IKLAN TRADE FOREX ... HOT FOREX ..

HotForex Gold & Silver

Wednesday, 2 July 2014

13 Kesilapan Puasa di Bulan Ramadhan



1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya.” (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara ‘ekspress’; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur’an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma’ninah (tenang) ketika ruku’, sujud, bangun dari ruku’ dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma’ninah dalam solatnya; “Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat.” (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga
Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur’an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,”Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Di kutip dari:”Puasa Bersama Rasulullah”, karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

Tibanya Ramadhan, Produktifkan Amalan




Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:
1. Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah – berpuasa, qiam, zikir.
2. Panjatkan pujian dan syukur kerana mempertemukannya kepada Ramadhan.
Menurut Imam Nawawi rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepada-Nya”.
3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan.
Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah s.a.w., bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.” (Hadith riwayat Ahmad)
4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan.
Apa yang menyedihkan ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini.
5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di sepanjang bulan Ramadhan dengan amalan soleh.
Oleh itu, orang yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah s.w.t. : “Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya.” (Surah Muhammad: 21)
6. Berilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hamba-Nya.
Oleh itu, tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: “Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Anbiya’: 7)
7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula.
Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.” (Surah An-Nur: 31)
8. Mempersiapkan jiwa dan roh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadhilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah.
9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:
  • Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
  • Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan
  • Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah cd, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
  • Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.
10.Kita menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
  • Allah dengan bertaubat.
  • Rasul s.a.w. dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah.
  • Ibu bapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim.
  • Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang soleh dan berguna. Sabda Nabi s.a.w. : “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia.”
Demikian langkah yang perlu diambil oleh seorang muslim semasa menyambut Ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.
Semoga segala amalan ibadah dan kebajikan kita sepanjang bulan Ramadhan akan diterima oleh Allah s.w.t. dan memberi kesan kepada iman dan amal kita. Amin.
Abu Hurairah telah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang
Ramadhan : ‘Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.’”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i, Malik, Ahmad dan Baihaqi)