Kewafatan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW jatuh gering tiga bulan setelah baginda pulang ke Madinah setelah menunaikan Haji Terakhir*1.
Kegeringan Rasulullah SAW di dalam rumah Maymunah*2 dan berlarutan selama 10 hari*3. Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin, dua belas haribulan Rabiulawal*4, ketika baginda berusia 63 tahun*5.
Perkaranya sahih bahawa Rasulullah SAW merungut semenjak pada tahun ketujuh Hijrah, sebaik sahaja setelah penaklukkan Khaybar, apabila baginda memakan sketul daging beracun yang diberikan kepada isteri baginda oleh Salam ibn Mashkan, seorang Yahudi.
Walaupun Rasulullah SAW telah meludahnya keluar dari mulut baginda dan tidak menelan daging tersebut, racun itu masih berbisa dalam diri baginda*6. Rasulullah SAW memberitahu isteri-isteri baginda bahawa baginda ingin dijagai dan dirawati di rumah ‘Aishah (Umm al Mu’minun). *7
Aishah seringkali menyapu peluh-peluh baginda dengan tangan beliau sendiri kerana kerahmatan ketika membaca surah-surah Mu’awwadhatayn, dua surah terakhir dalam al- Quran. *8
Rujukan *:Ketika kematian semakin hampir kerana kegeringan baginda bertambah-tambah, baginda bersabda kepada sahabat,
- Ibn Kathir mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat 81 hari setelah Hari Haji Besar( al Bidayah wa al Nihayah, 5/101)
- Ibn Hajar berkata bahawa ini laporan yang telah dipersetujui. Laporan lain yang berbeza mengatakan bahawa baginda gering ketika di rumah Zainab bt Jahsh atau Rihanah. Fath al Bari, 8/129
- Sulayman al Timi menegaskan perkara ini. Al Bayhaqi meriwayatkannya dengan satu isnad sahih. Lebih tepat 13 hari. Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/129
- Al Hafiz ibn Hajar berpegang kepada pendirian Abu Mikhnaf bahawa Rasulullah SAW wafat pada 12 R’ Awal dan lain-lainnya tersilap menambah “ashar”(sepuluh) kepada “thanin” (dua). Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/130
- Sahih al Bukhari, (Ibn Hajar, Fath al Bari,8/150)
- Ibid, 8/131
- Ibid,8/27, Ahmad, Al Musnad,(al Fath al Rabbanu, 21/226), dengan satu isnad sahih.
- Sahih al Bukhari(Ibn Hajar, Fath al Bari,8/131)
“Bolehkah aku menulis sesuatu untuk kamu supaya kamu tidak akan tersesat?”
Mereka masih belum berkeputusan sama ada dikalangan sahabat hendak mencapai bahan- bahan penulisan, dan sahabat yang lainnya khuatir jika perbuatan ini akan mengganggu kepada Rasulullah SAW. Terdapat pembuktian untuk menyokong kenyataan ini yang meyakini bahawa untuk membawa bahan-bahan penulisan bukanlah suatu perintah mustahak sebagai satu pendirian.
Apabila Umar ra berkata, “Kitab Allah SWT (al Quran) memadai untuk kita,” Rasulullah SAW tidak mengulangi pendirian ini. Jikalah sesuatu perkara wajib yang hendak disampaikan baginda, maka baginda sudah pasti menyatakannya kepada mereka, seperti mana Rasulullah SAW menyatakan ketika kegeringan ini, secara lisannya supaya mereka membuang segala penyembahan berhala di Semenanjung Arab dan melayani delegasi-delegasi(orang luar) dengan penuh kehormatan dan baik hati*9 .
Rasulullah SAW memanggil Fatimah ra, dan mengatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ra menangis.Kemudian Rasulullah SAW memanggil Fatimah dan menyatakan sesuatu secara rahsia, dan Fatimah ketawa. Setelah kewafatan Rasulullah SAW , Fatimah ra memberitahu bahawa baginda telah memberitahu beliau bahawa baginda akan wafat(meninggal dunia) , sebab ini beliau(Fatimah) telah menangis; kemudian baginda memberitahu beliau, bahawa beliau akan menjadi orang pertama dalam keluarga yang akan menyertai baginda, maka Fatimah ketawa*10. Perkara ini telah terbukti . Ia suatu kelebihan dan tanda-tanda kerasulan.
Kegeringan Rasulullah SAW menjadi berat dan telah menghalang baginda daripada keluar dari tempat berehat untuk mengimamkan orang- orang Islam dalam solat. Rasulullah SAW bersabda,
“Beritahu Abu Bakar ra untuk mengimamkan mereka di dalam solat.”
Aishah menegah baginda daripada melakukannya, kerana beliau khuatir orang-orang Islam akan menganggap bapa beliau sebagai suatu alamat yang buruk. Fatimah ra berkata,
“Abu Bakar ra seorang lelaki baik hati, suara beliau lemah lembut dan menangis-nangis apabila mereka membaca ayat-ayat al-Quran*11.
Rujukan *:Tetapi Rasulullah SAW mendesaknya juga. Maka, Abu Bakar ra keluar dari tempat berehat Rasulullah SAW dan mengimamkan mereka dalam solat*12. Rasulullah SAW keluar dari bilik baginda Cuma sekali, dibantu oleh Al Abbas, dan Ali, mengimamkan orang-orang Islam dalam solat dan menyampaikan ucapan memuji Abu Bakar ra dan menerangkan kelebihan-kelebihan beliau. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT telah memberikan beliau(Abu Bakar ra) pilihan samaada memilih dunia ini atau Akhirat, dan beliau telah memilih Akhirat*13.
