan yang sangat
hebat, seorang lelaki akan muncul dari tanah Arab. Barangsiapa yang
mengikut ajarannya akan dapat menjatuhkan takhta kerajaan Parsi,
agamanya dan segalanya. Kekuasaan tanah Farsi akan dimiliki oleh mereka.
Patung-patung berhala yang disembah di dalam Kaaba, yang telah dibina
dan dipuja oleh nenek moyang mereka akan dihapuskan. Akan tetapi,
manusia akan menyanjung tinggi Kaabah yang telah dikosongkan itu. Das
dan Bulk (dua buah bandar besar di Farsi pada waktu itu) akan ditawan.
Para bijaksana dan orang Farsi yang lain, akan turut bersama pengikutnya
(Nabi Muhammad s.a.w.). Kitab lama Farsi ini masih boleh ditemui di
Iran pada masa kini.
Oleh sebab kejahilan tentang konsep sebenar ajaran agama Buddha, kebanyakan
penganut agama ini mempercayai bahawa ajaran ini tidak merangkumi
kepercayaan kepada Tuhan! Akan tetapi, banyak hasil jumpaan arkeologi
telah membuktikan sebaliknya- Buddha sememangnya MENEKANKAN kepercayaan
terhadap Tuhan yang Satu, dan dia telah meramalkan kedatangan Nabi
Muhammad (s.a.w.). Seorang cendekiawan yang terkenal, Arthur Lily,
mengatakan yang petikan berikut telah dicatit di atas sebiji batu
bersurat sebagai kata-kata Buddha sendiri:-
“Percayalah pada Tuhan dan lakukanlah segala perbuatan yang wajar
dilakukan, sebagaimana diperintahkan olehNya; kerana Dialah
Satu-satuNya, yang wajar disembah dan dihadapkan dengan kedaifanmu. Aku
mengisytiharkan secara terbuka bahawa tiada jalan lain yang boleh
menyamai kepercayaan ini (tentang Tuhan yang Satu) untuk merasai
kenikmatan Syurga. Jadi, para pengikutku, berusahalah dengan
bersungguh-sungguh, untuk mencapai matlamat yang tertinggi ini.”
(Petikan dari buku “India in Primitive Christianity”- muka 85)
Buddha mungkin ialah salah seorang daripada para nabi; dan dia juga telah meramalkan kedatangan Nabi Muhammad (s.a.w.).
“Thikanikaya” merupakan salah sebuah daripada kitab agama Buddha. Di
dalamnya ada menyatakan bahawa “Maitriya” akhirnya akan muncul.
(Perkataan ‘Maiteiya’ – atau ‘Metteya’ di dalam Bahasa Bali dan semua
perkataan daripada bahasa Burma, Cina Tibet, atau Jepun – membawa makna
yang serupa; yang sama maksudnya dengan perkataan “Rahmat” di dalam
Bahasa Arab, yang bermaksud “Diberkati”. Nabi Muhammad (s.a.w.) telah
digelar oleh Allah S.W.T sendiri sebagai “Rahmath-Lil-Aalameen” –
(Rahmat bagi seluruh dunia).
Telah dinyatakan di dalam buku “Arshagyanam” (mukasurat 282), yang Buddha telah berkata,
“Semua manusia mesti mempercayai ‘Maitriya’ itu, iaitu nabi yang akan datang.”
Bagi agama Kristian pula – di dalam kitab Injil – pada ‘Song of
Solomon’ 5:16 ada dinyatakan seperti berikut (di dalam bahasa Ibrani
yang asal).
“Hikko Manittadim Vikkulu Mahamadim Zahyudi Vezeur Raai Benute Yafus Halam.”
Terjemahannya berbunyi:
“Tutur katanya amatlah berlemah lembut (Ajarannya amatlah berlemah
lembut). Dialah Muhammad. Dialah kesayanganku; dialah sahabatku. Wahai
orang-orang Jerusalam, aku amat kasih kepadanya.”
(Dari Kitab Injil dalam bahasa lain)
Di dalam lagu tersebut dalam bahasa Ibrani, perkataan Mahamad telah
dinyatakan dengan jelasnya. Dua huruf terakhir- ‘im’, yang terdapat
bersama-sama perkataan itu digunakan sebagai tanda hormat di dalam
bahasa Ibrani. Orang-orang Yahudi masih menyanyikan him ini pada hari
ini; tetapi hanya pada upacara tertentu; tanpa benar-benar memahami apa
yang mereka lafazkan. (Di dalam kitab Injil dalam bahasa lain – Bahasa
Inggeris dan sebagainya, frasa itu telah diterjemahkan sebagai “Dia
sangatlah menawan” – perkataan asal Mahammad disingkirkan dan digantikan
dengan “sangat menawan”!! – atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh
para penterjemahnya sahaja.
Juga di dalam Deutronomy 18:18, telah menyatakan yang Tuhan berfirman kepada Nabi Musa:
“Aku akan jadikan seorang Nabi dari kalangan mereka sendiri, seperti
kau juga, dan akan Aku turunkan perintahKu melaluinya, dan dia akan
menyampaikan kepada mereka semua perintahKu.”
Walaupun para penganut agama Kristian menganggap bahawa ramalan
tersebut merujuk kepada Nabi Isa, akan tetapi jika rangkap tersebut
dikaji dengan teliti, jelaslah bahawa ia merujuk kepada Nabi Muhammad
(s.a.w.).
a) Selain daripada fakta yang Nabi Musa dan Nabi Isa adalah daripada
keturunan Yahudi dan kedua-duanya merupakan nabi, tiada persamaan lain
di antara mereka.
b) Jika benarlah rangkap tersebut merujuk kepada Nabi Isa oleh sebab di
atas, maka boleh juga didakwa yang Nabi Sulaiman, Nabi Ilyasa’(Isaiah
Ezekiel), Nabi Daniel, Nabi Hosea, Nabi Malek (Malachi), John The
Baptist, juga menepati ciri-ciri dalam rangkap tersebut; oleh kerana
kesemua mereka merupakan nabi dari keturunan Yahudi.
Bagaimanapun, Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) mempunyai persamaan kerana:
1) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah memulakan perjanjian
yang baru kepada umat di zaman mereka. Nabi Isa tidak membawa sebarang
perjanjian baru, tetapi telah diturunkan untuk menegaskan dan
menerangkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa, sebagaimana dikatakan
sendiri oleh baginda dalam Matthews 5:17-18:
“Aku datang bukan dengan tujuan untuk menghapuskan ajaran atau para
nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan, tapi untuk memenuhi janji.”
2) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad mempunyai ibu dan ayah, Nabi Isa
mempunyai ibu, tetapi tiada ayah.
3) Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) telah berkahwin dan mempunyai anak. Nabi Isa kekal bujang.
4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) wafat atas sebab semulajadi.
Mengikut agama Kristian, Nabi Isa meninggal dunia dengan kejamnya sewaktu
peristiwa salib.
4) Kedua-dua Nabi Musa dan Nabi Muhammad (s.a.w.) akhirnya dapat menerajui
pucuk pimpinan dan kuasa ke atas masyarakat. Mereka merupakan pemimpin
yang diakui oleh para pengikut mereka. Nabi Isa tidak mencapai tahap ini.
Rangkap tersebut juga menyatakan “Dari kalangan mereka sendiri…”
Nabi Ismail dan Nabi Ishak mempunyai ayah yang sama, Nabi Ibrahim
a.s.; jadi mereka merupakan adik-beradik. Oleh itu, anak-anak mereka
adalah “dari kalangan yang sama. Anak-anak Nabi Ishak berketurunan
Yahudi; manakala anak-anak Nabi Ismail – yang berketurunan Arab adalah
“dari kalangan yang sama”. Kitab Injil juga mengesahkannya:
“Dan Dia (Ismail) akan tinggal bersama-sama semua dari kalangannya.”
(Genesis 16:12)
“Dan Dia (Ismail) wafat disaksikan semua dari kalangannya.”
(Genesis 25:18)
Keturunan Nabi Ishak mempunyai pertalian darah dengan keturunan Nabi
Ismail (orang Arab). Begitu juga Nabi Muhammad (s.a.w.) yang berasal
dari keturunan Bani Israel (para pengikut Nabi Musa) kerana Nabi
Muhammad (s.a.w.) adalah waris keturunan Nabi Ismail, anak kepada Nabi
Ibrahim – menepati apa yang telah diramalkan dalam rangkap tersebut.
“……dari kalangannya.”
(Deut 18:18)
Di samping itu, rangkap selanjutnya berbunyi: “…….dan akan Aku
turunkan perintahKu melaluinya.” Tiada satu pun ayat Al-Quran merupakan
perkataan yang disebut secara langsung oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Ia
merupakan wahyu, yang diperdengarkan kepadanya oleh malaikat Jibril dan
diulang sepatah demi sepatah. Tiada satu patah pun merupakan kepunyaan
baginda. Baginda hanya mengulangi “perintah yang telah diturunkan
kepadanya.
Dan Nabi Isa juga mengesahkan hakikat ini, dengan mengatakan:
“Banyak perkara lagi yang perlu aku khabarkan kepada kamu, malah
lebih daripada yang kamu sanggup dengarkan. Tetapi apabila dia, Cahaya
Kebenaran (Spirit of Truth) tiba; dia akan memimpin kamu semua ke jalan
yang benar. Dia tidak akan berkata sendiri, tetapi dia hanya
menyampaikan apa yang diperdengarkan kepadanya dan dia akan
mengkhabarkan kepadamu apa yang akan tiba.”
(John 16:12, 13)
Oleh itu, Nabi Musa, di dalam Old Testament dan Nabi Isa, di dalam
New Testament telah pun meramalkan kelahiran nabi yang terulung akhir
zaman – Nabi Muhammmad (s.a.w.).
(Oleh: Dr. Mohamed Amir)
PENDAHULUAN
Kelahiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir Zaman telah terlebih
dahulu diramalkan oleh banyak kitab-kitab agama orang-orang lama zaman
itu. Kitab-kitab agama itu termasuklah kitab-kitab Vida, Dasatir dan Injil (Bible). Kenyataan-kenyataan tentang ramalan-ramalan di dalam kitab-kitab agama itu lazimnya disebut sebagai “Khabar Gembira . Orang-orang
Islam adalah memegang teguh keterangan-keterangan ini.
Kenyataan-kenyataan ramalan yang dimaksudkan tersebut adalah sebagai
berikut:
KITAB VIDA DAN DASATIR
Salah sebuah kitab agama Hindu yang terkenal ialah kitab Sama Vida. Dalam perenggan 6 dan 8 penggal 11 kitab tersebut ada menyatakan keterangan deinikian.
“Ahmad (Muhammad) menerima syariat daripada Tuhannya, sedang
syariat itu penuh hikmat dan ia (syariat) mengambil cahaya daripada
Tuhan sebahagian ia (cahaya) diambil daripada matahari.
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka,
mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab
menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang
Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas
daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka
ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala,
ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang
menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi,
menakluki Madain, Tus dan Balk iaitu tempat suci bagi orang-orang
Zoroaster dan yang berjiran dengan mere ka. Dan Nabi mereka sesungguhnya
adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat.
Kitab-kitab tersebut adalah merupakan kitab-kitab yang sangat
dihormati dan disanjung tinggi oleh penganut-penganutnya.
Ramalan-ramalan dalam kitab-kitab tersebut kemudiannya telah menjadi
kenyataan. Nabi Muhammad sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab-kitab
itu kemudiannya telah lahir, membuka fikiran manusia ke sinaran yang
terang benderang.
KITAB TAURAT
Dalani kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berIirman kepada Nabi
Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh
insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka
(orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan
segala flrmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka
segala yang aku pesankan.
Teranglah dalam ayat ini Tuhan telah menyuruh Nabi Musa supaya beliau menyatakan kepada kaumnya Bani Israel bahawa
kelak Tuhan akan mengutuskan seorang Rasul kepada mereka dan seluruh
manusia yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tetapi daripada
bangsa yang bersaudara dengan mereka, iaitu keturunan Nabi Ismail putera
Nabi Ibrahim atau ketuninan Arab Muda (al-Arab ul-Musta’ribah).
Dan Rasul yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah Nabi
Muhammad. Bagi mencari asal-usul keturunan Arab Muda itu yang dikatakan
bersaudara dengan Bani Israel, kajian tentang susur-galur keturunan Nabi
Ibrahim perlu sekali dibuat. Mengikut sejarah Nabi Ibrahim mempunyai
dua orang putera, selain Nabi Ismail iaitu Nabi Ishak yang mempunyai
seorang putera bernama Nabi Yaakub atau Israel. Inilah sebabnya mereka
itu dikatakan bersaudara.
KITAB INJIL YAHYA LAMA
Dalam kitab Injil Yahya yang digunakan oleh orang-orang Kristian dahulu atau boleh juga disebut kitab Injil Yahya Lama, fasal 18 ada menyatakan berikut:
“Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu
(pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku ini
pergi, kerana jika aku tiada pergi tiadalah Paraclete itu akan datang
kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan men yuruh dia kepadamu.
Perkataan Paraclete’ ini berasal daripada bahasa Greek Tua iaitu Parakletos’ yang bermakna Penolong’ atau Wakil’ yang boleh juga diertikan sebagai Utusan’ atau Rasul’. Tetapi perkataan ini kemudiannya ditafsirkan oleh padri-padri Kristian sebagai Roh alQudus (The Holy Ghost). Dalam bahasa Greek Tua itu juga terdapat satu perkataan yang hampir sama dengan perkataan itu iaitu Paraklutos’ ertinya Yang Sangat Terpuji’ atau dalam bahasa Arab disebut Ahmad atau Muhammad. Perkataan Paraklutos ini yang sebenamya dicatatkan dalam kitab Injil bahasa Greek Tua, tetapi kemudiannya telah berubah menjadi Paraclete, kerana
mungkin kecuaian penyalin-penyalinnya, sebab penyalin-penyalmn itu
kebanyakannya terdiri daripada penuntut-penuntut padri yang kurang mahir
dalam bahasa itu. Atau mungkmn juga perkataan itu sengaja diubah oleh
padri-padn untuk memberi keyakinan kepada penganut-penganut Kristian.
KITAB INJIL YAHYA SEKARANG
Kitab Injil Yahya yang digunakan oleh gereja-gereja Kristian pada masa ini juga membayangkan tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman itu. Dalam fasal 16 ayat 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 kitab tersebut Nabi Isa telah menegaskan kepada murid-muridnya, katanya:
“Dart hal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan.
Maka ada lagi banyak perkara-perkara yang hendak kukatakan kepadamu,
tetapi sekarang ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila
ia pun datang, iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu pada jalan
segala kebenaran, kerana tiada dengar kelak iaitu akan dikatakannya,
dan dikhabarkannya kelak kepadamu perkara-perkara yang akan datang. Maka
ia akan memuliakan aku kerana dtambilnya kelak perkaraku lalu
dikhabarkannya kepada kamu (manusia kemudian). Barang sesuatu yang ada
kepada Bapa (Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku
sudah berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya
kepadamu (manusia kemudian). Lagi seketika maka tiada kamu akan
memandang aku lagi, kemudian seketika lagi kamu akan memandang aku
pula.
(Injil Yahya 16: 12-17)
Kesimpulan ayat-ayat di atas bolehlah seperti berikut:
“Darihal hukuman sebab penghulu dunia ini sudah dihukumkan. Maka
ada lagi banyak perkara yang hendak kukatakan kepadamu, tetapi sekarang
ini tiada boleh kamu menanggung dia. Melainkan apabila ia pun datang,
iaitu Roh Kebenaran, maka ia akan membawa kamu (manusia kemudian) pada
jalan segala kebenaran. Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang
dikatakan datang tadi akan melanjutkan kerja-kerja Nabi Isa.
2. “Kerana tiada Ia akan berkata-kata daripada kuasa dirlnya
sendiri melainkan barang yang didengrnya kelak iaitu akan dikatakannya,
dan dikhabarkannya kelak kepadamu (manusia kemudian) perkara-perkara
yang akan datang . Umumnya ayat ini menyatakan yang Roh Kebenaran yang
akan muncul itu akan menerangkan kepada seluruh manusia perkara-perkara
yang diwahyukan oleh Tuhan terhadapnya (barang yang didengarkan kelak),
dan akan menerangkan perkara-perkara yang akan datang seumpamanya
tentang Hari Qiamat dan sebagamnya.
3. “Maka Ia akan memuliakan aku kerana diambilnya kelak perkaraku
lalu dikhabarkannya kepadamu (manusIa kemudian) . Ayat ini membayangkan
bahawa Roh Kebenaran itu akan memberI kemuliaan kepada Nabi Isa kerana
ia akan menerima keterangan-keterangan tentangnya daripada Tuhan untuk
umatnya sebagai contoh tauladan dan ajaran-aj arannya. Mengikut
ajaran-ajaran Kristian sekarang, Nabi Isa adalah penjelmaan Tuhan di
muka bumi ini atau Nabi Isa itu adalah Tuhan Anak (The Son of God),
sebab itulah ayat Injil di atas menyatakan, “Barang yang ada kepada Bapa
(Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah
berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu
(manusia kemudian) . Ayat ini boleh ditafsirkan bahawa apa yang ada pada
Tuhan Bapa (Allah) terdapat juga Tuhan Anak (Isa), dan ini bermakna
bahawa ajaran-ajaran Tuhan Bapa (Allah) juga.
4. Lagi seketika maka tiada kamu akan memandang aku lagi, kemudian
seketika lagi kamu akan memandang aku pula. Ayat ini membayangkan bahawa
Nabi Isa selepas daripada menyatakan kenyataan-kenyataan itu akan
lenyap, tetapi kemudian akan menjelma di dunia ini.
Dan kenyataan-kenyataan dan tafsiran-tafsiran di atas menunjukkan
dengan jelas bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan akan menyambung
usaha-usaha Nabi Isa tersebut, tidak salah kalau dikatakan seorang
Pesuruh Allah atau Rasulullah, kerana tugas-tugas yang dibayangkannya
adalah tugas seorang Rasul. Roh Kebenaran itu tidaklah menyeleweng kalau
dikatakan Nabi Muhammad, kerana bayangan-bayangan yang tersebut di
dalam ayat tersebut kemudiannya telah menjadi kenyataan apabila Nabi
Muhammad lahir. Cuma yang agak berbeza yang juga mungkin boleh
menimbulkan salah faham ialah ayat, “Barang sesuatu yang ada kepada Bapa
(Tuhan Bapa) iaitu semuanya aku punya, itulah sebabnya aku sudah
berkata bahawa diambilnya kelak perkaraku lalu dikhabarkannya kepadamu.
Ayat ini harus telah menenima perubahan bagi menyesuaikan dengan konsep tritung gal (trinity) agama Knistian. Huraian ayat ini telah pun dijelaskan di atas.
KITAB INJIL BARNABA
Kitab Injil Barnaba ini ialah salah sebuah kitab Injil yang telah
dibatalkan pengesahannya oleh padri-padri Kristian dalam satu
persidangan tidak lama dahulu, kerana isi kitab Injil tersebut tidak
jauh perbezaannya dengan kitab suci al-Quran, banyak menyebut atau
sekurang-kurangnya membayangkan tentang ketibaan Nabi Muhammad sebagai
Nabi Akhir Zaman di antaranya kenyataan-kenyataan dan bayangan-bayangan
(Khabar Gembira) tentang ketibaan Nabi Muhammad itu adalah seperti yang
disenaraikan di bawah ini:
“Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
2. “Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu
(murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan
kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang men] adikan kamu. Adapun tentang diriku
sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan
(Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas
kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka
mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami
satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab
Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan
datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu
dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang
mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan
(Allah) merahmati dunia ini, maka diutus-Nya-lah Rasul-Nya yang tetap,
awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan
Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan
datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat
dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan
perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah)
dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang
berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan
Tuhan).
3. Satu rombongan Yahudi telah datang menemui Isa mereka bertanya
tentang Nabi yang akan dibangkitkan di akhir zaman nanti. Maka Isa
berkata, “Tuhan (Allah) telah menjadikan Nabi di akhir zaman dan telah
meletakkan dalam sebuah qandil’ daripada cahaya dan menamakannya
Muhammad’. Berkata ia, Wahai Muhammad, sabarlah. Lantaran engkaulah aku
jadikan makhluk yang banyak dan aku anugerahkan untuk engkau semuanya.
Barangsiapa yang rela kepada engkau maka rela pula kepadanya dan
barangsiapa yang marahkan engkau maka aku terlepas daripadanya.
(Injil Barnaba, 97).
4. Bertanya murid-murid (murid-murid Isa), “Wahai Guru. Siapakah
gerangannya laki-laki itu yang engkau (Isa) katakan yang akan datang ke
alam ini? Menjawab Isa dengan perasaan gembiranya, “Sebenamya itulah “Muhammad Rasulullah . Dia
datang ke alam ini untuk berbuat balk di kalangan manusia dengan
membawa rahmat yang banyak, seperti mana hujan mencurah bumi yang
mengeluarkan buah-buahan sesudah menempuh kemarau panjang. Maka dia
merupakan awan putih yang dipenuhi rahmat Tuhan, iaitu rahmat yang
dicurahkan Tuhan (Allah) terhadap orang mukmin laksana huj an.
(Injil Bamaba, 163)
5. Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia
memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada
lagi di dalam alam mi. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam
ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati
tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-lokkan aku di hari
Qiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang “Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
(Injil Bamaba, 220: 19 – 20)
6. Dalam Injil Barnaba itu juga Nabi Isa pemah berkata, “Nabi Adam pemah melihat di udara satu tulisan La ilaha illallah wa Muhammad darRasulullah,’ Maka
Adam berkata kepada Tuhan (Allah); Aku bersyukur kepada Engkau wahai
Tuhanku kerana Engkau telah jadikan aku, dan berilah kepada aku apakah
maknanya, “Muhammad dar Rasulullah itu? Tuhan (Allah) menjawab,
“Selamat datang engkau wahai hamba-Ku Adam. Sesungguhnya aku katakan
kepada engkau adalah mula pertamanya manusia yang aku jadikan dan
tulisan yang engkau lihat ini sebenamya itulah anak engkau yang akan
datang ke alam ini sesudah beberapa tahun nanti. Dia akan menjadi
UtusanKu (Rasul-Ku). Kerananyalah Aku jadikan segalanya. Apabila dia
datang kepada alam. Adalah dirinya itu terletak di dalam satu tempat
yang indah, kira-kira 60,000 tahun sebelum aku jadikan engkau.
7. Di lembaran laIn kitab Injil Barnaba itu Nabi Isa pemah berkata,
“Di waktu Nabi Adam keluar daripada syurga (bersama-sama Hawa) ia
nampak tulisan di atas pintu syurga. “La ilaha illalLah wa Muhamma dar Rasulullah. Sebagaimana
yang telah dinyatakan di atas tadi ketibaan Nabi Muhammad adalah
sebagai mentaksid atau untuk membaiki penyelewengan yang terdapat di
dalam agama Nasrani (Knistian) dan juga agama Yahudi, di samping untuk
mempenlengkapkan lagi ajaran-ajaran yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul
yang terdahulu danipadanya sesuai bagi seluruh manusia dan sepanjang
zaman. Nabi Muhammad telah membawa agama Islam sebagai agama yang benar,
agama yang diredai oleh Allah dan agama yang menyelamatkan manusia
daripada ajaran-ajanan agama yang telah menyeleweng daripada asal.