9. Ibid, 8/132
10. Ibid, 8/135
11. Ibn Hisyam, Sirah, 4/330, dengan satu isnad sahih, Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/233
Khutbah terakhir Rasulullah SAW telah disampaikan lima hari sebelum kewafatan. Di dalam khutbah Rasulullah SAW ini, baginda bersabda,
“Terdapat seorang hamba Allah SWT yang telah ditunjukkan dunia ini dan kecantikannya, tetapi telah memilih Akhirat.”
Abu Bakar ra memahami bahawa Rasulullah SAW bermaksudkan beliau, maka beliau menangis. Orang- orang Islam melihat beliau dengan tergamam, sebab mereka tidak memahami pengertian begitu*14.
Solat al Fajr, pada hari kewafatan Rasulullah SAW, ketika ia didirikan, Rasulullah SAW telah menarik tirai bilik Aishah dan melihat orang-orang Islam yangs edang dalam saf untuk solat.
Kemudian baginda tersenyum dan ketawa, seakan-akan baginda menyatakan selamat tinggal kepada mereka. Orang-orang Islam telah dilanda kegembiraan kerana Rasulullah SAW telah keluar dari bilik baginda. Abu Bakar ra telah berundur ke belakang, kerana beliau menyangka bahawa Rasulullah saw akan keluar untuk mengimamkan solat tetapi Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan tangan untuk menyudahkan solat tersebut. Kemudian baginda masuk semula ke biliknya dan menarik tirai.
Fatimah memasuki dan berkata
“Bagaimanakah sakitnya bapa aku!”
Rasulullah SAW bersabda,
“Bapa kamu tidak akan menderita sebarang kesakitan setelah hari ini.” *15
Usamah ibn Zayd memasuki bilik baginda, dan Rasulullah SAW berdoa dengan senyapnya untuk beliau dengan suatu isyarat; baginda tidak boleh berkata-kata kerana kegeringan yang begitu berat. *16
Apabila kematian tiba, baginda sedang bersandar di dada Aishah ra. Beliau(Aishah ra) telah mengambil “siwak”(sugi) daripada saudara lelakinya ‘Abd al Rahman, dan mengunyah hujungnya dan Rasulullah SAW telah mencuci gigi baginda dengannya. *17 .
Rujukan *:Rasulullah SAW dalam saat kewafatan memasukkan tangan baginda ke dalam sebuah bekas air, dan menyapu mukanya, sambil bersabda,
12. Ibn Kathir,op .cit, 5/233
13. Sahih Bukhari, Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/27. Lihat juga Ahmad, al Musnad al Fath al rabbani, 21/231; Ibn Kathir, al Bidayah wa al Nihayah, 5/229-230
14. Ahmad, Musnad(al Fath al Bari, 21/222,catatan nota kaki no 3). Turkat al Nabi, yang diriwayatkan oleh al Bukhari, Muslim, Ahmad dan al Bayhaqi, dengan satu isnad orang-orang thiqah(soleh) tetapi mursal.
15. Sahih al Bukhari (Ibn Hajar, Fath al Bari, 8/149)
16. Ibn Hisyam, Sirah, 4/329 dengan satu isnad sahih
17. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/138)
“La ilaha illa Allah, wujudnya keazaban maut.” *18
Suara Rasulullah SAW menjadi parau ketika baginda sedang bersabda:
“ Dalam saksi dan di sisi orang-orang Islam yang dikurniakan kemuliaan Allah SWT..”(Surah al Nisa’ [4:69]*19dan, “Sesungguhnya Penghuni Termulia di Syurga.”
Kemudian Aishah ra menyedari bahawa Rasulullah SAW telah diberikan pilihan, dan baginda memilih para sahabat yang Terpuji. *20
Rasulullah SAW hanyalah seorang nabi dan rasul, pesuruhNya: bergitu ramai nabi-nabi dan rasul yang telah wafat sebelum baginda. Jika baginda wafat atau terbunuh, apakah kamu juga turut meninggalkan Islam?
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Surah ali ‘Imran [3:144])
Kemudian, orang-orang Islam menjadi senyap. “Umar melutut ke bumi, kerana kaki-kaki beliau tidak mampu lagi menyanggah Abu Bakar ra. Seakan –akan mereka tidak pernah mendengar ayat ini sehingga ketika ini. *21
Fatimah ra berkata
“Wahai bapaku, baginda menyahut panggilan Tuhannya, wahai bapaku, tempat tinggal baginda ialah taman syurga, wahai bapaku, kami mengumumkan kewafatannya kepada Jibril. *22
Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan KerahmatanNya kepada RasulNya dan keluarga baginda.
“Segala puji-pujian untuk Allah SWT, Seru Sekalian Alam”
Wa al Hamdu li Allah Rabb al ‘Alamin.
Rujukan *:Tidak kira siapa yang mengajarmu ttg agama itu adalah Tok guru, mursyid sekalipun..sebagai seorang islam jdilah pengkaji agamamu sndri..rujuklah kembali..dan berkali2..Tegakkan yang HAK tinggalkan yang BATIL
18. Ibid, 8/144
19. Ibid, 8/136
20. Ibid, Ibn Hisyam,Sirah, 4/329, dengan satu isnad sahih.
21. Sahih al Bukhari (Fath al Bari, 8/45)
22.Ibid, 8/149
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment